Disini saya nak share tentang kisah yang berlaku pada saya kini bersama Erina...
Sejak dari Sabtu balik saya tak lena tidur...begitu juga Erina...mengamuk...akan menangis bila nampak saya...meragam....asyik termenung dan sekarang merajuk tak nak makan....
Selepas parents meet di skolah Ariana, kami ke Sunway Pyramid.
Saya berjalan bersama Ariana dan Erina didukung oleh Mr Hubby...
Ketika nak menuju masuk ke kedai, tetiba lintas satu lembaga setinggi 8kaki bertengkorak dan rupa amat mengerikan (kat Malaysia pun nk celebrate Halloween day jugak ker...???) disebelah kami dan melompat Ariana menjerit dan begitu saya yang agak terkejut...sib baik i tak melatah bagai...huhu...Erina turut terkejut dan tak nak berjalan sendiri...Mr Hubby la yg kene dukung sepanjang masa...
bih kurang cm ni la rupa mascot tue sampai start dari tu Erina mula menangis....tido pun kene atas badan ibu jer...bila bapak saya datang semalam, dia kata Erina ni sedang lemah semangat....mula2 tak terfikir pun kenapa...tapi bila bapak saya dah balik, baru kami dapat punca kenapa dia lemah semangat..
Bila kat rumah pula sy perasan ada 4biji ulser ada pada lidah....alahai ciannye ank ibu...sbb tu dia tak mo makan...n saya letakkan oral aid & bg dia makan ice cream perisa vanilla.Menurut doktor, salah saltu punca terjadinya ulser pada budak2 adalah stress...pada saya mungkin juga sebab minggu lepas adik beradik saya berkumpul dirumah dan anak buah saya yang baru berumur 5bulan mula menjadi perhatian dalam rumah kami...Erina cuma pandang dari jauh dan mula menyisihkan diri...then ada jer yang tak kene padanya....
Dan lagi satu bila saya cuba putuskan dia dari susu badan mungkin antara sebab utama yang dia mula protes!
untuk 2-3hari kebelakangan ni dia asyik termenung....saya cuba pujuk bermain bersama, namun tak dilayan...tapi cuma mahu diri sentiasa di peluk sampai tertidur...finally byk kerja rumah tertangguh...huhu..
waktu ni kami melawat pak sedara yg sakit di Shah Alam...then merajuk pulak ngan ayah bila ayh pegang ank abg saya...
Panduan Hadapi Anak Mengamuk:
1. Alih perhatian dia. Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.
2. Jangan mengikut kehendaknya. Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.
3. Elak daripada memarahi atau menjerit Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.
4. Jangan pedulikan Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.
5. Apabila anak berhenti mengamuk Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.
p/s : Untuk readers yang berpengalaman, saya perlukan pendapat anda.....bagaimana cara anda menangani anak2 untuk putuskan susu badan??? Sebab kes Erina tak sama seperti kakaknya dulu... :(
siannye erina.. si manja mcm nasuha la ni.. huhu... kalau nasuha dulu, ape pun semua x jln.. akhirnya time nasuha dulu, key utk wean off bf dia ade 2, sabar + keep on trying.. usaha tangga kejayaan.. chaiok!!
ReplyDeletetu la...budak BF ni mmg terlebey manja skit....
Deletewat masa ni da nampak ada improvement....
more independent skit dah...hehehehe