Saya lakarkan khas buat anakanda ke-2, Erina Qaireen yang kini sudah hidup dibumi Allah selama 2 tahun. Semoga menjadi tatapan bila anakanda besar kelak...
Masih teringat kisah lalu dimana kehadiran amat dialu-alukan kami sekeluarga terutama oleh kakak Ariana....
Dulu bila naik kereta, kakak Ariana akan duduk dibelakang sorang2 dan bila ibu tanya kenapa kakak menangis, jawabnya 'kakak sunyi....' dan dalam erti kata lain dia nakkan kawan....
And finally Allah telah tunaikan hajat kakak bila ibu disahkan pregnant waktu kita keluar ke KLCC. Time tu ibu rasa ada tak kene n baru perasan yg period da lewat seminggu....
bila ibu disahkan hamil, kakak Ariana orang yang super duper happy dan excited! tak sabar nk ada kawan katanya....ibu harap kalian berdua akan sentiasa tolong antara satu sama lain sampai bila2 kerana kalianlah zuriat ibu n ayan dunia akhirat....
Ayah juga begitu....bila dapat tau ibu hamil dia buat surpise dengan membeli baju
baru buat ibu
Sepanjang kehamilan Erina, ibu mengalami alahan yang agak teruk berbanding sewaktu mengandungkan kakak Ariana dulu....mood ibu pun agak kurang baik...ibu agak garang sampai amoi2 kat ofc sangat takut jumpa ibu(no wonder la Erina pun agak garang orangnyer...hihi...) tapi bila bab makan...ibu mmg hebat!
Setiap pagi ibu akan perdendangkan Erina dengan surah-surah didalam Al-Quran supaya Erina tahu bahawa zuriat ibu adalah mengikut ajaran agama Islam dan selepas lunch pula ibu akan pasang CD music supaya Erina tenang didalam dan untuk perkembangan otak...ibu perasan semakin hari pergerakan Erina didalam semakin aktif dan ibu seronok dengan pengalaman nie dengan peningkatan berat badan sebanyak 20kg...hihi...
Orang kata anak itu adalah rezeki...dan memang benar! Sepanjang kehamilan rezeki melimpah ruah....
ibu di offer menjadi model utk produk company seperti citer disini,
proses jual-rumah yang sangat lancar....
kehamilan pada bulan ke-3, Erina sempat ikut ibu ayh berhoneymoon ke Chiang Mai
celebrate beday kakak n anniv ibu ayh pada bulan yang sama.
setiap kali checkup ayah n kakak Ariana akan temankan ibu untuk melihat perkembanganmu...
preparation untuk kehadiranmu sama seperti kakak Ariana juga...
Dan bila pada 31/7/11 tepat jam 1pagi selepas bersahur, ibu terkejut bila tiba2 ada darah kluar. Ibu ceritakan pada ayah dan ayah bergegas membawa ibu ke hospital. Sesampai di hospital, bukaan baru 2cm.So, ibu sempat dimasukkan ke ward biasa. Masih sempat tidur...breakfast n mandi dulu sebelum ditolak ke labor room. Alhamdulillah melahirkanmu amat mudah bila ibu cuma bertahan 1jam contraction sahaja. Tepat jam 1.20tghr bersamaan 1 Ogos 2011/ 1 Ramadhan 1432H, sewaktu kedengaran sayup2 azan zohor, saat itu juga ibu bertarung untuk melahirkan mu...
Fresh from oven yang ditangkap olh ayah.
Uri kamu telah ayh cuci sebaik diserahkan dan telah ayah tanam di depan masjid Bdr Bukit Puchong...
masih didalam labor room sebelum dihantar ke ward. Kakak Ariana duduk jer kat tepi even berdiri lama pun sbb excited dgn adik barunya...
ayah pilih pakej 3hari 2malam untuk kita sekeluarga berkampung bg memastikan yang kamu benar2 sihat sebelum pulang ke rumah.
walaupun ibu berpantang sendiri dirumah, ibu masih ada kakak yang boleh tolong tengokkan kamu... 24jam nak lekat dengan adik...
Dr Fairuz Ashikin yang brutal tapi buat keje mmg tip top!
Dia yang membantu ibu sewaktu melahirkan kalian berdua...
Ibu sentiasa mengikuti perkembangan kamu seawal usia..
7hari
6bulan
12bulan
18bulan
24bulan
kalau dulu berdua..bertiga...kini sudah berempat....hihi...
Ya Allah, syukur kerana aku diberikan zuriat yang comel. Semoga Erina menjadi anak yang solehah yang berilmu, diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan budi pekerti mengikut landasan agama Islam...itu doa dan wish dari ibu dan ayahmu, sayang...
alahai sweetnye..
ReplyDeleteHappy Birhtday adik Erina..
jadi anak yang solehah ye sayang..:)
tq mamilisa...
DeleteInsyallah dan mmg setiap ibu nakkan ank yg solehah...
asset yg tiada tandingan...
so sweet :) hopefully sy dpt rasa mcm mne jd seorang Ibu, msty bahagia.. Amin =)
ReplyDeleteInsyallah ain....amin!
Delete