Wednesday 31 July 2013

Misi mencari ampai baju


As salams....

Nak citer sikit tentang misi kali ni.....
Perlu mencari ampai kain.
Sebab??  Baju perlu dibasuh seminggu 2-3kali seminggu....kalau seminggu sekali alamat saya kene bukak kedai dobi la sabtu ahad dan tak blh melangkah panjang....

Kalau weekend kene lah jemur kat pagar....
Then kalau hari biasa kene jemur kat grill umah..haizz, yang geram nyer sampai rosak hanger dan tak kuat lak tu.Kejap2 jatuh...letak2 jatuh lagi...

So, kami da terjah ke Puchong untuk diminta bantuan....

Pada mulanya plan nak pakai pattern ni jer....tapi disebabkan kami ada plan untuk ruang garage, so kami decide beli standing cloth hanger jer la...

tengah offer nie...

boleh gantung banyak jemuran esp pada mereka yg ada ramai ahli keluarga...

 siap ada tempat jemur kasut skolah lagi tue...

blh adjust tinggi/rendah/sederhana

dan ini pun saya berkenan juga untuk bilik tetamu/ruang solat. Senang nak gantung

atau yang ini????

Pening sat tak tau nak pilih yang mana satu......
So, sajer cuci mata tgk tong sampah lak.....
Mana tau terrrrbeli skali ker...hihi

menarik gak nie..


apalagi, jom kita ke The Living Depot!

Final KC : Jantung rumah kini sudah bernadi sepenuhnya...

As salams....

Lagi seminggu nak berpuasa dan saya tengok ramai dah bercerita tentang kisah beraya....
Ada banyak citer tentang beraya tapi masih tak dapat nak updated lagi....tunggu la yea...
Sangat bz bila balik dari bercuti nie....esp keje kat office...
So, just nak meluahkan rasa syukur yang KC saya kini sudah siap sepenuhnya.

Finally siap jugak KC walaupun semalam merupakan part terakhir (wiring) setelah sekian hampir 2purnama kami menunggu...
Ramai yang tanya, kenapa KC jer? kenapa tak part lain? hahhha...
Sebabnya saya dan Mr Hubby sangat choosy dalam memilih barang mahupun membuat decision.
Kurang berminat dengan hasil 'ala kadar'.
Pada saya, alang2 nak buat,biar buat betul2 dan sebelum tu mmg kami akan kaji dan study ttg material, design dan warna.
Orang kata kami ni macam 'siput', hahahha...yg penting kami tahu apa yang kami nak...tak gitu?  

Dari nak renovate rumah sehingga sekarang yang sedang giat deco-mendeco ni, saya n Mr Hubby ada cerita disebaliknyer....
Biasanya bab2 KC orang lelaki akan biarkan si isteri yang decide dan nak renovate pun org p'puan biasanya akan serahkan pd org laki. Tapi ianya tidak berlaku pada kami. Kami lebih suka sharing walaupun akan berlaku sedikit perbalahan...at the end kami akan kembali berbincang dengan alasan kukuh yang tersendiri.... 
Nak buat KC jer kami study sama-sama sampai bertekak bagai untuk dapatkan hasil yg kami idamkan....survey dalam internet...megazines...dan setelah dicombinekan idea, baru kami dapat hasilnyer....sepakat membawa berkat! lol!
Design pun yang simple je...yang penting peranan warna supaya dapur nampak luas dan nampak fresh.

 Sib baik ada assistant . Dia suka sangat la part nie...hihi


 nilah hasil dari perahan otak saya n Mr Hubby selama hampir setahun lamanya (cam nk amik SPM dah...huhu)....bermacam design yg kami buat sebelum nie...


 jenis tiles dan warna pun dititikberatkan supaya nampak matching dengan KC

 access ke laundry area..

 idea Mr Hubby....pada mula nya nak tutup or biarkan gitu jer....tapi sebab nak bagi nampak luas dan supaya air tak terpercik keluar, ianya digantikan dengan tempered glass.

Time is GOLD! 
 saya leh set time berapa lama nk spent time utk memasak.huhu...


eubiq system yang diletakkan dikiri dan kanan supaya suis nampak lebih kemas
  
Soft closed dipasang utk semua drawer KC & laundry area. 

Blomotion Soft-Close System untuk drawer atas


 saya pilih pintu yang senang untuk dibuka esp kat drawer bahagian atas tak la kene bukak satu persatu...almaklumla, kita ni tak tinggi mana pun...huhu

Syukur Alhamdulillah...terasa lega jap setelah KC dah siap....
Sekarang ni misi terbaru untuk part lain pula.....
Semoga dipermudahkan...Insyallah....

P/S : tetiba terpancul mood nk merasmikan oven hjg minggu ni dengan kuih raya...ihiks!

Thursday 25 July 2013

Menyusun periuk belanga dengan drawer mat...

As salams....

Setelah dibelek2 kotak distore room, saya terjumpa lagi periuk belanga yang ada...rupanya saya ter"misslook" kejap. Dan kebetulan berada didapur, sajer merajin kan diri untuk organise skit barang-barang ni termasuk meletakkan alas dalam drawer supaya tak kotor....

 drawer mat yang diangkut dari Mr Ikea..tujuan saya meletakkan drawer mat ni adalah untuk melindungi drawer/laci daripada scratching. Ada 2 warna iaitu grey & transparent dan saya berminat untuk pilih kaler grey. Kenapa? Jom tgk reason spt dibawah lagi....


SEBELUM - saya main susun apa yang ada jer dulu...


SELEPAS - drawer atas saya cuma letakkan non stick cookware dan magic pan jer .
Selain daripada nampak kemas,saya pilih pengalas kaler grey ni supaya tak terserlah kekotoran jika bontot kuali ni hitam (lama-lama pakai pasti akan ada defect jugak kan?)


SELEPAS - drawer bawah pula saya buat khas untuk periuk sahaja. Satu roll drawer mat cuma RM19.90 dan  boleh memuatkan untuk drawer atas dan bawah. Its worth it rite?

Wednesday 24 July 2013

Ruang mendobi yang masih huru hara...

As salams....

Terpangil2 nak buat preparation beraya bila dengar lagu raya dah berkumandang ni kan....
Dan disebabkan nak balik kg pas balik keje Khamis ni sempena Nuzul Quran ni (yeayy!!!), maka saya pun kene rush esp part mendobi nie....

This is my simple laundry room....
Selesai jer berbuka puasa mlm semalam, masa saya byk dihabiskan disini....

esp part kain baju yang tak berbasuh ni....kne settle gak...makin bertimbun da nie...

teman setia saya bila berada didapur...(baru snap pg tadi...huhu)


bila bukak jer wardrobe, saya penin jap bila tgk brg berserabut dalam nie...byk benda yang kene buat...


jom closed up skit.....

stok plastik sampah,berus gigi,ubat gigi dan window cleaning

pencuci kain, tandas n pinggan mangkuk

ni pulak untuk tisu dapur dan tisu utk tetamu main letak jer...

towel tangan dan towel mandi

plastik yg dikumpul diletakkan dalam bekas khas. sebelah pulak pasu bunga yg dah lama beli since umh puchong dulu tapi sampai kini masih tak berkesempatan nak start projek.huhu..

mop, penyapu n baldi smua main letak jer dulu...

tunggulah sikit2 nanti yea....masih tak berkesempatan nk terjah je Daiso lagi nie....huhu...
akan dimakeover nanti....





Tuesday 23 July 2013

Tips membersihkan microwave dengan mudah

As salams....

Tgh belek2 kat FB, saya terjumpa satu info menarik.Cepat2 saya copy n paste untuk dikongsi bersama-sama...


How to Use Vinegar to Clean a Microwave Naturally
Pour between ¼-cup and ½-cup white distilled vinegar into a microwave-safe bowl. Rinse a kitchen sponge with tap water and put it into the bowl.
...
Put the bowl, sponge and all, into the microwave and heat for 30 seconds. This will not only cause steam in the microwave, which will loosen the stuck-on dirt but also sanitize your sponge.

Wait about a minute or longer after you are done microwaving your sponge. This allows the vinegar and sponge to cool and also gives the steam more time to work. Practice extreme caution because the contents will be hot.

Open the microwave door after you are sure the bowl is cool enough to handle. Open away from your face, since you may find the smell strong. Squeeze excess vinegar from the sponge and proceed to wipe the inside of the microwave, starting at the top and working your way down.

Rinse the sponge with tap water, dip it in the vinegar, squeeze excess vinegar and wipe the outside of the microwave. If you prefer, you can wipe the outside and/or the inside with a dry towel afterward to avoid streaking.

Do not discard the remaining vinegar when you are done. You can use it to clean other parts of your kitchen.

Remember, vinegar is naturally antibacterial and antiviral. It is a perfectly safe, very cheap multipurpose cleaner.

Again, practice extreme caution when opening the microwave door after heating the bowl of vinegar because it can get extremely hot.


Movie: Children of Heaven

As salams....

Just nak share ttg movie yang dah lama saya beli since 2006...mungkin ada yang dah pernah tengok filem box office ni....citer ni lama sangat dah...kalau tak silap dah dipublish since 1997...
Sekarang bila anak2 dah nak membesar ni, saya bg mereka pulak tgk....sesuai untuk tontonan seisi keluarga terutama pada kanak2 yang sedang membesar...yg tgh byk ragam...yg suka request ikut kehendak sesuka hati...
Cerita ni berkisar ttg bagaimana orang yang daif dalam kehidupan cuba mengubah nasib mereka.
Saya biarkan Ariana & Erina tgk sama2 dan saya tau mereka memang 'feeling' tgk citer nie...sambil tu saya selitkan nasihat betapa beruntungnya mereka hidup dalam keadaan yang selesa. Saya nak mereka appreciate life yang sedia ada dan amalkan sifat berkongsi dan bekerjasama sesama mereka.
Saya puji akan jalan cerita yang sangat simple namun memberi makna yang mendalam....


Ali is asked to repair the torn shoes of his sister, Zohra, while buying groceries. A garbageman takes them, and a guilt-ridden Ali apologetically offers to share his shoes with her. So Zohra ends up wearing his shoes to morning school, then must race back so that he can put them on to attend afternoon school. To placate her, he even gives her a pen that he received from his teacher after coming first in his class. With the birth of a third child, the family struggles to make ends meet. Their father, who is behind on his rent, does gardening chores, and wants Ali to learn this trade. With the economic situation getting worse, it is only a matter of time when even Ali's shoes will wear out - bringing out the question: what will the children wear to school then?

saya suka dengan karektor dua beradik dalam filem ni...sangat cute!


Friday 19 July 2013

Mencuba nasib bersama "wallpaper makeover by Nadia Farahida"

As salams..

Tgh belek-belek topic menarik hari ni saya tergerak hati nak baca blog si Aty n saya rasa saya nak join contest yang akan ditaja oleh Nadia ni....first time join dan harap2 rezeki akan berpihak pada kami sekeluarga....kalau tak dapat pun nak wat cam ner...redha jer la....

So, disebabkan saya tak pandai nak bermadah, saya teruskan dengan contest dibawah :

Design yang saya minat.Tampak ekslusif.Harap-harap boleh dipraktikkan pada masterbedroom dulu.

" Saya nak mohon Nadia memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana
  • Focal point yang akan terhasil daripada wallpaper pilihan saya ni akan mendominasikan bilik tidur utama kami lantas mewujudkan ketenteraman yang diperlukan.
  • Saya amat memerlukan bantuan dari orang yang professional seperti Nadia. Saya kagum bila tengok dia makeover wallpaper kat rumah orang lain.Bertuah nyer mereka! 
  • Memandangkan rumah saya diselubungi dengan warna putih sepenuhnya,saya  sangat berharap Nadia boleh memberi peluang mengajar untuk orang yang low knowledge ttg mendeco dan bermain warna dengan wallpaper seperti saya nie... 
So, untuk readers yang lain, jom memeriahkan contest disini yang akan ditutup pada 20/7/2013 ni (dalam blog Nadia kata semalam, tapi Aty kata 20/7/13) Ntah, saya try jer...huhu..n wish me luck as well ya!

  

Thursday 18 July 2013

Parenting : Potty training

As salams....

Semalam kami hanya tinggal ber-3 je.
Mr. Hubby p berbuka ngan dept dia kat luar. Redha jer la yea....
Dan bila ayah tak der kat umh, anak2 dara da mula naik tocang sbb ayah mereka ni agak garang tapi tetap penyayang dengan ibu n anak2....hihi..(anak dara tak leh terlalu garang jugak,nti dorang stress.tapi bila dorang tak dengar cakap, kita lak yg stress! huhu...)

Saya dah mula perasan semenjak dua ni si Erina dah mula menunjukkan gaya tak mo pakai pampers lagi.
Bila dipakaikan dengan dress, alih2 pempers da hilang dan waktu tu saya akan berkejaran satu umah ngan dia.
Bila nak pakai pampers dia akan selalu jawab 'nannokkk!' Then ajak ibu berlari satu rumah(cara untuk slim tanpa p gym ye! ihiks!).

Masih teringat bagaimana saya mengajar Ariana yg dah tak pakai pampers.
Saya bermula sedikit demi sedikit bila dia dah masuk umur 2tahun.
Umur 3tahun, dia akan pakai pampers untuk tido sahaja.
Dan pada umur 4tahun, secara rasminya pampers dah tak diperlukan lagi even pada waktu tido.
So, tiap kali bershopping, pampers dah out of list! Untung kan?

time ni baru bangun tido...saya bg minum air dan terus dia nak poo poo! huhu

Dan ini antara tips saya latih anak untuk ke tandas:
  • Psiko budak2 - mean kita berkomunikasi ngan dia cam dia dah besar. Then bila kita pakaikan dia pampers, kene inform dia yang dia dah makin besar, tak perlukan pampers lagi. Nak buang air, kene p toilet.
  • Simpan semua karpet untuk seketika - first time ajar Ariana saya akan pastikan karpet dah digulung dan disimpan supaya najis mudah dicuci setiap kali dia nak 'pee pee' atau 'poo poo'.
  • Toilet khas - saya belikan cover potty kat tesco cuma RM9.90 jer kalau tak silap.Then, saya akan bg tau everytime nak 'pee pee' atau 'poo poo',cuma masuk toilet khas untuk dia jer (toilet umah lama dulu ada 2 dan Ariana akan guna toilet kat luar yang dikhaskan buat dia untuk seketika).
  • Mimik muka - biasanya kita sebagai ibu akan dapat baca mimik muka anak masing2. Kalau dah nampak terkemut semacam tu maknya memang dah masa nak membuang la tue...huhu..
  • Pantau waktu - Dan pada permulaan, saya akan pantau setiap satu jam dan tanya samada dia ingin ke tandas atau tidak. Saya rasa Ariana pun dah tau soalan ibu dia setiap jam pada minggu pertama.huhu..
  • Sabar - setiap ibu memang dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak2.So, kita gunakan sebaik mungkin dimana pada mulanya anak2 pasti akan tersilap. Sama seperti saya dahulu dimana Ariana dah 'membuang' di tengah2 ruang tamu. Dua tiga kali jugak lah... Jangan terus marah,mungkin dia masih tak pandai control lagi pada waktu tu, tapi katakanlah dengan baik 'lepas ni jangan buat lagi ye sayang..dan kalau nak 'pee pee/poo poo' p toilet terus ye' supaya mereka blh belajar dari kesilapan lalu.
  • Rajinkan diri - Dan jika kita keluar berjalan, para ibu silalah merajinkan diri untuk melatih mereka ke tandas juga yea...

Alhamdulillah, saya berjaya mengajar hanya dalam masa dua minggu je. Memandangkan saya juga ibu yang bekerja, saya mulakan dengan hari Sabtu dan Ahad yang paling menguji kesabaran yang tinggi. Hari seterusnya saya dah berjaya membaca mimik muka jika dia hendak ke tandas.

Dan saya rasa kini sudah tiba masanya giliran si Erina pulak walaupun lagi 2minggu usianya akan genap 2tahun.....mungkin dia da bersedia awal? saya akan mencuba....dan saya harus bersiap sedia dengan kesabaran yang menggunung!  

Tuesday 16 July 2013

Organize di office???

As salams.....

Tgh dok tak tau wat apa ni, saya saja menggatai dok amik pic kat workstation saya....
Betapa malas n bersepahnya hari nie...
Dan sisebabkan saya tak suka stationery kat drawer, sy letak jer atas meja.
Lagipun kat bilik ni tak der orang nak selongkar stationery saya...heheheh

 smua saya letak dalam penutup kotak nie jer.....botol air, kalender, tisu, buss card smua dalam satu tempat jer.....hahahhah....dasar pemalas!

printer/scanner/photocopy machine yg memudahkan kerja dan membuatkan saya semakin bertambah-tambah lemaknya.....sbb terletak kat sebelah jer....tak perlu ke photostate machine.sbb tu makin berlemak! uuhuhuu...

 sapa yg masuk bilik ni mesti akan terkam gula2 ni...time bulan puasa ni byk la....kalau tak puasa, tak sampai 3hari da habis.

 perfume wajib ada.....

 kat aircond pun saya gantung....ahhahah

ayat untuk memotivate diri sendiri.....saya guna hitam putih jer....kalau buat kaler2 nti jadi cam budak skolah lak! dalam erti kata lain malas nk cari bahan.so, guna apa yg ada jer la...lagipun dalam bilik sendiri layan jer la sorang2....hihi..