Tuesday 10 March 2015

Awning di ruang belakang rumah

Assalams....
Pada mulanya sy suka blakang rumah nampak kosong tanpa awning.
Sy pasang frame utk nampak dia lebih padat n cantik
Tapi memandang cuaca sejak kebelakangan ni tak menentu, maka saya dan Mr Hubby decide utk pasang awning material polycarbonate yang nampak agak moden.
Tanpa awning, air selalu masuk sekiranya hujan lebat melalui celah2 safety door.
Tanpa awning, dinding blakang rumah semakin pecah akibat dimakan hujan panas...menjadi menggelembung dan menggerutu.
Tanpa awning juga, dinding dikawasan dapur jelas kelihatan keretakannya...
Kerana itu sebelum pasang wallpaper, sy decide utk pasang dahulu awning utk mengelakan defect pada wallpaper.
pemasangan rangka



Alhamdulillah, selesai satu masalah.
Harap2 tiada masalah yang akan berlaku lagi.
Oh ya,utk pemasangan awning ni kami pertanggungjawabkan
En Nizam - 0137553455
Walaupun pada hari akhir kami tiada dirumah,dia dapat uruskan dengan baik skali dan seperti yang dijanji.
Orang seperti inilah yang kita perlu support. :)

Pemasangan wallpaper

Assalamualaikum dan apa khabar smua??
Bersawang dah sbb aktiviti sangat padat setiap minggu...
Begitu juga dgn kerja yang terlalu banyak sampai terjangkau akalku....huhu

Nak share citer skit ttg install wallpaper ni
Kalau tak silap awal January dah
Hasil dari tinjauan promosi yang dibuat oleh Korea Wallpaper yang membuatkan sy dan Mr Hubby terpanggil utk buat sedikit renovation pada ruang tamu dan laundry area.
Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada keluarga kami dan disini meh sy share citer dan gambar sebelum dan selepas pemasangan.



agak lama juga kami berada disini....
3hari berturut2 selama berejam dok dlm ni nak pilih yang sesuai dgn konsep yang diidamkan



gambar ori sebelum dimakeupkan....
seterusnya berlangsunglah acara memasang wallpaper.



Sila abaikan meja makan yg serabut sbb time ni kami sekeluarga sedang menikmati minum pagi seawai 10pg...kuikuikui....
Mereka bekerja sampai kul 7mlm baru siap.
So, alang2 mereke bekerja keras, sy sempat masak dan ajak mereka makan tghr dan
makan malam bersama kami sekeluarga....
Siap cakap "Selama berpuluh tahun keje tak pernah jumpa tuan rumah hidangkan makan mcm awk"
Semua tu rezeki tetamu jawab sy... :)
Lagipun kan kita ni smua manusia biasa jer....say  NO to double standard, ok!

dan siaplah utk satu part....
pada asalnya sy fikir nak cat jer....tp bila nampak ada promo wallpaper ni terus hilang niat.kikiki
so, utk living hall, sy pilih yang nampak plain dan agak elegen konsep.


disebabkan ruang makan sangat terhad dan dekat dengan living hall, sy letakkan sedikit kontra diruang ini...
dan disebabkan ada byk lebihan wallpaper satu roll, maka sy habiskan pasang sampai ke bilik blakang.Nanti sy tunjukkan tentang bilik blakang ni ye...bilik utk makbapak kalau depa dtg...nak naik atas mmg iddak le depa...huhu
meja makan je nampak kurang sesuai....
Insyallah, masih dlm list utk mencari pilihan hati idaman kalbu....huhu


Seterusnya meneruskan diruang mendobi.
Gambar sebelum ni nampak agak kosong.... 

Inilah hasil selepas....alhamdulillah,siap!
Utk ruang ni sy mementingkan suasana yang tenang jika berada di laundry...
So, sy cuma memilih corak yang simple dan nampak tema modern contemporary nya...
Tak terlalu serabut dgn corak.
Yang penting, ianya perlu bersesuain dgn kabinet dan tiles.




Alhamdulillah, misi utk memasang wallpaper akhirnya terkabul...
Next mission akan diceritakan selepas ini