Wednesday 26 June 2013

Kenapa anak suka menipu?

As salams....

Malam tadi sebelum tido si Erina cakap 'ibu nak ubat!' Yang dimaksudkannya adalah ubat dari produk 4life yang baru saya beli Sabtu lepas.
Saya terus ke dapur dan bila membuka botol ubat saya mendapati hanya tinggal 12biji dari asal yang patutnya berbaki 52biji. Bermakna 40biji dah hilang.. kita blajar maths jap yea...hehehe....
Saya terus memandang ke Ariana yang terkedu bila dia tengok saya memegang botol tersebut. 

Terus saya ke arahnya...
Ibu : Kakak, kenapa ubat dalam botol ni tinggal 12biji? Mana yang lain?
Ariana diam... 
Ibu : Kalau ibu tanya tolong jawab betul-betul ya..mana ubat? Kakak buang ke?
Ariana diam lagi. Gerak matanya menunjukkan yang dia sedang mencari alasan..
Ibu : Kakak?
saya masih menunggu dan hampir 5minit saya pandang ke arahnya, akhirnya dia menjawab....
Ariana : Errr....kakak makan....
Ibu : Whattt??? Astagfirullahal'azim....betul ker ni??? Betul ke kakak makan semua??? 40biji kakak makan???
Ariana : Haah..
dari gerak matanya saya tau dia tipu saya....saya tenung mata nya dalam2....
Ariana : Kakak ma...kan...err..tapi ada yang kakak bu...ang...
Ibu : Ni bukannya coklat....ni ubat....kalau kakak sakit ibu susah hati tau....
Ariana diam.
Ibu : Macam mana kakak boleh dapat? Kan ibu dah sorok? Bila masa kakak makan?
Bertubi2 saya tanya sebab saya nak tau perkara yang sebenar...
Ariana : Kakak nampak ibu simpan mana....kakak makan waktu ibu tido...ubat tu sedap....

Finally saya terpaksa memukul dia juga...saya terpaksa memukul sedikit untuk dijadikan ikhtibar dan di usia rebung ni la saya perlu membentuk anak2 saya supaya mereka belajar dari kesilapan, bukannya mendera...

Then saya explain padanya kenapa saya marah....dia perlu tahu yang itu ubat, bahaya jika makan overdose dan bla..bla...bla...saya terus explain kesan buruk jika dia overdose. Dan waktu tu saya paksa dia minum air banyak2.

Sedih  juga bila ubat dah tiada.....dah la mahal...Tak pe, duit saya boleh cari lain....tapi jika Ariana overdose?? Saya sangat risau jika itu akan membuatkan buah pinggang nya rosak. Saya sangat risau jika anak saya sakit! Harap2 tiada apa yang akan berlaku padanya....saya tak kisah jika dia terbuang ubat tersebut....

Moral of story : Lepas ni saya perlu organize betul2 dah buat label supaya dia tahu yang mana dia boleh makan dan tidak..Saya perlu jelaskan supaya anak2 saya faham kenapa dan mengapa.Saya akan pastikan perkara yang sama takkan berlaku lagi.Menjadi iktibar juga pada saya... 


Semoga ibu diberi kesabaran yang tinggi dalam mendidik kalian, duhai anak2ku...

Hr ni saya masih tak puas hati.....saya dapatkan info tentang parenting dan saya sharekan bersama parents yang lain....semoga mendapat manfaat bersama....

Bendung sikap anak suka menipu

Oleh Hafizah Izahanid (hafiza@nstp.com.my)
Ibubapa, rakan dan persekitaran dorong kanak-kanak berbohong

WALAUPUN anda biasa bertemu dengan kanak-kanak yang suka menipu, tetapi kecenderungan itu sebenarnya tidak normal. Ia sikap yang tidak baik dan jika dibiarkan boleh terbawa-bawa hingga dewasa.
Ada banyak perkara menyebabkan kanak-kanak menipu. Misalnya, dia melakukan perkara yang tidak disukai ibu bapa. Justeru, bagi mengelak dimarahi, kanak-kanak lebih rela menipu. Kanak-kanak membentuk sikap dan peribadinya menerusi pemerhatian. Kadangkala kanak-kanak menipu kerana pengaruh kawasan atau suasana dia dibesarkan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Mariani Md Noor, berkata sikap ibu bapa yang banyak memberi jawapan ‘tidak’ kepada setiap permintaan anak tanpa memberi alasan logik menyebabkan kanak-kanak suka menipu.

“Mungkin mereka tidak faham mengapa ibu bapa menolak permintaan mereka. Justeru, mereka lebih teruja untuk terus melakukan perkara yang dilarang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kadangkala ibu bapa memberi alasan yang mudah, misalnya jangan makan ais krim nanti demam. Jawapan itu terlalu mudah dan tidak jelas.

“Mungkin ibu bapa boleh kata, tidak boleh makan ais krim kerana proses membuatnya kotor atau tidak menggunakan air yang dimasak,” katanya.

Dr Mariani berkata, setiap alasan itu mesti rasional dan berdasarkan kefahaman kanak-kanak selain keupayaan dia berfikir. Jangan memberi alasan yang dia tidak faham.

Selain itu, arahan ibu bapa yang tidak konsisten juga menyebabkan kanak-kanak menipu. Misalnya, ibu bapa melarang dia merokok atau menonton televisyen hingga larut malam, sebaliknya ibu bapa pula yang merokok. Dalam konteks ini anak mudah keliru.

Dr Mariani berkata, anak juga memerhati sikap adik beradik yang lebih tua. Mungkin abang dan kakaknya dapat mencapai sesuatu tanpa pengetahuan ibu bapa. Jadi dia pun turut terpengaruh.

Contoh mudah, ibu bapa mungkin tidak membenarkan anak bermain di jalan raya tetapi apabila ibu bapa keluar bekerja, mereka bermain juga di jalan raya.

“Pada kanak-kanak, menipu bukan sesuatu yang salah, sebaliknya mereka merasakan ia sebagai cara untuk memenuhi keinginan,” katanya.

Dr Mariani berkata, selain suasana di rumah, persekitaran di sekolah juga menggalakkan kanak-kanak menipu kerana terikut-ikut dengan kawan.

“Kanak-kanak belajar daripada proses peniruan. Mereka memiliki ‘absorb mind’, apa yang dilihatnya waktu kecil dan sepanjang proses pembesarannya. Ada sebahagian memori itu kekal dalam ingatannya untuk tempoh panjang. Pada waktu dan konteks yang sesuai, kanak-kanak akan menggunakannya,” katanya.

Beliau berkata, menipu harus dibezakan dengan berdalih. Berdalih atau beralasan selalunya membabitkan perkara yang munasabah dan boleh diterima akal. Bagaimanapun, menipu bermaksud mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal.

“Sebagai ibu bapa, anda perlu dekati dan kenal pasti punca anak suka berbohong. Bagaimanapun, jangan dekati anak dengan cara yang keras jauh sekali mengugut.

“Mungkin anda terlalu marah dan menengking anak anda. Beri tahu mama kenapa abang tipu? Anak tidak akan memberitahu anda apa-apa. Bila anda ugut, cakap cepat kalau tidak ayah rotan, anak langsung tidak akan memberitahu anda apa-apapun,” katanya.

Justeru, Dr Mariani berkata, dekati anak dengan lembut dan cuba cungkil rahsianya dengan cara bercerita mengapa dia menipu.

“Kanak-kanak suka bercerita. Melalui cerita dia mudah meluahkan perasaannya. Dalam konteks ini, ibu bapa sepatutnya bersikap ‘autoritatif’ bukan ‘autoritarian,’,” katanya.

Bagaimanapun, jika sikap anak yang suka menipu itu terbawa-bawa hingga awal remaja dan keterlaluan, dia perlu dirujuk kepada kaunselor.

“Ibu bapa perlu peka pada perubahan anak. Jangan hanya memberi keperluan material saja sebaliknya psikologi dan sikap ambil tahu amat penting. Sikap suka menipu mesti dibendung kerana jika tidak ditegur kanak-kanak akan berasa dia betul,” katanya.

Katanya, secara umum, kanak-kanak mula menipu apabila usianya menjangkau lima tahun. Ketika itu, dia sudah boleh berfikir secara simbolik dan logik. Kadangkala ada juga kanak-kanak menipu apabila mula bersekolah dan bergaul dengan rakan sebaya.

Dr Mariani berkata, proses perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Daripada kosong hingga dua tahun (zaman awal kanak-kanak), dua hingga enam tahun (zaman kanak-kanak pertengahan) dan daripada enam hingga 11 tahun (zaman kanak-kanak akhir).

Pada setiap peringkat usia, banyak pengalaman dan pemerhatian yang dikutip dan disimpan. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka banyak belajar daripada pemerhatian dan mula berinisiatif sendiri.
Pada zaman kanak-kanak pertengahan, mereka mula menunjukkan sikap suka bersaing antara rakan sebaya dan selalu mahu menang. Justeru, jika kalah, dia mula berasa rendah diri dan akan berbuat sesuatu yang lebih baik untuk menang sekali gus mungkin menipu.

Sebagai contoh mungkin anda pernah mendengar perbualan kanak-kanak yang membanding-bandingkan siapa lebih hebat.

“Misalnya, saya ada banyak kereta mainan. Dibalas pula oleh kawannya saya lagi banyak. Bagaimanapun, kadangkala anak itu tiada kereta mainan pun.

“Ibu bapa mungkin hanya kenal anaknya sebagai anak tetapi tidak mengenalinya sebagai rakan atau remaja. Justeru, ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai perkembangan anak. Jika anak suka menipu tanya diri sendiri di mana silapnya didikan yang diberikan. Mungkin ibu bapa terlalu garang atau terlalu berlembut.
“Atau jika bukan ibu bapa puncanya, ambil tahu kawan-kawannya. Mungkin pergaulan dengan kawan-kawan seusia yang membuat dia menipu,” katanya.

Dr Mariani berkata, ibu bapa boleh mengetahui sama ada anak menipu tidak menerusi gerak gerinya. Apabila menipu, sikapnya akan berubah. Misalnya, dia kerap meminta wang membeli alat tulis tetapi alat tulisnya sentiasa ada dan anda membeli stok yang banyak.

FAKTA:
Mengenai Menipu
  • Kanak-kanak kecil tidak faham apa itu menipu.
  • Apabila mula bersekolah, mereka mula memahami konsep betul dan salah atau adil.
  • Kanak-kanak menipu kerana mahu sentiasa menang.
  • Selalunya apabila semakin dewasa, dia akan meninggalkan tabiat menipu.

  • Mengapa kanak-kanak menipu?
  • Untuk mendapat perhatian ibu bapa
  • Kurang komunikasi
  • Kurang kasih sayang
  • Kurang pengiktirafan daripada ibu bapa
  • Kurang penghargaan
  • Kurang belaian

  • Mengapa kemenangan sentiasa penting pada kanak-kanak?
  • Kemenangan membuatkan mereka sentiasa ‘penting’ dan paling bagus antara rakan sebayanya.
  • Ada kala kanak-kanak sukar untuk berdepan dengan kekalahan.
  • Jika kanak-kanak tiada jati diri atau tertekan kerana apa saja sebab, kemenangan menyebabkan mereka berasa selesa.

  • Apa yang ibu bapa boleh buat jika anak menipu
  • Beritahu dia apa yang dimaksudkan dengan menipu. Kanak-kanak kecil tidak faham dan tidak tahu menipu itu satu kesalahan. Bagaimanapun, apabila dia mula bersekolah, dia akan lebih mengetahui konsep betul, salah dan adil. Justeru, dia lebih memahami mengapa menipu itu satu kesalahan.
  • Cari punca mengapa dia menipu. Mungkin ada perkara yang membuat dia tertekan hingga terpaksa menipu.
  • Kanak-kanak bukanlah jahat jika dia menipu sebaliknya beritahu dia anda kecewa dengan sikapnya itu tetapi masih sayangkan dia. Bagaimanapun, anda masih di sisinya untuk membantu.
  • Berikan contoh terbaik. Jika mendidik anak menonton televisyen hingga larut malam itu tidak elok, anda juga jangan lakukan.
  • Bincang dengannya tekanan yang dihadapi sesama rakan sebaya. Mungkin persaingan sesama mereka membuatkan dia tertekan dan menipu.
  • 4 comments:

    1. Nak membesarkan anak-anak ni macam-macam situasi kena hadapi but you are doing fine. Terkejut jugak bila baca Ariana telan ubat tu..kecut perut Tok ni! All the best Ellysa in bringing up your children :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kak, rupanya produk dimakan tu pernah diuji jika 2000bj dalam satu masa pun masih tak beri apa2 kesan buruk.Syukur tak der apa2 berlaku n lega bila saya baca tentang fakta tersebut...

        Delete
    2. risau nye klau ada effect ape2 kan.hrp2 semunya ok ye.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Insyallah....harap2 pun gitu lah kan...

        Delete