Wednesday, 5 June 2013

Bagaimana mengurangkan kesesakan di dapur???

As salam.....

Kali ni apa kata kita kongsi pula tips bagi mengurangkan kesesakan didapur....

 

Tip berikut akan membantu anda menyelesaikan masalah tanpa perlu tergesa - gesa membuat pengubahsuaian besar - besaran.
  • Lakar terlebih dahulu kedudukan ruang dapur yang diingini, misalnya kedudukan pintu, sinki dan dapur memasak. Lihat sama ada ia boleh disusun semula atau dikekalkan. mungkin perubahan kedudukan ini boleh memuatkan ruang lebih untuk keperluan lain misalnya menambahkan ruang penyimpanan seperti kabinet untuk memberi peluang ruang kerja lebih lapang.
  • Pilih unit kabinet bersesuaian kerana kehadiran kabinet ini akan mempengaruhi ruang berkenaan. Jika keluasan dapur terhad, penggunaan kabinet dinding lebih bersesuaian berbandingperabut atau almari. Walau bagaimanapun, jika ingin menggunakan kabinet 'penuh' pada dinding, pastikan ia tidak kelihatan terlalu 'berat dan padat'. Misalnya menggunakan pintu kaca atau skema warna cerah dan 'sejuk'.
  • Pastikan jika anda menggunakan kabinet dinding atas bawah, sudut tidak dibairkan kosong. Anda mungkin boleh menjadikan sudut ini tempat memasak elektrik (periuk, cerek atau oven) atau mewujudkan sinki sudut.
  • Selain kabinet bertutup, anda juga boleh memilih menggunakan ruang atau rak penyimpanan terbuka. Gantikan kabinet tertutup dengan sebahagian kabinet terbuka kerana ini lebih memudahkan anda mengambil atau menyimpan peralatan dapur seperti periuk, kuali, pinggan, mangkuk dan sebagainya.
  • Untuk tampil berbeza, idea pintu ala kafe mingkin menarik seandainya anda masih ingin ruang dapur 'bertutup' selain penggunaan tirai atau daun pintu.

No comments:

Post a Comment