Monday 15 July 2013

Aktiviti berpuasa diminggu pertama

As salams...

Hr ni da masuk hari ke-6 kita berpuasa....alhamdulillah, Ariana dah dapat berpuasa penuh buat masa ni.Hanya pada hari pertama berpuasa jer dia asyik bertanya bila nak berbuka....terpaksa saya melayan soalan dia walau dah berkali di tanya.....dan pada waktu ni nilah saya perlu inform dia tentang fakta kenapa kita sebagai umat Islam wajib berpuasa...Syukur, masuk hr ke3 dia da mula faham...cuma bila dia ternampak si Erina minum atau makan, dia seolah2 nak join sekaki...huhu..

Sabtu lepas, kami sekeluarga seronok berbuka bersama keluarga di Ampang. First time saya ke pasar juadah di Desa Pandan sebab selama ni hanya Mr Hubby yg akan tapaukan dan saya memang kurang berminat nak bersesak-sesak nie...

So, semalam saya p melawat cousin yang dah 8hr berada di ward Hospital Putrajaya. Hari ni baru saya mampu nak bercerita....
Kemalangan sendiri tanpa melibatkan mana2 kenderaan lain yang berlaku pada 7/7/13 jam 12.30tghr di Elite Highway.

keadaan Vios yang dah total lost

Cousin kata dia tetiba mengantuk n sedar2 jer dah ada di hospital.
Waktu tu dia nak hantar anak buah ke kolej di nilai, N9.
Dan terpaksa rush sebab nk jemput anak di sekolah(sports day)
Anak buah terpaksa terima 4jahitan di kepala, perut terbelah skit sebab sedar2 ada atas devider, kepala benjol besar n luka2 dia tangan. Hanya dirawat sebagai pesakit luar...

keadaan pada hari pertama.Dapat je berita dari bapak, saya tinggalkan projek mengemas n terus bergegas ke hospital.Dari jam 6ptg hingga 10.30mlm saya menunggu dia keluar dari emergency room hingga dimasukkan ke ward sehingga ibunya sampai dari utara.

Cousin saya yg paling parah esp yg melibatkan saraf tunjang n neck injury.
Kata pakar, kebiasaannya tiada yang terselamat jika tercampak keluar dari kereta dengan kecederaan yang parah begini.Allahuakbar! Memang Allah itu Maha Besar!
Diberikan peluang kedua untuk hidup...
Pada mulanya pakar decide utk operate tapi bila dikaji, operation tersebut boleh mengakibatkan cousin saya lumpuh atau kematian, maka ianya ditangguhkan.
Buat masa ni pakar tak dapat merawat dia melainkan dia terpaksa memakai "head halo brace" seperti ini...

Allahuakbar.....terasa betapa siksanya nk pakai benda ni sebab tak blh banyak bergerak.
Semoga cepat sembuh cousin.....
Dan diingatkan untuk smua readers dan diri sendiri juga, semoga menjadi iktibar kepada kita agar sentiasa beringat dan berhati2 sewaktu memandu. Jika mengantuk tu bawalah berehat terlebih dahulu.....

Keluar jer dari hospital, tgk jam masih pukul 2pm...dan disebabkan masih awal lagi, tetiba teringat kat Ikea ada sale dan terus Mr Hubby menghala ke sane. Ushar punya ushar, tangan pun dok menggatai capai sana sini, akhirnya dapatlah sedikit hasil tangkapan untuk kali ni.....
Sempat singgah membeli sedikit kuih muih di pasar n sampai rumah jam 6.45pm, saya bergegas buat char kuea tiaw jer....


6 comments:

  1. Masyaallah...kepada sesiapa yg mengantuk disarankan berhenti rehat dulu...pernah kami suami isteri 2 kali berhenti tidur balik dari kampung di Tapah ke Shah Alam. Agaknya kalau saya boleh drive tak berhenti kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu....sebab bila kita dah ngantuk, automatically otak pun mudah blackout.so, berilah badan n otak dapat rest secukupnya..
      pasni hati2 yea nor hafizan...

      Delete
  2. abg saya juga pernah langgar divider di plus highway sbb mengantuk ... mmg bahaya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeri dengar! waktu drive ni sepatutnya kene sentiasa beringat...kan kak vee?

      Delete
  3. semoga ur cousin cpt sembuh. waktu tgh hari.. bahaya skit...mmg cpt ngantuk kalo drive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah....tq n sama2lah kita berdoa utk dia....
      jadikan cerita ni sebagai pengajaran buat kita bersama Miss N..

      Delete