Syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang kepada kita untuk menunaikan ibadah dalam bulan yang mulia ini......masih diberi peluang pada kita untuk mendapatkan pintu keampunan yang sedang terbuka seluas-luasnya, kebaikan yang diberi berlipat kali ganda serta diberikan kita peluang untuk mendapatkan bonus dimalam lailatul qadar! Syukur dan syukur!
Dan pada hari pertama berpuasa pada hari ini, saya sekeluarga memohon jutaan maaf pada semua readers jika ada ayat komen saya yang mengundang rasa tidak senang pada anda.
Berkongsi dengan malam pertama.....saya di uji pabila tetiba multicooker buat hal.Dah bercadang nak masak untuk family dinner dan bersahur...Barang2 mentah smua dah ready tapi bila switch on plug, tetiba tak mau 'on' pulak. Aduhai...sedihnya...waktu2 bergini lah ianya berlaku. So,saya redha dan disebabkan saya tak nak membazirkan barang2 mentah tersebut, saya gagahkan juga diri masak menggunakan rice cooker jer...dan berkat kesabaran 9.30 baru dapat makan. Kesian Mr Hubby yang berterawih dalam keadaan lapar. Saya betul-betul rasa bersalah.
Apepun buat readers sekalian, saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga segala ibadah kita diterima Allah s.w.t. Pesan saya buat kalian dan diri sendiri juga, berpada-padalah dalam menjamu selera, jaga deria kita kerana nafsu kini sedang menguasai diri kita!
Selamat Berpuasa untuk lisa sekeluarga!
ReplyDeleteTerima kasih dan selamat berpuasa utk akk juga!
ReplyDelete