Friday, 28 June 2013

Memori lama : Piala FA Malaysia

As salams....


Bila terdengar citer dalam Hot FM pagi ni tentang Kelantan vs Johor malam esok, saya terus teringat tentang kisah lama kami di tahun 2010 sewaktu Kelantan vs Negeri Sembilan.

Al kisah pada tahun  2010 yang lalu, waktu tu saya kat office...then bila dengar berita akan diadakan piala PA keesokan hari di Bukit Jalil, tetiba saya terus call adik saya dan saya cadangkan untuk berniaga. Kebetulan adik saya ada kawan yang setiap tahun akan bukak gerai setiap kali ada perlawanan bola, maka dia pun bagi kami menumpang. Tak sangka adik saya terus setuju dan kami berpakat untuk berkumpul di rumah mak pada jumaat malam. Saya inform abg no.2 saya dan abg saya pun turut bersetuju nak join gak....

Seawal jam 8pagi, maka berkumpullah kami adik beradik dan waktu tu kami sama2 bergerak mencari barang di kedai borong. Plan awal kami cuma nak jual air....tapi on the way mencari barang, tetiba saya teringat nak jual bihun. So, kami cuma menjual air dalam cawan dan bihun goreng. Sesangatlah simplekan??Just test market je waktu ni....hehehe... dan kalau tak silap, kami cuma bermodalkan kurang dari RM200.

Disebabkan mak saya tiada dirumah, maka saya bertungkus lumus memasak bihun sebundle sorang diri. 2kali trip nak kene buat. Bila siap masak, yang lain tolong packing.

Kami bergerak ke Bukit Jalil seawal 1tghr dan waktu tu jalan dari Cheras nak ke Bukit Jalil jammed teruk. Hampir 2jam baru kami sampai dan polis terus bagi kami masuk sebab ada pas berniaga.

Sesampai jer kat saner, kami terus jadi 'down' kejap bila peniaga lain terlalu ramai. Masing-masing bawak lebih dari 50kotak mineral water.Siap ada 'runner' lagi....kawan adik saya tu gelakkan kami....sebab kami hanya bawak 20kotak mineral water jer....tu pun kami dah rasa banyak sangat.Member adik siap gelakkan kami dancakap 'aku rasa tak sampai sejam jer ni dah habis...' kitaorg cam tak pecaya sebab waktu tu ramai sangat peniaga. Saya siap cakap 'ntah2 tak laku kot.....'


mineral water yang kami jual..

Kalau tak silap jam 5.30ptg pihak stadium dah bagi penonton masuk stadium.Kami biarkan semua masuk dulu.....dan bila tengok semua penonton dah duduk ditempat masing2, kami mula bergerak secara rawak. Saya dan GF adik duduk setempat untuk jaga barang. Abg, adik dan Mr Hubby mula mengangkut dan pergi dari satu tempat ke satu tempat menjual.

kebetulan blakang kami adalah tempat duduk penyokong Kelantan yang diberi ruang jauh sedikit dari penyokong N9.Mr Hubby handle kawasan bawah nie...

Dan ini adalah customer terakhir Mr Hubby.Waktu ni masih ada balance 3bungkus bihun  yang terakhir....mamat tu rasa dulu sebungkus dan terus borong semua.

waktu ni kami dah selesai berniaga...

betul kata kawan adik, tak sampai sejam kami dah selesai....

6.30ptg, lepas habis kesemuanya kami pulang dengan rasa gambira.Tak sangka hasil percubaan kami telah berjaya.Semuanya habis dijual. Licin! Balik tu kami singgah dan tapau satay kambing makan beramai2 dan keuntungan tu kami share sama banyak.Dan finally kami layan bola kat umh jer secara berjemaah.huhu.. Kalau tak silap setiap seorang dapat RM150 untuk kami berlima. Side income secara suka-suka antara kami adik beradik....jadilah...yang penting kami enjoy!







Thursday, 27 June 2013

Memori lama : Model tak bertauliah.

As salams....

Tengah godek2 gambar, akhirnya saya terjumpa gambar lama sewaktu tengah memboyotkan si Erina....
Waktu saya mengandungkan Erina, rezeki saya memang melimpah ruah.

Siapa sangka, dalam keadaan sarat mengandung, saya dioffer untuk menjadi model untuk produk kecantikan. Kelakarnya....waktu tu saya masih bekerja di salah sebuah pusat 'slimming centre' saya tak tau kenapa owner nak sangat saya jadi model untuknya. Dah banyak kali saya menolak sebab waktu tu muka da naik sembab, perut dan badan dah kembang semangkuk tapi dia kata sebab saya mempunyai kulit yang cantik (tu smua poyo!!! i got dry skin la boss....), maka dia nak saya datang juga ke rumahnya di Damansara....aduhai, waktu tu malunya tak terkata....
Yang tak boleh dilupa, dia siap datang office dan remind saya untuk datang ke rumahnya....

Saya ceritakan pada Mr Hubby dan alhamdulillah,dia memberi keizinan kepada saya supaya tidak menghampakan dia.....jaga hati boss la katakan....huhu..
Dan bila tiba masanya,kami ke rumahnya....shooting sepatutnya start pukul 9pagi tapi saya datang agak lwt.Almaklumlah, tgh memboyot ni tahap kemalasan waktu ni agak tinggi...hehehe. tapi sebab dah berjanji, saya tunaikan juga janjinya....manusiakan perlu berpegang pada janji...

Dirumah owner yang tersergam indah.Saya sangat suka warna langsir tue...warna plain yang dipilih memang nampak tenang dan luas.Yg duduk dikerusi tu adalah 'manager' saya yg menghantar dan siap tunggu sampai saya habis shooting.hihi...


Sesampai jer, kami terus dijemput makan dengan hidangan McD je..hahahha...

salah sorang teman yang berminat nak berkawan dengan Ariana...dah lupa nama Sweedish lady nie

Then, saya di touchup oleh makeup artist. Ariana dok kusyuk tgk ibu..

bestnyer kalau kat umah ada private swimming pool,kan?
bertapa malunya waktu ni dok dekat2 ngan model2 yg slim2 dan cantik2...sedangkan saya paling plum dan pendek..so, saya decide untuk duduk paling tepi...huhu...

bersama model-model yang banyak mengajar saya face expression bila berada didepan kamera...very friendly!

turn kami...

dari ke atas, Ariana turun ke bawah nak close up.

Ariana n Vernette

kami ber3 + 1.hehehe...saya suka sangat dekorasi rumah owner yang simple

dan kami lagi...dipaksa oleh Vernette untuk bergambar...huhu...

bergambar with owner, Ms Yap. Thank you for an attractive prizes given! Merasa juga saya handbag longchamp yg saya bawa tu dan skin product yang tak mampu dibeli.hehehe...Memang rezeki!

Wednesday, 26 June 2013

Hindari ubat-ubatan dari anak-anak kita

As salams....

Cari punya cari akhirnya saya terjumpa artikel untuk mencegah keracunan pada kanak-kanak dan orang dewasa juga sekiranya ter'overdose'.
Saya copy and paste untuk dimanfaatkan kepada anda juga....


Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis. Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan. Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan. Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.


Bagaimana mencegah keracunan?
Keracunan pada kanak-kanak adalah sesuatu yang boleh dicegah. Usaha-usaha yang gigih untuk mengelakkan keracunan perlu mengambil kira peringkat umur kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun merupakan golongan yang paling berisiko untuk mengalami keracunan kerana mereka cenderung untuk memasukkan apa sahaja ke dalam mulut mereka. Kanak-kanak pada peringkat umur ini baru belajar merangkak dan berjalan dan terdedah kepada pelbagai barangan di dalam rumah. Langkah-langkah pencegahan keracunan di rumah paling baik dimulakan ketika kanak-kanak berusia enam bulan atau sebelum kanak-kanak tersebut menyusur dan merangkak.

Kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun biasanya akan memakan sebarang ubat atau pil yang mereka temui. Kumpulan ini bersifat ingin mencuba dan mereka juga gemar meniru gelagat orang dewasa. Apabila usia mereka meningkat, usaha-usaha pencegahan akan lebih cenderung daripada melindungi kepada mendidik. Pada peringkat ini, ibu bapa hendaklah memberitahu anak-anak tentang bahaya keracunan ubat-ubatan.

Keracunan boleh berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa. Kanak-kanak merupakan golongan yang sering terdedah kepada keracunan sama ada di rumah mahu pun di luar rumah.

Di Pusat Racun Negara, laporan menunjukkan lebih 26% daripada kes-kes keracunan yang dirujuk dari tahun 1995 sehingga Jun 2001 adalah melibatkan kanak-kanak. Kebanyakan daripada kes-kes tersebut juga didapati melibatkan golongan yang berusia antara satu hingga enam tahun. Golongan ini biasanya suka mencuba sesuatu yang baru dan menarik tanpa mengetahui bahayanya hal ini kepada mereka.

Anda akan dapat mengetahui mengenai jenis-jenis keracunan ubatan dan cara mencegah serta mengendalikan kes keracunan ubatan melalui laman web ini.


HINDARI KERACUNAN UBATAN
Keracunan dikalangan kanak-kanak :-

• Ubat demam
Ubat demam adalah sinonim dengan parasetamol malah ia adalah ubat yang paling kerap digunakan untuk kanak-kanak. Selain demam, juga digunakan untuk meredakan atau menghilangkan kesakitan. Mudah dibeli di kedai-kedai tanpa memerlukan preskripsi doktor serta terdapat dalam pelbagai bentuk formulasi seperti ubat kunyah, cecair dan supositori.

Kebanyakan ibu bapa sering menganggap parasetamol adalah 'sangat selamat'. Tetapi kajian-kajian menunjukkan banyak kes keracunan berlaku kerana sebahagian ibu bapa atau penjaga memberikan dos-dos parasetamol yang tidak betul kepada kanak-kanak. Kesilapan yang paling ketara ialah memberi dos dewasa dalam bentuk ubat biji yang tidak sesuai untuk usia kanak-kanak tersebut. Dalam kes-kes lain pula, keracunan terjadi kerana kesilapan mengira dos yang betul serta kesalahan menyukat dos ubat cecair.

Parasetamol untuk kanak-kanak biasanya didapati dalam warna yang menarik serta mempunyai rasa yang enak. Oleh itu, kanak-kanak cenderung untuk memakannya sendiri sekiranya diletakkan di tempat yang mudah dijumpai oleh mereka. Lebihan dos parasetamol yang dimakan oleh kanak-kanak berkemungkinan menyebabkan kerosakan hati yang jika tidak menerima rawatan segara dan boleh membawa maut.

• Ubat selsema
Ubat untuk rawatan selesema dan batuk biasanya mengandungi antihistamin di samping bahan-bahan lain. Contoh antihistamin konvensional adalah seperti klorfeniramin, prometazin, trimeprazin, defehidramin, triprolidin dan lain-lain lagi. Pada dos-dos yang selamat, antihistamin konvensional boleh menyebabkan rasa mengantuk akan tetapi jika dos berlebihan kanak-kanak akan mengalami tanda-tanda rangsangan sistem saraf pusat seperti pembesaran anak mata, muka merah, mulut kering, demam, dan ataksia (pergerakan otot yang tidak seragam). Selain itu, keracunan juga menyebabkan sawan, tekanan darah meningkat serta perubahan pada fungsi jantung. Sekiranya tidak diberi rawatan segera, maut mungkin menyusul.

Selain antihistamin konvensional, antihistamin generasi kedua seperti yang tidak menyebabkan rasa mengantuk banyak digunakan masa kini. Lebihan dos boleh menyebabkan kesan toksik kepada jantung dan sawan.

Di samping itu, bahan lain yang terkandung dalam ubat selesema dan ubat batuk ialah pseudoephedrine, dan jika diambil dalam dos berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, sakit kepala, halusinasi penglihatan (visual hallucination), kekeliruan, koma, kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung dan lain-lain kesan toksik pada jantung.

• Zat besi (Iron)
Keracunan zat besi merupakan punca utama kematian kanak-kanak di bawah enam tahun yang dilaporkan berlaku dari tahun 1988 sehingga tahun 1992 di Amerika Syarikat. Zat besi biasanya didapati dalam banyak sediaan ubat vitamin kanak-kanak dan ibu hamil. Zat besi merupakan zat yang penting untuk mencegah anemia atau keadaan kurang darah yang disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Kanak-kanak yang mengalami lebihan zat besi akan mengalami kesan keracunan segera dan kesan keracunan jangka panjang. Kesan segera biasanya berlaku beberapa minit atau beberapa jam selepas mereka menelan ubat tersebut. Antaranya ialah rasa loya, muntah, cirit-birit dan pendarahan perut-usus, yang boleh mengakibatkan kejutan, koma dan maut.

Dalam beberapa kes keracunan, kanak-kanak berkenaan kelihatan sembuh seperti sedia kala, akan tetapi pendarahan perut-usus yang teruk, keletihan berlebihan, kegagalan jantung dan koma boleh berlaku antara 12 jam sehingga dua hari kemudiannya. Walaupun kanak-kanak tersebut selamat, mereka mungkin mengalami masalah-masalah lain seperti saluran perut-usus tersumbat dan kerosakan hati yang teruk dalam tempoh tiga hingga enam minggu selepas tarikh keracunan. Oleh itu, sekiranya anak anda tertelan lebihan ubat yang mengandungi zat besi, bawa dia ke hospital segera walaupun tiada kesan segera keracunan diperhatikan. Kadangkala tanda-tanda yang teruk tidak terjadi dalam tempoh yang singkat dan rawatan yang lambat diberi mungkin tidak lagi berkesan

Keracunan dikalangan dewasa :-


Ubat antidepresi Ubat antidepresi digunakan untuk merawat depresi atau kesugulan yang merupakan satu gangguan psikologi. Ini termasuklah perubahan tingkah laku seperti bermuram, cepat marah, gangguan tidur, hilang berat badan dan kurang selera makan. Ciri-ciri kesugulan biasanya ditentukan oleh doktor perubatan. Ini berpandukan kriteria yang ditetapkan mengikut satu piawai untuk penyakit mental. Rawatan kesugulan biasanya melibatkan kedua-dua rawatan kaunseling dan ubat. Daripada segi rawatan ubat, biasanya ubat antidepresi trisiklik seperti imipramin digunakan.
Keracunan akibat pengambilan berlebihan ubat antidepresi trisiklik boleh dilihat daripada ransangan sistem saraf dan gangguan denyutan jantung. Jika dos ubat imipramin yang diambil melebihi 500 mg, ia boleh menyebabkan mangsa menunjukkan gejala suhu badan menurun, sawan, tekanan darah menurun, pernafasan tertekan, anak mata mengembang, penglihatan kabur, gangguan denyutan jantung dan koma. Sebenarnya tiada penawar khusus untuk kes keracunan ini. Rawatan yang biasa diberi merupakan rawatan untuk mengeluarkan sebanyak mungkin racun dari badan serta berdasarkan masalah kesihatan yang timbul semasa keracunan.

Ubat analgesik
Kumpulan ubat ini menahan atau meredakan kesakitan akibat sakit kepala, sakit gigi, sakit perut, sakit sendi dan sebagainya. Dalam hal ini kesakitan merupakan satu tanda penyakit dan bukannya sebab utama mengapa sesuatu bahagian badan menjadi sakit. Oleh itu ubat analgesik hanya membantu mengurangkan rasa sakit yang berkaitan. Sekiranya rasa sakit muncul semula ataupun tidak hilang, maka pesakit cenderung untuk menambah atau menggunakan semula dos ubat berulangkali sehingga menghasilkan keracunan. Terdapat dua jenis utama ubat analgesik iaitu jenis narkotik dan bukan narkotik. Jenis narkotik merujuk khususnya kepada dadah narkotik seperti morfin ataupun petidin; satu lagi adalah seperti aspirin dan parasetamol. Ubat analgesik jenis narkotik jarang mengakibatkan keracunan. Ini kerana penggunaan ubat tersebut terhad dan sentiasa diawasi oleh doktor bagi mempastikan bahawa dos yang diambil tidak berlebihan.

Ubat analgesia, jenis bukan narkotik pula dibenarkan untuk digunakan oleh undang-undang Malaysia tanpa pengawasan doktor. Ubat sedemikian boleh diperolehi di kedai farmasi tanpa preskripsi doktor. Kebanyakan ubat seperti analgesia sering mengakibatkan keracunan kerana cara penggunaan yang tidak betul. Mekanisme keracunan yang terhasil akibat dari kumpulan ini akan diterangkan dengan menggunakan dua jenis ubat yang popular iaitu parasetamol dan aspirin.

• Parasetamol
Penggunaan yang disyorkan untuk seorang dewasa ialah 1 gm (2 tablet biasa) digunakan antara 4 hingga 6 jam sehari setiap kali diperlukan. Apabila diambil oleh pengguna, parasetamol akan dimetabolismekan di hati lantas menyebabkan kesan ubat menjadi reda dan penggunaannya perlu diulang. Salah satu hasil metabolit dikenali sebagai metabolit perantara. Ia terbentuk di hati dan merupakan bahan kimia bertoksik kepada sel-sel hati yang boleh menyebabkan sel hati termusnah.

Dalam pengambilan ubat ini secara biasa, metabolit merbahaya ini bergabung dengan sejenis enzim glutation yang terhad menyebabkan metabolit perantara tidak dapat dineutralkan. Akibatnya metabolit tersebut bergabung dengan sel hati dan seterusnya menyebabkan sel hati musnah. Selain hati, parasetamol juga menyebabkan kerosakan buah pinggang melalui mekanisme yang sama. Sekiranya berlaku keracunan parasetamol, penawar, n-asetilsistein boleh digunakan untuk menghalang berlakunya kerosakan hati dan buah pinggang. Sekiranya rawatan diberikan sebelum kerosakan hati dan buah pinggang berlaku, penawar tersebut akan menyebabkan lebih banyak enzim glutation dihasilkan untuk bergabung dengan metabolit perantara.

• Aspirin
Asprin digunakan untuk meredakan sakit, mengurangkan demam dan radang di bahagian sendi. Ia juga boleh meredakan penyakit artritis dan melambatkan pembekuan darah. Untuk merawat kesakitan, aspirin digunakan pada dos sehingga 1gm setiap empat jam. Dos oral maksimum yang dibenarkan dalam sehari ialah lingkungan 4 gm. Dalam badan, aspirin akan ditukarkan di bahagian hati menjadi salisilat. Bentuk salisilat yang terhasil ini merupakan ubat yang terdapat dalam sediaan minyak gosok untuk kegunaan luar seperti linimen metil salisilat.

Penggunaan aspirin di kalangan kanak-kanak tidak digalakkan. Ini kerana aspirin didapati mengakibatkan kesan sampingan yang dikenali sebagai penyakit Reye, suatu keadaan yang membawa kepada kerosakan hati, otak dan akhirnya maut. Selain daripada itu, aspirin juga merengsakan perut malah berupaya melukakannya dan menyebabkan perdarahan. Seterusnya ulser boleh berlaku di bahagian perut dan sistem penghadaman. Rasa mual, perut sebu dan muntah sering berlaku sebagai kesan sampingan pada orang dewasa. Sekiranya ini berlaku, hentikan serta-merta penggunaan aspirin dan dapatkan nasihat perubatan.

Memakan aspirin melebihi dos yang disyorkan (biasanya 20-25 gm) telah dilaporkan boleh menyebabkan kematian. Kesan keracunan yang berlaku pada peringkat awal ialah rasa mual, muntah dan sakit perut. Ini kemudiannya diikuti dengan kesan keracunan lebih hebat melalui sakit telinga dan pendengaran terganggu, berpeluh, suhu badan meningkat, pernafasan yang cepat dan kehausan. Peringkat akhir keracunan ialah mangsa tidak sedarkan diri dan pernafasan terhenti. Dalam kes keracunan salisilat, tiada penawar khusus yang boleh digunakan dan rawatan keracunan hanya berdasarkan kepada masalah kesihatan semasa yang timbul dalam kes keracunan.

• Ubat selsema Ubat selsema mengandungi kumpulan ubat antihistam in. Ubat ini meredakan selsema dengan cara mengurangkan kerengsaan saluran pernafasan terutamanya akibat alahan. Ubat ini juga boleh mengurangkan pengeluaran lendir di tekak dan hidung. Terdapat dua kategori kumpulan ubat antihistamin iaitu ubat antihistamin H1 yang digunakan untuk mengubat selsema (seperti klorfeniramin) dan antihistamin H2. Biasanya ubat antihistamin H1 akan menyebabkan rasa mengantuk. Sekiranya diambil secara berlebihan, gejala keracunan yang dapat diperhatikan adalah kabur penglihatan, mulut kering, rasa mual, suhu badan meningkat dan sawan.
Dalam merawat keracunan ubat antihistamin, tiada penawar boleh digunakan. Rawatan yang dilakukan ditumpukan kepada mengeluarkan sebanyak mungkin bahan racun dari mangsa dan mengatasi masalah kesihatan yang timbul akibat keracunan.

• Ubat tidur yang mengandungi barbiturat
Ubat tidur digunakan untuk mengatasi insomnia, iaitu kesulitan untuk tidur secara berterusan mungkin akibat kerungsingan dan kegelisahan atau masalah psikologi lain. Ubat jenis ini, juga dikenali sebagai sedatif-hipnotik, digunakan untuk membantu seseorang tidur sebagai satu langkah jangka pendek. Terdapat dua jenis utama ubat tidur iaitu kelas barbiturat seperti amilobarbital dan kelas benzodiazepin seperti nitrazepam. Kumpulan ubat barbiturat boleh mengakibatkan ketagihan. Ini berlaku jika penggunaannya dihentikan secara mendadak akibat putus bekalan.

Masalah ini menyebabkan penggunaan barbiturat sebagai sedatif-hipnotik berkurangan. Penggunaannya kini terhad kepada merawat sawan serta menghasilkan kesan bius.
Keracunan barbiturat yang tidak serius boleh menyebabkan mangsa kelihatan seperti orang mabuk alkohol dengan fikiran keliru, percakapan kurang jelas dan pergerakan badan terhoyong-hayang. Keracunan yang lebih serius, akibat pengambilan lebih dari 2 gm dos untuk amilobarbital dapat dilihat apabila mangsa tidak sedarkan diri, suhu badan serta tekanan darah menurun dan berakhir dengan kematian. Tiada penawar khusus untuk merawat keracunan kelas barbiturat. Rawatan hanya tertumpu kepada mengeluarkan sebanyak mungkin racun dari badan mangsa dan merawat masalah kesihatan yang timbul semasa keracunan.

• Ubat sakit jantung
Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan kumpulan ini. Antaranya termasuklah ubat darah tinggi, antiangina, memulih kegagalan jantung dan pengatur denyutan jantung (aritma). Masing-masing berbeza daripada segi kesan dan tindakannya. Oleh itu, maklumat daripada segi keracunan akan ditumpukan kepada sejenis dadah sahaja iaitu digoksin yang digunakan untuk kegagalan jantung dan pengatur denyutan jantung. Digoksin bertindak ke atas jantung secara langsung untuk mengurangkan kadar denyutan. Dengan cara ini, jantung dapat berfungsi dengan lebih baik dan cekap apabila kadar denyutan kembali normal.

Kesan keracunan digoksin diperhatikan pada dos yang rendah iaitu 2 mg untuk kanak-kanak atau 5 mg pada orang dewasa . Apabila keracunan berlaku, gejala yang diperhatikan adalah muntah-muntah, denyutan jantung tidak seragam dan penglihatan berbinar-binar. Dalam merawat keracunan, penawar khusus dikenali sebagai antibodi spesifik digoksin boleh digunakan untuk menghilangkan kesan keracunan.

• Ubat penambah mineral
Ubat penambah mineral merupakan ubat yang digunakan untuk mengimbangi kandungan mineral di dalam badan supaya fungsi normal badan tidak terjejas. Salah ubat ubat penambah mineral yang sering menyebabkan keracunan ialah ubat zat besi. Biasanya ia diberikan kepada kanak-kanak yang sedang membesar dan ibu-ibu mengandung. Zat besi yang diambil diperlukan dalam pembuatan sel darah merah dan protein tertentu dalam badan serta pengecutan dan pengenduran otot badan. Keracunan ubat ini berpunca daripada bentuknya yang berwarna-warni sehingga kanak-kanak menyangkakannya gula-gula.

Dalam keracunan zat besi, gejala utama yang diperhatikan ialah hakisan dinding saluran usus sehinggakan dinding usus pecah dan berdarah. Selain gejala utama ini, kesan lain yang diperhatikan ialah rasa mual, kesakitan pada bahagian abdomen, kadar nadi menurun, cirit birit, kehausan dan koma. Sekiranya keracunan berlaku, penawar khusus iaitu deferioksamin boleh digunakan. Ia akan bergabung dengan zat besi yang berlebihan. Penawar ini diberikan secara berterusan sehingga gejala keracunan pulih.

• Ubat batuk yang mengandungi narkotik
Ubat batuk jenis narkotik merupakan ubat yang bertindak ke atas pusat batuk di otak supaya batuk dapat diredakan secara langsung dan kekerapannya dikurangkan. Dalam hal ini, faktor sebenar yang menyebabkan batuk tidak terawat. Salah satu jenis ubat batuk dalam kategori ini ialah kodein yang dikelaskan sebagai sejenis dadah berbahaya. Selain menyebabkan ketagihan, ubat jenis ini jika diambil berlebihan akan menyebabkan mangsa kelihatan letih dengan tanda anak mata mengecil, otot anggota lembik serta tekanan darah dan kadar nadi menurun. Sekiranya kuantiti ubat yang diambil tinggi, pernafasan menjadi perlahan sehingga terhenti lantas menyebabkan kematian. Dalam kes keracunan jenis ini, penawar khusus iaitu nalokson digunakan untuk menghalang kesan keracunan. Penawar ini juga digunakan untuk lain-lain ubat yang sejenis dengan kodein seperti opiat dan opioid.

• Ubat penenang
Ubat penenang digunakan untuk mengurangkan rasa resah, tegang dan kejang otot serta dapat menghasilkan rasa mengantuk dan menghentikan serta mencegah sawan(gelugut). Kumpulan ubat penenang yang sering digunakan sekarang ialah kumpulan benzodiazepin seperti klordiazepoksid (Librium), diazepam (Valium), lorazepam (Ativan) dan klorazepat (Tranxene). Dalam keracunan ubat benzodiazepin, kesan yang diperhatikan ialah kesan penindasan sistem otak dan saraf pusat. Antara gejala keracunan yang diperhatikan ialah percakapan tidak lancar, anak mata mengecil, terketar-ketar, koma dan pernafasan terhenti. Dalam keracunan kumpulan ubat ini, penawar khusus iaitu flumazenil boleh digunakan bagi memulihkan kesan keracunan.


Mengendalikan Kes Keracunan
Keracunan pada dasarnya harus dianggap sebagai satu kes kecemasan. Tanggapan sedemikian perlu dibuat pada peringkat awal bagi mempastikan kes-kes ini tidak dipandang ringan dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan segera. Ini penting kerana keracunan boleh membawa kecelakaan dan berakhir dengan maut pada mangsanya. Walaupun tanggapan sedemikian dibuat, analisa kes-kes keracunan yang pernah dilaporkan menunjukkan bahawa kebanyakan kes tidak mengakibatkan kematian. Malahan, lebih kurang 3/4 dari kes-kes keracunan didapati tidak membahayakan dengan sedikit sahaja gejala yang ditunjukkan. Dalam hal begini, pesakit tidak harus pula dikenakan tindakan rawatan yang serius sehingga boleh mengakibatkan komplikasi.

Bagi mempastikan tindakan yang bertepatan dapat dilakukan terhadap kes keracunan yang dikendalikan, maklumat tentang bahan keracunan amat diperlukan. Tujuannya untuk membolehkan penilaian tentang risiko bahaya dibuat dengan segera. Pengetahuan tentang bahaya sesuatu bahan racun terbabit merupakan aspek yang penting dalam rawatan mana-mana kes keracunan. Pengetahuan dapat mengurangkan tekanan psikologi yang dialami oleh pesakit dan ahli keluarganya dapat menentukan sama ada rawatan tertentu perlu dilakukan atau tidak.

Keracunan yang membabitkan kanak-kanak pada keseluruhannya didapati tidak membahayakan. Bahan-bahan yang terbabit terdiri daripada bahan-bahan rumah yang didapati tidak toksik. Kes keracunan yang dilaporkan di negara ini yang membabitkan minyak angin yang mengandungi silisilat dan racun makhluk perosak seperti paraquat dianggap berbahaya. Keracunan yang membabitkan golongan tua biasanya dialami serius dan pesakit akan mengalami komplikasi serta maut.

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pesakit yang mereka alami seperti ubat penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Keracunan berlaku apabila dos ubat-ubatan diambil secara berlebihan.
Dalam kebanyakan kes pengenalpastian bahan sebenar yang terbabit dalam keracunan adalah rumit dan mengambil masa yang lama. Pengesahan hanya dapat dilakukan di hospital ataupun setelah pesakit mati. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan bahan yang dijual termasuk ubat-ubatan tidak mencatatkan kandungannya. Selain itu, sesetengah pesakit seperti penagih dadah akan cuba merahsiakan maklumat bahan yang diambil, supaya penglibatannya tidak diketahui umum, walaupun ini akan meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya. Rawatan yang diperlukan pada ketika itu hanyalah bercorak mengawal gejala sahaja.

Justeru itu, langkah awal tertumpu kepada pengenalpastian dan penilaian risiko. Ini mungkin dapat dilakukan dengan mudah jika kejadian berlaku di depan kita. Maklumat tentang bahaya sesuatu bahan racun dapat diperolehi daripada Pusat Racun Negara.

GEJALA KERACUNAN AKUT
Gejala yang diperhatikan dalam keracunan biasanya tidak khusus. Beberapa sistem organ manusia mungkin terjejas pada satu masa bergantung pada jenis bahan yang terbabit. Jadual 1 dan 3 menunjukkan jenis-jenis gejala yang sering dialami semasa keracunan mengikut jenis-jenis bahan yang terbabit. Keadaan yang boleh mengancam nyawa pesakit seperti keruntuhan aliran darah serta penjejasan fungsi jantung dan pernafasan harus diawasi dengan teliti. Maut biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersekat, penekanan fungsi pernafasan atau apabila pesakit tersedak dengan bahan makanan/racun yang memasuki ke dalam paru-paru. Komplikasi pernafasan merupakan punca utama kematian akibat daripada keracunan.

Jika disebutkan ini berlaku, keracunan harus disyaki terutama apabila pesakit adalah seorang yang tidak siuman. Pesakit diketahui mengalami tekanan yang berat, pesakit koma, atau pesakit muda yang mengalami degupan jantung tidak menentu tanpa diketahui punca sebenar. Kanak-kanak yang mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darahnya juga disyaki mengalami keracunan jika punca lain tidak dapat disahkan.

* Rasa loya
* Muntah-muntah
* Rasa pedih/panas seperti terbakar di bahagian mulut,perut
* Melepuh di bahagian bibir
* Sakit kepala
* Pening, bingung, meracau
* Pergerakan terhoyong-hayang, tiada koordinasi
* Sawan
* Koma atau pengsan
* Tidak berbafas, atau pernafasan yang perlahan
* Sukar bernafas
* Bernafas dalam-dalam dan pantas
* Nadi tidak menentu dan perlahan
* Nadi pantas
* Pupil mata mengembang
* Pupil mata mengecil
* Warna kebiruan di bahagian mulut
* Kulit merah padam
* Demam
* Kejutan


Jadual 1: Gejala Keracunan Akut yang sering diperhatikan

PENDEKATAN RAWATAN
Apabila berhadapan dengan kejadian keracunan, pendekatan yang boleh diambil termasuklah memberikan bantuan sokongan untuk menstabilkan keadaan pesakit. Kemudian mengeluarkan racun daripada perut dan usus atau bahagian lain seperti kulit dan mata. Memberi penawar jika ada, menyingkirkan bahan beracun yang telah diserap daripada tubuh pesakit serta rawatan sokongan dan pemerhatian. Dalam kebanyakan kes, langkah untuk menstabilkan pesakit dan bantuan sokongan merupakan pendekatan awal mesti dilakukan. (Rujuk Jadual 2). Ini termasuklah mempastikan sistem jantung dan pernafasan berfungsi dengan baik. Aliran udara dan peredaran darah mesti dipastikan berjalan dengan baik.

Tindakan segera perlu dilakukan dalam menangani sesuatu kes keracunan bergantung pada jenis pendedahan. Pada amnya, beberapa langkah boleh diambil untuk merawat pesakit.

1. Buatkan mangsa keracunan muntah melainkan jika beliau dalam keadaan tidak sedar
diri atau mengalami sawan
2. Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah
3. Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air
4. Berikan air dan susu pada ketika ini juga
5. Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jka terkena racun
6. Gunakan julap
7. Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam 1/2 gelas air
8. Rawat kejutan
9. Terapkan dengan air sejuk
10.Pernafasan bantuan diberikan jika perlu


Jadual 2: Langkah rawatan awal bila berlaku keracunan

RACUN YANG DIHIDU

Mangsa keracunan akibat terhidu gas atau asap mempunyai tanda amaran seperti pening kepala, sakit kepala dan rasa lemah badan. Bergantung kepada jenis racun yang dihidu, mangsa boleh mengalami batuk, sesak nafas ataupun maut. Mangsa ini perlu dibawa keluar ke kawasan lapang dengan segera. Pintu dan tingkap harus dibuka dengan luas. Namun begitu, sebelum memasuki ke tempat yang mungkin dipenuhi asap atau gas, pastikan ia selamat. Ini memerlukan maklumat tentang gas yang terbabit. Selain nama gas yang tercatat pada tong gas, bau dan warna gas tersebut mungkin dapat membantu dalam mengenalpasti dan menilai risiko pendedahan.

Mangsa keracunan gas hendaklah dipindahkan ke tempat yang berudara bersih/segar. Bagi pesakit yang sedar, kepala dan dada mereka perlulah diangkatkan sedikit untuk memudahkan pernafasan. Jika mangsa tidak dapat bernafas dengan baik, pakaian yang ketat hendaklah dilonggarkan dan pernafasan bantuan diberikan sebelum mendapatkan bantuan lanjut. Mangsa keracunan gas hendaklah diuruskan dengan hati-hati supaya badannya tidak bergoncang.

RACUN YANG TERKENA PADA KULIT
Dalam keadaan di mana mangsa terkena racun pada bahagian kulit, tindakan segera perlu dilakukan untuk menanggalkan pakaian yang tercemar dan membasuh kulit dengan air sebanyak mungkin selama sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian, bahagian yang terkena racun perlu dicuci dengan sabun (jika kulit tidak melecur) dan dijirus dengan air sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

RACUN YANG TERKENA PADA MATA
Mata yang terkena bahan racun hendaklah dicuci dengan menuangkan air suam dari bekas (gelas) pada jarak 2 hingga 3 inci dari mata. Langkah ini hendaklah diulangi sekurang-kurangnya 15 minit. Pesakit hendaklah disuruh mengelipkan-ngelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh. Semasa matanya dibasahi dengan air, jangan pula dipaksa pesakit membuka kelopak mata. Selepas keadaan ini selesai, pesakit hendaklah dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan penilaian dan rawatan seterusnya.

RACUN YANG DITELAN Jika bahan tersebut terdiri daripada kumpulan ubat-ubatan, elakkan memberi apa-apa melalui mulut, sehingga nasihat keracunan tersebut diperolehi terlebih dahulu. Jika bahan tersebut bahan kimia yang digunakan di rumah, berikan segera minuman susu atau air kecuali pesakit tidak sedarkan diri, tidak berupaya menelan atau mengalami sawan. Kemudian dapatkan bantuan nasihat dengan menelefon Pusat Racun Negara atau lain-lain para profesional perubatan dan farmasi bagi menentukan tindakan lanjut yang perlu diambil.



Jadual 3:Senarai bahan-bahan berserta dengan gejala keracunan akut dan langkah rawatan awal

Tanda-tanda yang boleh membantu mengesyaki keracunan yang telah berlaku kepada seseorang kanak-kanak

Tanda-tanda berikut boleh dijalankan panduan:
i. Kanak-kanak tersebut pernah mengalami keracunan sebelum itu.
ii. Kanak-kanak tersebut berusia antara satu hingga enam tahun kerana
kumpulan ini biasanya menunjukkan tanda-tanda sawan tanpa mengalami
demam, atau tidak sedar diri tanpa sebab-sebab yang nyata. iii. Kanak-kanak itu jatuh sakit secara mengejut lebih-lebih lagi sekiranya
dia menunjukkna tanda-tanda sawan tanpa mengalami demam, atau tidak
sedar diri tanpa sebab-sebab yang nyata.
iv. Kanak-kanak tersebut muntah tiba-tiba tanpa sebab.
v. Kesakitan yang dialami melibatkan beberapa bahagian badan tanpa sebab
yang pasti.
vi. Nafas kanak-kanak tersebut berbau aneh atau terdapat kesan-kesan
kekotoran, luka atau pecah-pecah disekitar kawasan mulut dan bibir
mulut.


Apakah yang perlu anda lakukan apabila berlaku keracunan?

Sebahagian tanda-tanda keracunan berlaku dengan segera. Antaranya ialah rasa mengantuk, keletihan, pening, loya, muntah, sakit perut, susah bernafas, kegelisahan, dan hiperaktiviti.

• Sekiranya anda mengesyaki anak anda termakan ubat-ubatan berlebihan,
tenangkan fikiran dan jangan panik.
• Cari bekas ubat berkenaan untuk memudahkan ubat dikenal pasti daripada
label yang tertulis.
• Telefon doktor anda atau Pusat Racun Negara di 04-6570099 atau talian
kecemasan 911 dengan segera.
• Jangan beri makan atau minum sesuatu sebelum mendapatkan nasihat atau
arahan dari doktor anda atau Pusat Racun Negara.
• Sebelum menelefon, pastikan anda bersedia dengan maklumat-maklumat
berikut:

o Berat badan, umur dan sebarang penyakit yang dihadapi oleh anak anda.
o Nama ubat berkenaan yang boleh dibaca dari label bekas ubat.
o Jumlah ubat yang diambil oleh anak anda
o Masa ubat ditelan
o Tanda-tanda yang dialami
o Bantuan kecemasan yang telah diberikan.

Maklumat-maklumat ini penting untuk membantu mengenal pasti jenis racun yang terlibat, risiko yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak tersebut serta mempengaruhi kaedah perawatan yang akan dicadangkan.

Melindungi kanak-kanak daripada terdedah kepada keracunan ubat-ubatan, dan lain-lain bahan beracun di rumah merupakan satu tanggungjawap yang penting bagi ibu bapa dan penjaga.

Panduan mengelakkan keracunan perlu diberi perhatian serius dan dipraktikkan supaya kanak-kanak yang masih mentah sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat untuk mereka membesar dan berkembang dengan baik. Setelah semua usaha pencegahan dan langkah keselamatan dilaksanakan, pastikan juga anda mengetahui bagaimana, siapa, dan di mana boleh hubungi untuk memdapatkan bantuan sekiranya berlaku kes keracunan.



PENUTUP Sebagai langkah mengatasi kemungkinan berlakunya keracunan akibat ubat-ubatan moden, langkah berjaga-jaga perlu diamalkan. Amalan yang boleh diikuti bagi tujuan mengatasi keracunan ubat-ubatan moden termasuklah:

• Simpan ubat di tempat berkunci yang sukar dicapai oleh kanak-kanak.
• Guna penutup bekas ubat yang sukar dibuka oleh kanak-kanak. Penutup jenis
rintang kanak-kanak boleh diperolehi di kedai-kedai farmasi.
• Tutup bekas ubat selepas menggunakannya dan kembalikan bekas ubat yang
digunakan pada tempat simpanan ubat yang sesuai.
• Tandakan tarikh pemerolehan ubat dan sentiasa mengambil perhatian kepada
tarikh lupus ubat dan jangan gunakan ubat yang telah lupus.
• Gunakan ubat yang dipreskripsikan kepada anda dan jangan guna ubat yang
diberikan kepada orang lain.
• Simpan ubat dalam bekas asal dengan label yang jelas.
• Minta doktor dan farmasi anda merekodkan jumlah ubat di atas bekas. Ini
menolong dalam memberi maklumat jumlah ubat yang diambil oleh pesakit dalam
kes-kes keracunan.
• Baca label ubat dengan teliti sebelum mengambil apa-apa ubat
• Jika label telah rosak dan anda tidak pasti dengan cara penggunaan ubat
tersebut, buang ubat tersebut.
• Galakkan kanak-kanak untuk mengecam ubat sebagai bahan beracun dan jangan
sesekali merujuk ubat sebagai gula-gula.

Sekiranya anda mempunyai masalah mengguna ubat anda dengan betul dan memerlukan maklumat tambahan, sila hubungi doktor atau farmasi anda. Jika anda memerlukan maklumat keracunan, hubungi Pusat Racun Negara dengan menelefon talian bebas tol 1-800-88-8099.

Kenapa anak suka menipu?

As salams....

Malam tadi sebelum tido si Erina cakap 'ibu nak ubat!' Yang dimaksudkannya adalah ubat dari produk 4life yang baru saya beli Sabtu lepas.
Saya terus ke dapur dan bila membuka botol ubat saya mendapati hanya tinggal 12biji dari asal yang patutnya berbaki 52biji. Bermakna 40biji dah hilang.. kita blajar maths jap yea...hehehe....
Saya terus memandang ke Ariana yang terkedu bila dia tengok saya memegang botol tersebut. 

Terus saya ke arahnya...
Ibu : Kakak, kenapa ubat dalam botol ni tinggal 12biji? Mana yang lain?
Ariana diam... 
Ibu : Kalau ibu tanya tolong jawab betul-betul ya..mana ubat? Kakak buang ke?
Ariana diam lagi. Gerak matanya menunjukkan yang dia sedang mencari alasan..
Ibu : Kakak?
saya masih menunggu dan hampir 5minit saya pandang ke arahnya, akhirnya dia menjawab....
Ariana : Errr....kakak makan....
Ibu : Whattt??? Astagfirullahal'azim....betul ker ni??? Betul ke kakak makan semua??? 40biji kakak makan???
Ariana : Haah..
dari gerak matanya saya tau dia tipu saya....saya tenung mata nya dalam2....
Ariana : Kakak ma...kan...err..tapi ada yang kakak bu...ang...
Ibu : Ni bukannya coklat....ni ubat....kalau kakak sakit ibu susah hati tau....
Ariana diam.
Ibu : Macam mana kakak boleh dapat? Kan ibu dah sorok? Bila masa kakak makan?
Bertubi2 saya tanya sebab saya nak tau perkara yang sebenar...
Ariana : Kakak nampak ibu simpan mana....kakak makan waktu ibu tido...ubat tu sedap....

Finally saya terpaksa memukul dia juga...saya terpaksa memukul sedikit untuk dijadikan ikhtibar dan di usia rebung ni la saya perlu membentuk anak2 saya supaya mereka belajar dari kesilapan, bukannya mendera...

Then saya explain padanya kenapa saya marah....dia perlu tahu yang itu ubat, bahaya jika makan overdose dan bla..bla...bla...saya terus explain kesan buruk jika dia overdose. Dan waktu tu saya paksa dia minum air banyak2.

Sedih  juga bila ubat dah tiada.....dah la mahal...Tak pe, duit saya boleh cari lain....tapi jika Ariana overdose?? Saya sangat risau jika itu akan membuatkan buah pinggang nya rosak. Saya sangat risau jika anak saya sakit! Harap2 tiada apa yang akan berlaku padanya....saya tak kisah jika dia terbuang ubat tersebut....

Moral of story : Lepas ni saya perlu organize betul2 dah buat label supaya dia tahu yang mana dia boleh makan dan tidak..Saya perlu jelaskan supaya anak2 saya faham kenapa dan mengapa.Saya akan pastikan perkara yang sama takkan berlaku lagi.Menjadi iktibar juga pada saya... 


Semoga ibu diberi kesabaran yang tinggi dalam mendidik kalian, duhai anak2ku...

Hr ni saya masih tak puas hati.....saya dapatkan info tentang parenting dan saya sharekan bersama parents yang lain....semoga mendapat manfaat bersama....

Bendung sikap anak suka menipu

Oleh Hafizah Izahanid (hafiza@nstp.com.my)
Ibubapa, rakan dan persekitaran dorong kanak-kanak berbohong

WALAUPUN anda biasa bertemu dengan kanak-kanak yang suka menipu, tetapi kecenderungan itu sebenarnya tidak normal. Ia sikap yang tidak baik dan jika dibiarkan boleh terbawa-bawa hingga dewasa.
Ada banyak perkara menyebabkan kanak-kanak menipu. Misalnya, dia melakukan perkara yang tidak disukai ibu bapa. Justeru, bagi mengelak dimarahi, kanak-kanak lebih rela menipu. Kanak-kanak membentuk sikap dan peribadinya menerusi pemerhatian. Kadangkala kanak-kanak menipu kerana pengaruh kawasan atau suasana dia dibesarkan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Mariani Md Noor, berkata sikap ibu bapa yang banyak memberi jawapan ‘tidak’ kepada setiap permintaan anak tanpa memberi alasan logik menyebabkan kanak-kanak suka menipu.

“Mungkin mereka tidak faham mengapa ibu bapa menolak permintaan mereka. Justeru, mereka lebih teruja untuk terus melakukan perkara yang dilarang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kadangkala ibu bapa memberi alasan yang mudah, misalnya jangan makan ais krim nanti demam. Jawapan itu terlalu mudah dan tidak jelas.

“Mungkin ibu bapa boleh kata, tidak boleh makan ais krim kerana proses membuatnya kotor atau tidak menggunakan air yang dimasak,” katanya.

Dr Mariani berkata, setiap alasan itu mesti rasional dan berdasarkan kefahaman kanak-kanak selain keupayaan dia berfikir. Jangan memberi alasan yang dia tidak faham.

Selain itu, arahan ibu bapa yang tidak konsisten juga menyebabkan kanak-kanak menipu. Misalnya, ibu bapa melarang dia merokok atau menonton televisyen hingga larut malam, sebaliknya ibu bapa pula yang merokok. Dalam konteks ini anak mudah keliru.

Dr Mariani berkata, anak juga memerhati sikap adik beradik yang lebih tua. Mungkin abang dan kakaknya dapat mencapai sesuatu tanpa pengetahuan ibu bapa. Jadi dia pun turut terpengaruh.

Contoh mudah, ibu bapa mungkin tidak membenarkan anak bermain di jalan raya tetapi apabila ibu bapa keluar bekerja, mereka bermain juga di jalan raya.

“Pada kanak-kanak, menipu bukan sesuatu yang salah, sebaliknya mereka merasakan ia sebagai cara untuk memenuhi keinginan,” katanya.

Dr Mariani berkata, selain suasana di rumah, persekitaran di sekolah juga menggalakkan kanak-kanak menipu kerana terikut-ikut dengan kawan.

“Kanak-kanak belajar daripada proses peniruan. Mereka memiliki ‘absorb mind’, apa yang dilihatnya waktu kecil dan sepanjang proses pembesarannya. Ada sebahagian memori itu kekal dalam ingatannya untuk tempoh panjang. Pada waktu dan konteks yang sesuai, kanak-kanak akan menggunakannya,” katanya.

Beliau berkata, menipu harus dibezakan dengan berdalih. Berdalih atau beralasan selalunya membabitkan perkara yang munasabah dan boleh diterima akal. Bagaimanapun, menipu bermaksud mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal.

“Sebagai ibu bapa, anda perlu dekati dan kenal pasti punca anak suka berbohong. Bagaimanapun, jangan dekati anak dengan cara yang keras jauh sekali mengugut.

“Mungkin anda terlalu marah dan menengking anak anda. Beri tahu mama kenapa abang tipu? Anak tidak akan memberitahu anda apa-apa. Bila anda ugut, cakap cepat kalau tidak ayah rotan, anak langsung tidak akan memberitahu anda apa-apapun,” katanya.

Justeru, Dr Mariani berkata, dekati anak dengan lembut dan cuba cungkil rahsianya dengan cara bercerita mengapa dia menipu.

“Kanak-kanak suka bercerita. Melalui cerita dia mudah meluahkan perasaannya. Dalam konteks ini, ibu bapa sepatutnya bersikap ‘autoritatif’ bukan ‘autoritarian,’,” katanya.

Bagaimanapun, jika sikap anak yang suka menipu itu terbawa-bawa hingga awal remaja dan keterlaluan, dia perlu dirujuk kepada kaunselor.

“Ibu bapa perlu peka pada perubahan anak. Jangan hanya memberi keperluan material saja sebaliknya psikologi dan sikap ambil tahu amat penting. Sikap suka menipu mesti dibendung kerana jika tidak ditegur kanak-kanak akan berasa dia betul,” katanya.

Katanya, secara umum, kanak-kanak mula menipu apabila usianya menjangkau lima tahun. Ketika itu, dia sudah boleh berfikir secara simbolik dan logik. Kadangkala ada juga kanak-kanak menipu apabila mula bersekolah dan bergaul dengan rakan sebaya.

Dr Mariani berkata, proses perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Daripada kosong hingga dua tahun (zaman awal kanak-kanak), dua hingga enam tahun (zaman kanak-kanak pertengahan) dan daripada enam hingga 11 tahun (zaman kanak-kanak akhir).

Pada setiap peringkat usia, banyak pengalaman dan pemerhatian yang dikutip dan disimpan. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka banyak belajar daripada pemerhatian dan mula berinisiatif sendiri.
Pada zaman kanak-kanak pertengahan, mereka mula menunjukkan sikap suka bersaing antara rakan sebaya dan selalu mahu menang. Justeru, jika kalah, dia mula berasa rendah diri dan akan berbuat sesuatu yang lebih baik untuk menang sekali gus mungkin menipu.

Sebagai contoh mungkin anda pernah mendengar perbualan kanak-kanak yang membanding-bandingkan siapa lebih hebat.

“Misalnya, saya ada banyak kereta mainan. Dibalas pula oleh kawannya saya lagi banyak. Bagaimanapun, kadangkala anak itu tiada kereta mainan pun.

“Ibu bapa mungkin hanya kenal anaknya sebagai anak tetapi tidak mengenalinya sebagai rakan atau remaja. Justeru, ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai perkembangan anak. Jika anak suka menipu tanya diri sendiri di mana silapnya didikan yang diberikan. Mungkin ibu bapa terlalu garang atau terlalu berlembut.
“Atau jika bukan ibu bapa puncanya, ambil tahu kawan-kawannya. Mungkin pergaulan dengan kawan-kawan seusia yang membuat dia menipu,” katanya.

Dr Mariani berkata, ibu bapa boleh mengetahui sama ada anak menipu tidak menerusi gerak gerinya. Apabila menipu, sikapnya akan berubah. Misalnya, dia kerap meminta wang membeli alat tulis tetapi alat tulisnya sentiasa ada dan anda membeli stok yang banyak.

FAKTA:
Mengenai Menipu
  • Kanak-kanak kecil tidak faham apa itu menipu.
  • Apabila mula bersekolah, mereka mula memahami konsep betul dan salah atau adil.
  • Kanak-kanak menipu kerana mahu sentiasa menang.
  • Selalunya apabila semakin dewasa, dia akan meninggalkan tabiat menipu.

  • Mengapa kanak-kanak menipu?
  • Untuk mendapat perhatian ibu bapa
  • Kurang komunikasi
  • Kurang kasih sayang
  • Kurang pengiktirafan daripada ibu bapa
  • Kurang penghargaan
  • Kurang belaian

  • Mengapa kemenangan sentiasa penting pada kanak-kanak?
  • Kemenangan membuatkan mereka sentiasa ‘penting’ dan paling bagus antara rakan sebayanya.
  • Ada kala kanak-kanak sukar untuk berdepan dengan kekalahan.
  • Jika kanak-kanak tiada jati diri atau tertekan kerana apa saja sebab, kemenangan menyebabkan mereka berasa selesa.

  • Apa yang ibu bapa boleh buat jika anak menipu
  • Beritahu dia apa yang dimaksudkan dengan menipu. Kanak-kanak kecil tidak faham dan tidak tahu menipu itu satu kesalahan. Bagaimanapun, apabila dia mula bersekolah, dia akan lebih mengetahui konsep betul, salah dan adil. Justeru, dia lebih memahami mengapa menipu itu satu kesalahan.
  • Cari punca mengapa dia menipu. Mungkin ada perkara yang membuat dia tertekan hingga terpaksa menipu.
  • Kanak-kanak bukanlah jahat jika dia menipu sebaliknya beritahu dia anda kecewa dengan sikapnya itu tetapi masih sayangkan dia. Bagaimanapun, anda masih di sisinya untuk membantu.
  • Berikan contoh terbaik. Jika mendidik anak menonton televisyen hingga larut malam itu tidak elok, anda juga jangan lakukan.
  • Bincang dengannya tekanan yang dihadapi sesama rakan sebaya. Mungkin persaingan sesama mereka membuatkan dia tertekan dan menipu.
  • Tuesday, 25 June 2013

    Mencegah itu lebih baik.....

    As salams....

    Ya, orang kata mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati.....
    Itu yang saya amalkan lebih lebih lagi dalam cuaca yang berjerebu ni....
    Kat ofis ni pun ramai collegue dah mula cuti sakit...
    Dalam berita hari ni pun dah dengar berita dari pihak hospital dah bagi tau yang pesakit naik 100% sebab asthma dan sesak nafas...

    Memang sekarang ni ada banyak produk-produk kesihatan yang dijual dipasaran. Tapi nak maintain dengan harga yang beratus sebulan, itu diluar kemampuan saya buat masa ni....
    So, saya amalkan dengan makanan yang terbaik yang dah termaktub dalam Al-Quran.....

    Minyak zaitun yang saya amalkan setiap pagi. Waktu perut kosong tu saya akan terus minum air suam dahulu dan saya ambil 2sudu minyak zaitun. First time makan dalam masa seminggu pertama, terus rasa nak p toilet untuk proses pencernaan sampaikan najis pun berminyak. Mr Hubby pun turut join sebab sebelum ni dia kerap demam, antibodi kian merundum.. dan pada minggu pertama mengamalkan, dia terasa sakit kepala yang amat sangat.Mungkin untuk serasi pada badan...Saya paksa dia teruskan makan dan lama kelamaan dah jadi habit pulak.Alhamdulillah, selepas amalkan olive oil, tahun ni saya tak pernah tgk dia demam.

    Kalau dulu bapak saya mempunyai kolestrol yang sangat tinggi dan doktor pun ada kata yang stroke boleh datang padanya bila-bila masa jer...so, saya sarankan mak dan bapak saya amalkan makan minyak zaitun dan kini alhamdulillah kolestrol mereka dah semakin berkurangan.

    Then bila berada di ofis pula saya akan apply olive oil pada kulit saya esp muka sebab saya mempunyai struktur kulit kering. Dulu kulit muka saya selalu menggelupas dan saya akan pakai produk kulit muka yang agak mahal setiap bulan untuk maintain.Sebelum kawin boleh la.....la ni da kawin ada banyak komitmen yang saya perlu didahulukan.huhu....Pas apply olive oil barulah saya akan pakai compact powder n calitkan sedikit lip gloss.Tu je yang saya tau sbb saya tak pandai nak bermakeup bagai.....

    Yang ni pula madu yang saya amalkan bila dah sampai ofis....saya akan bancuh dengan air suam.Kalau malas, saya makan jer terus.Stok pun dah nak habis nie...huhu.. 1/2jam selepas tu baru saya akan ambil simple breakfast. Dan saya amalkan minum air yang banyak bila berada di ofis.

    Semakin hari umur kita semakin meningkat.So, awai2 lagi saya cuba control cara pengambilan makanan. Tak berani main blasah jer semua...kang nanti bila penyakit sampai, makan dan pergerakan semua akan terbatas.

    Untuk anak-anak, saya tak ada pilihan lain.....
    Buat masa ni, hanya product 4Life yang sesuai untuk mengembalikan imun badan mereka.So, saya baru start bagi anak2 saya makan sepertimana yang saya ceritakan disini. Alhamdulillah, anak-anak pula yang remindkan saya setiap malam. Saya dah dengar si adik dah batuk-batuk cam gaya orang tua dan selsema semakin kurang. Kakak pun dah fully recover...

    Saya cuba mencegah sebaik mungkin terutama pada suami dan anak-anak sebaik mungkin dengan kadar kemampuan saya....
    Apepun saya dah sedaya upaya ikhtiar dan tawakkal....selebihnya saya hanyan berserah pada Allah s.w.t....

    Kat bawah ni saya nak share sikit kebaikan olive oil....

    1. Menggalakkan kesihatan jantung
    Minyak zaitun adalah sebuah khazanah lemak monotaktepu dan antioksidan yang mengurangkan tahap LDL (buruk) kolesterol. Jadi ia melindungi diri kita terhadap penyakit kardiovaskular dan masalah jantung yang lain. Ia juga menghalang lemak tersumbat dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.

    2. Mengurangkan risiko kanser

    Minyak zaitun kaya dengan polifenol yang bekerja sebagai antioksidan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Hasilnya, ia membantu untuk mengurangkan risiko tekanan oksidatif dan keradangan kronik dalam sel-sel. Kajian mendapati, minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Ia juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser saluran pernafasan dan saluran penghadaman.

    3. Mengawal paras gula dalam darah

    Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu yang menggalakkan tahap insulin yang sihat. Hasilnya, minyak zaitun membantu untuk mengekalkan paras gula darah. Ia biasanya disyorkan oleh doktor untuk orang yang mengidap penyakit kencing manis jenis 2 dan pesakit diabetes yang mempunyai risiko penyakit jantung.

    4. Mempunyai ciri-ciri anti-radang

    Seperti yang disebutkan tadi, minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang memastikan bahawa membran sel tinggal cecair dan dapat menggerakkan nutrien yang sihat ke dalam sel dan membuang bahan buangan keluar. Ini membantu untuk mengurangkan risiko arthritis dan asma.

    5. Membantu untuk mengurangkan lemak

    Minyak zaitun tidak mengandungi banyak lemak tepu tetapi ia tidak mengandungi apa-apa jumlah lemak tepu, yang dikenali untuk menambah lapisan dan lapisan lemak yang tidak sihat kepada badan anda. Oleh itu, dengan memasukkan minyak zaitun untuk diet biasa anda, anda boleh kehilangan lemak badan yang berlebihan, walaupun jika anda tidak melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

    6. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat

    Minyak zaitun mempunyai sejumlah besar oleates yang berkhidmat untuk menggalakkan kalsifikasi tulang dan mineral. Hasilnya, ia adalah makanan penting bagi bayi serta orang-orang tua, yang mengalami osteoporosis.

    7. Menggalakkan kebolehan kognitif

    Kajian mendedahkan, minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk menggalakkan perkembangan otak. Ia juga telah mendapati bahawa tempat di mana orang membuat minyak zaitun, kurang cenderung untuk mempunyai demensia.

    8. Membantu sistem penghadaman

    Minyak zaitun dikenali untuk mengubati ulser, sembelit dan jangkitan dalam saluran penghadaman. Ciri-ciri anti-radang yang membantu dalam menyembuhkan isu pundi hempedu dan jangkitan saluran kencing juga.

    9. Melambatkan proses penuaan

    Minyak zaitun kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan K. Ia juga mempunyai polifenol yang melambatkan proses penuaan. Asid lemak menjadikannya arteri lembut dan meningkatkan kelembapan kulit. Oleh itu, ia sering dirujuk sebagai ‘minyak kecantikan’.

    10. Meningkatkan imuniti badan

    Minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan menggalakkan penyembuhan tisu. Akibatnya, orang-orang yang mempunyai minyak zaitun secara tetap dikatakan mempunyai kuasa imuniti yang lebih tinggi


    Sharing is caring...
    

    Monday, 24 June 2013

    Toilet pintu lipat

    As salams...

    Ni lak kisah pintu toilet yang kami beli di Meru....
    Dan setelah kami survey, rasanya kedai yang kami dapat ni antara yang paling murah.Cuma RM380 untuk satu pintu.
    Tak tau la kalau ada yang dapat lagi murah kan...kira rezeki masing2 la tue....
    Kali ni kami pilih untuk pakai toilet pintu lipat....save ruang dan kita boleh pilih design dan corak yang kita minat.

    tengah2 ni ada ruang untuk buang udara tercemar yang terperap dalam toilet.

    corak ni kami guna untuk semua toilet atas...lupa nak closed up sbb time ni Mr Hubby tgh sibuk dok pasang mirror cabinet kat toilet tue...

    toilet bawah yang kami cuba match kan dengan tiles dan kitchen cabinet.

    So,saper2 yang berminat, blh la contact ngan owner, Tony : 016-2427603 or 03-33416800

    Home warming untuk ahli sahaja....

    As salams.....

    Salam jerebu untuk readers sekalian....
    Memang sekarang ni jerebu semakin teruk. Saya yang dok dalam office ni pun terasa keperitan dan hr ni masuk jer office, ramai colleague yang dah batuk2, pening dan demam....

    Pemandangan dari bilik saya pagi ni....hilang semua pemandangan pagi yang segar bugar...

    So, malam jumaat mggu lepas balik jer dari keje, kami dah berjaya moving barang2 besar spt sofabed, tv rack,speaker, meja mkn dan tilam. Ha....tu jer barang yang ada....sampai jiran tengok pun pelik....huhu...TQ pada jiran2 baru kami yang sudi membantu.Bayangkan, pas keje terus singgah umh kami n travel ke Putrajaya n settlekan proses moving ni sampai kul 12tgh mlm.... So far alhamdulillah, kami dapat jiran yang sangat baik dan suka membantu.

    Sabtu tengahari kami ke rumah baru untuk hantar barang2 kecik yang boleh dimuatkan dalam kereta....then perjalanan diteruskan ke Amcorp Mall...mencari supplement untuk kami sekeluarga....
    Saya cuba recover dengan supplement Transfer Factor Advance Formula, product dari 4Life bila dah tak tahan tengok anak2 demam seminggu berturut2. Ubat hospital pun dah tak jalan....Kalau biasa jer tak per, ni tiap2 malam temperature badan ank2 naik sampai 39c.Adoiya....tido pun terganggu....

    Supplement ni dulu pernah diguna oleh Ariana bila tiap2 bulan asyik demam jer....so, hanya makan satu botol ni, last dia demam masa umur 3tahun. Dan bila dah umur 6 tahun ni tetiba da start demam dan apalagi, saya terus teringat pada TF ni dan applykan juga pada si Erina.Buat masa ni, TF ni antara supplement yang sesuai untuk kami sekeluarga.Cuma RM170/sebotol - 60kapsul. Saya cuma bagi makan sebiji jer sehari...Alhamdulillah, pas beli jer terus saya bagi dorang makan dan terus kebah demam....

    Seterusnya kami teruskan lagi perjalanan ke Segambut, rumah MIL abg saya untuk Majlis Aqiqah anak buah saya yang ke-11.


    mak bunda saya (bertudung putih) dengan SIL dia yang paling akrab

    Dan bila dah selesai kami lepak, pas solat magrib kami pun berangkat ke Shah Alam.Tetiba Ariana ajak kami ke rumah baru...tak sabar nak rasmi.Apalagi, beg baju mmg dah packing awai2 dlm kete dan tanpa berfikir panjang, Mr Hubby terus agreed sbb dia pun sama! ekekek...Tapi singgah dulu Giant Kemuning Utama beli air dan sedikit makanan sebab stok makanan masih tak der lagi apatah lagi dapur.Memang kami merasmikan secara gamble jer yea....huhu..

    Sesampai jer rumah kul 11.30 malam, tak mau tido lagi.Mentang2 la da baik demam....So, saya tukarkan baju dorang n cepat2 pasang langsir yang mana ada....dan disebabkan langsir tak siap lagi, saya blasah jer pasang dengan cara saya....

    Disebabkan rail tinggi sangat n langsir akan jadi singkat, maka saya blasah jer pasang ikut grill luar....sapa yang tau cara ni, sure leh selak dan intai kitaorg dari luar...ekekek...
    
    langsir kat bilik...jadilah asal orang tak leh tengok kami dari luar...

    closedup skit...guna sepit pun boley la....huhu...

    tutup bahagian dapur dengan langsir lama...

    Hari ahad....Mr Hubby just touch up dinding2 yang ada keretakan halus dan pasang mirror cabinet.Saya???saya pulak dok layan main ngan anak2.ekekeke.... Then bila perut dah keroncong, kami kluar mkn kat Giant Puchong sambil melayan karenah anak2...


    dah lama dia teringin nak main....finally tercapai gak cita2 si Erina nak naik kete control....siap marah promoter lagi bila kete dah tak bergerak.hihi...

    dan salah satu sebab kami ke Puchong kerana nak melawat jiran lama saya yang saya anggap cam kakak sendiri...kami sangat closed macam adik beradik dah.Dia dimasukkan ke Hospital Asia Columbia selepas operation buang ovari. Semoga cepat sembuh ya kak! Insyallah harap2 lepas ni akk dah tak sakit lagi dan semoga ni kali terakhir akk menjalani operation ye.... Ya Allah, Kau sembuhkanlah dia dan Kau berikanlah kesihatan yang baik buat kakakku! Amin..