Thursday 18 July 2013

Parenting : Potty training

As salams....

Semalam kami hanya tinggal ber-3 je.
Mr. Hubby p berbuka ngan dept dia kat luar. Redha jer la yea....
Dan bila ayah tak der kat umh, anak2 dara da mula naik tocang sbb ayah mereka ni agak garang tapi tetap penyayang dengan ibu n anak2....hihi..(anak dara tak leh terlalu garang jugak,nti dorang stress.tapi bila dorang tak dengar cakap, kita lak yg stress! huhu...)

Saya dah mula perasan semenjak dua ni si Erina dah mula menunjukkan gaya tak mo pakai pampers lagi.
Bila dipakaikan dengan dress, alih2 pempers da hilang dan waktu tu saya akan berkejaran satu umah ngan dia.
Bila nak pakai pampers dia akan selalu jawab 'nannokkk!' Then ajak ibu berlari satu rumah(cara untuk slim tanpa p gym ye! ihiks!).

Masih teringat bagaimana saya mengajar Ariana yg dah tak pakai pampers.
Saya bermula sedikit demi sedikit bila dia dah masuk umur 2tahun.
Umur 3tahun, dia akan pakai pampers untuk tido sahaja.
Dan pada umur 4tahun, secara rasminya pampers dah tak diperlukan lagi even pada waktu tido.
So, tiap kali bershopping, pampers dah out of list! Untung kan?

time ni baru bangun tido...saya bg minum air dan terus dia nak poo poo! huhu

Dan ini antara tips saya latih anak untuk ke tandas:
  • Psiko budak2 - mean kita berkomunikasi ngan dia cam dia dah besar. Then bila kita pakaikan dia pampers, kene inform dia yang dia dah makin besar, tak perlukan pampers lagi. Nak buang air, kene p toilet.
  • Simpan semua karpet untuk seketika - first time ajar Ariana saya akan pastikan karpet dah digulung dan disimpan supaya najis mudah dicuci setiap kali dia nak 'pee pee' atau 'poo poo'.
  • Toilet khas - saya belikan cover potty kat tesco cuma RM9.90 jer kalau tak silap.Then, saya akan bg tau everytime nak 'pee pee' atau 'poo poo',cuma masuk toilet khas untuk dia jer (toilet umah lama dulu ada 2 dan Ariana akan guna toilet kat luar yang dikhaskan buat dia untuk seketika).
  • Mimik muka - biasanya kita sebagai ibu akan dapat baca mimik muka anak masing2. Kalau dah nampak terkemut semacam tu maknya memang dah masa nak membuang la tue...huhu..
  • Pantau waktu - Dan pada permulaan, saya akan pantau setiap satu jam dan tanya samada dia ingin ke tandas atau tidak. Saya rasa Ariana pun dah tau soalan ibu dia setiap jam pada minggu pertama.huhu..
  • Sabar - setiap ibu memang dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak2.So, kita gunakan sebaik mungkin dimana pada mulanya anak2 pasti akan tersilap. Sama seperti saya dahulu dimana Ariana dah 'membuang' di tengah2 ruang tamu. Dua tiga kali jugak lah... Jangan terus marah,mungkin dia masih tak pandai control lagi pada waktu tu, tapi katakanlah dengan baik 'lepas ni jangan buat lagi ye sayang..dan kalau nak 'pee pee/poo poo' p toilet terus ye' supaya mereka blh belajar dari kesilapan lalu.
  • Rajinkan diri - Dan jika kita keluar berjalan, para ibu silalah merajinkan diri untuk melatih mereka ke tandas juga yea...

Alhamdulillah, saya berjaya mengajar hanya dalam masa dua minggu je. Memandangkan saya juga ibu yang bekerja, saya mulakan dengan hari Sabtu dan Ahad yang paling menguji kesabaran yang tinggi. Hari seterusnya saya dah berjaya membaca mimik muka jika dia hendak ke tandas.

Dan saya rasa kini sudah tiba masanya giliran si Erina pulak walaupun lagi 2minggu usianya akan genap 2tahun.....mungkin dia da bersedia awal? saya akan mencuba....dan saya harus bersiap sedia dengan kesabaran yang menggunung!  

4 comments:

  1. alahai comeynye erina pakai tudung..
    okay nanti mamilisa kena cuba tips ni untuk lisa bila tiba masa nanti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu gambar lama Ariana, mamilisa...hiihi...da confuse erk...
      boley...try apply tips ni kat si comel lisa ye! Gud luck!

      Delete
  2. macam kenal jer keta kat sebelah ariana tu hehe..dah besar ye erina..kita berpantang selang sebulan je kan hari tu..1st ramadhan kan erina lahir dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaha...tumpang pose jap...
      haah kak,kejap jer ramadhan datang silih berganti...mujur sempat ganti dah...sebulan penuh saya kene ganti...huhu..

      Delete