Assalams....
Hujung minggu punya cerita...
Semua ni salah Mr Hubby!
Sbb dia cerita dia g makan ketam la y membuatkan sy kepingin pulak nk makan ketam...
So, hari ahad pas balik dari jog kami ank beranak mcm biasa akan ke pasar pagi setiap hujung minggu beli brg2 basah...
Apalagi, bila jalan ke deret org jual ikan ni, sy meluru cari ketam.
Dapat pun.....eheheheh
Dgn penuh semangat negronya, sy pun cepat2 masak utk lunch....
So, kali ni tak ikut mana2 resepi sapa2...ni sy masak berdasarkan imaginasi sendiri....
Bahan :
3ekor ketam yang siap disiang kat pasar...kikiki
1paket serbuk kari ikan
sedikit daun kari
sedikit minyak utk menumis
6biji bawang merah-dihiris
3biji bawang putih - dihiris
1/2 biji pati santan
1/2 cawan susu cair
1cawan air - kalau nak kuah lebih blh letak 2cawan
1keping asam keping (nak guna air asam jawa pun boleh)
5biji bawang kecik-diblend
2bijik bawang putih-diblend
sebatang serai-diblend
sedikit halia-diblend
sedikit jintan manis-diblend
sedikit herba campur-diblend
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara:
1) Panaskan minyak. masukkan daun kari n bawang merah n bawang putih. tumis seketika hingga naik bau.
2) Masukkan bahan2 yang diblend beserta serbuk kari yang dicampur sedikit dengan santan. Kacau hingga pecah minyak.
3) Masukkan air dan susu cair. Dan bolehla letakkan ketam.Then masukkan asam keping dan garam mengikut citarasa anda.
4) Bila dah masak, bolehla dihidang kan sehingga menghirup kuah dipinggan....muehehehe...
Kay guys, selamat mencuba!
Suap ke ank2 mmg tak sangka 2pinggan penuh derang makan!
Adik dan kakak yang semakin kuat makan....makin hari kain berisi....kuikuikui...
Pas makan nasi, makan buah cicah kicap ye....ahahhaha
No comments:
Post a Comment