Tuesday 28 April 2015

Deco bilik tetamu dengan ruang yang terhad

Assalams semua....
Minggu lepas kami tak kemana2...
Erina sakit mata...
Jadi, sy ajak Mr Hubby memulakan projek yang tertangguh dari awal2 pindah...lama tak? huhu...
Asalnya bilik ni sangat selekeh...
Kami cuma ada sofabed, ampai telekung/sejadah dan langsir ikea lama.
Bilik utk tetamu tumpang solat, bilik ni jugalah utk parents n mertua yang berkunjung....nak naik ke atas, biasalah orang tua...lebih selesa dok kat bawah jer...
So, sy dan Mr Hubby mmg decide kalau ada budget lebih, kami nek beri keselesaan yang terbaik buat tetamu.

Ni lakaran bilik tetamu...
Ruang tak la besar sangat.
So,ruang yang ada ni kami riaskan sebaik mungkin.


Ha....ni lah asal biliknye.....
Langsir cuma sy kepitkan dengan penyepit baju je...kreatif tak? Kuikuikui!
Kira sy sepit kemas2 le...bukan gini sy tinggalkan bilik ni...huduh sangat! Ni sebab dah nk tamatkan riwayat...so, bila sepit ni jatuh, wat duno je la....huhuhu...


Aura tuan besor da sampai.....
Semangat wajar nk kemas.....yesss!!!


Kusyuk...


Railing langsir yang kami beli dr Ikea sebelum GST...ahaks!


Ni pulak antara langsir pilihan.....
Kami beli kat Index Living sebelum GST jugak...
Biasa kita akn pilih yang cantik dan murah...
Saya bukannya pakar pada fabrik.Cuma bila harga untuk satu panel langsir ni mahai, sy tanya ke kaunter kenapa mahal sangat?. Dan menurut pada promoter, jika nak tau kualiti kain, kita blh refer pada THREAD COUNT atau Kiraan benang. Semakin tinggi jumlah kiraan benang, semakin kualiti la kain tersebut. So, saya pun cuba je la....


Merujuk kepada Mr Google dan pemahaman saya....
Ringkasnya, kiraan benang ialah bilangan benang yang ditenun ke dalam satu inci persegi kain. Nombor ini adalah berdasarkan kepada benang tenunan mendatar ("kain") dan menegak ("meledingkan"). Bilangan maksimum terhadap satu inci persegi biasanya 500 ke 600 yang ditenun.

ok hasil dah siap seperti di bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Ni pulak ada sedikit ruang kecil.
Sy letakkan 2jenis penyangkut baju supaya senang nk gantung baju/tudung/sluar/handbag untuk tetamu.




Finally, projek telah berjaya...

Cuma saya rasa tak begitu menarik sbb:
  • langsir nampak tergantung....
  • langsir tak iron sbb tuan dah excited nk pasang terus...ngeh ngeh ngeh...
  • terlalu banyak mainan warna yang berirama...

Insyallah, ada rezeki try setting lain...so, sesekali kita biarkan dulu bilik tetamu seperti ini....
Penat jugak kami nk setup, u!

7 comments:

  1. nak nampak bilik kecik luar, railing langsir gantung bawah ceiling. color bilik better putih. hanya future wall je gelap.
    anyway.. suka warna langsir tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ for your comment, Allene.
      Pd mulanya mmg plan nk buat begitu tp sbb tingkap terletak pada ruang tengah dan kecik,maka nampak mcm kelakar pun ada.huhu...
      Bilik dah cuba warna putih sebelum ni tapi nampak sangat pucat.
      Next time la kita deco2 lagik.... :)

      Delete
  2. macam tu pun dah ok...janji bersih dan selesa, tetamu pun suka
    insyaAllah pasni ada rezeki boleh tukar pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl gak tu mrs smile...
      kne byk try n error...huhuhu

      Delete
  3. Ini kalau jadi tetamu pun tidur tak bangun. Hahaha. Asalkan kemas dan bersih, tetamu happy je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahha....patut claim GST gak nti, ieza....kikiki

      Delete
  4. Assalam tuan/puan.sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy.menyambung rumah,pasang tile,silingkapur,wayaring,plumbing,table top,KC,porch keta,vinyl floor,wallpaper,landskap,kolam hiasan,grill,owning,dan keje civil lain nya. Terbuaka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,cheras,nilai,sepang,bndr sri putra,puchong,ampang ,dan kl. Hubungi sy amir d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298.terimakasih

    ReplyDelete