Monday, 13 May 2013

Terkena seman...

Seman ni bermakna terkene penyakit atau jangkitan.....tapi ni bukan nyer kisah penyakit yg merbahaya....
Pada orang yang nak sangat penyakit ni, pasti kepingin nak dapatkan virus yang saya akan citerkan....

Memandangkan saya ni hanya pekerja biasa yang perlu bekerja bagi membantu ekonomi keluarga, saya terpaksa menghantar Erina pada orang untuk dijaga. Kalau zaman si Ariana dulu, kira senang sikit coz adik ipar tolong jagakan sampai Ariana atleast sampai Ariana dekat 2tahun jugak la....

Seminggu sebelum saya habis cuti berpantang, saya sangat risau dan tiap-tiap hari berdoa agar ada orang yang ikhlas menjaga Erina seperti anak sendiri...pelbagai usaha kami laksanakan sehinggakan saya buat iklan dan tampalkan di surau2 yang berdekatan dengan office Mr Hubby...biar senang Mr Hubby tolong arrangekan proses menghantar dan menjemput princess2 yang sehala..lagipun saya ni kerap tukar keje...heheh...Bukannya tak nak hantar ke nursery, tapi cukuplah si Ariana dulu tak terurus bila dihantar ke nursery...tiap2 bulan asyik sakit...demam...kutu...dan pelbagai penyakit berjangkit dah terkene.Cuti saya pun banyak habis bila anak demam.

Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan Allah apabila ada seorang perempuan yang tetiba call Mr Hubby dan volunteer nak tolong jaga Erina dan malam tu jugak kami ke rumah untuk survey.Rupanya akk ni ada juga seorang anak dan anak nya sama sekolah dengan Ariana dan disebabkan dia teringin nak anak lagi, maka dia pun jaga la Erina.Untung Erina...sebab akk ni hanya jaga dia seorang jer....dah sebulan lebih, akk ni jaga lagi seorang baby.Kiranya Erina pun ada la kawan seperjuangan....

Bersama kak wati a.k.a 'ibu wati erina'.sebulan je jaga Erina, tetiba dia disahkan mengandung setelah sekian lama menunggu kehadiran 'orang baru'Alhamdulillah, dia nak juga jaga Erina sampai dia betul-betul rasa tak larat.

Ariana & Aqeel(anak ibu wati) terus jadi bestfren sbb 'share' adik...

finally baby Sarah dah selamat kluar dari perut ibunya..

Dan disebabkan kami duduk di kawasan perumahan yang mempunyai kejiranan yang amat baik, Erina dijaga pula oleh babysitter baru yang dipanggil 'Ibu Zainon' pula...dan hampir 6bulan dijaga, ibu Zainon terpaksa berpindah mengikut suami ke kuarters baru.Umi Zainon pulak dah ada 7orang anak dan anak-anak smuanya berhalus, tak berkasar pun dengan baby even yang lelaki. Baru sebulan lebih tinggalkan Erina, dia pun dipercayai mengandung anak ke-8 pulak....rezeki keluarga mereka....

And now, Erina dijaga oleh 'ummi Yani'.Yang senangnyer, depan rumah jer pun...heheheh...dan yang kelakarnya, start dibela oleh umi ni, Erina banyak cakap 'telo' orang pantai timur doh....huhuhu..agaknya pas ni turn umi yani lak ker??? hehehe

Sekarang ni kami masih risau lagi coz kalau pindah ke tempat baru, dimana pulak kami nak hantar??? Plan nya nak hantar ke nursery je...sebab dia dah besar skit dan nak ajar dia berkomunikasi dengan rakan sebaya pulak....

So, ada sesiapa yang nak dapatkan virus dari Erina???

No comments:

Post a Comment