Wednesday, 5 June 2013

Bagaimana mengurangkan kesesakan di dapur???

As salam.....

Kali ni apa kata kita kongsi pula tips bagi mengurangkan kesesakan didapur....

 

Tip berikut akan membantu anda menyelesaikan masalah tanpa perlu tergesa - gesa membuat pengubahsuaian besar - besaran.
  • Lakar terlebih dahulu kedudukan ruang dapur yang diingini, misalnya kedudukan pintu, sinki dan dapur memasak. Lihat sama ada ia boleh disusun semula atau dikekalkan. mungkin perubahan kedudukan ini boleh memuatkan ruang lebih untuk keperluan lain misalnya menambahkan ruang penyimpanan seperti kabinet untuk memberi peluang ruang kerja lebih lapang.
  • Pilih unit kabinet bersesuaian kerana kehadiran kabinet ini akan mempengaruhi ruang berkenaan. Jika keluasan dapur terhad, penggunaan kabinet dinding lebih bersesuaian berbandingperabut atau almari. Walau bagaimanapun, jika ingin menggunakan kabinet 'penuh' pada dinding, pastikan ia tidak kelihatan terlalu 'berat dan padat'. Misalnya menggunakan pintu kaca atau skema warna cerah dan 'sejuk'.
  • Pastikan jika anda menggunakan kabinet dinding atas bawah, sudut tidak dibairkan kosong. Anda mungkin boleh menjadikan sudut ini tempat memasak elektrik (periuk, cerek atau oven) atau mewujudkan sinki sudut.
  • Selain kabinet bertutup, anda juga boleh memilih menggunakan ruang atau rak penyimpanan terbuka. Gantikan kabinet tertutup dengan sebahagian kabinet terbuka kerana ini lebih memudahkan anda mengambil atau menyimpan peralatan dapur seperti periuk, kuali, pinggan, mangkuk dan sebagainya.
  • Untuk tampil berbeza, idea pintu ala kafe mingkin menarik seandainya anda masih ingin ruang dapur 'bertutup' selain penggunaan tirai atau daun pintu.

Tuesday, 4 June 2013

Jom kongsi ilmu deko-mendeko..

As salam.....
Jom kita share serba sedikit ilmu mendeko.....
   
1. Pilih warna cat yang sesuai.

Pilih cat yang anda boleh bertahan dengannya untuk tempoh masa yang berpanjangan. Terutamanya, bilik tidur anda. Adalah sesuatu yang benar dan baik jika anda memilih warna yang menyatakan pendirian anda, tapi dalam masa 6 bulan, adakah anda masih fikir warna merah jambu terang, "cool"?

Perkara yang perlu diberi perhatian :

a.Pada amnya, warna-warna gelap cenderung kepada membuat sesebuah bilik kelihatan lebih kecil, jadi, untuk bilik yang kecil, seperti bilik tidur, pilih warna yang lebih cerah/muda.

b.Apabila dinding telah dicat, cat akan kelihatan lebih gelap daripada semasa ia masih di dalam tin. Pilih warna beberapa rona ("shade") lebih cerah daripada kemahuan asal anda.

c.Cari jenis cat yang betul dan ketahui apa kesan-kesannya. Contoh "SilkGlo - Sissons" merupakan cat emulsi bermutu tinggi yang menghasilkan kilatan lembut pada dinding, mudah dibersihkan dan tahan lama. SilkGlo amat sesuai digunakan sebagai perlindungan dan kemasan kepada dinding dalam di mana pembersihan perlu kerap dilakukan, contohnya dapur dan bilik kanak-kanak.

d.Pilih warna yang akan menyerlahkan dekor bilik anda. Samada kontras atau tidak, ia mesti menyumbang kepada dekor bilik, bukan menenggelamkannya.

Buatlah tinjauan sebelum membeli. Ada banyak lamanweb yang memberikan tip-tip tentang cat apa perlu dibeli, kenapa membelinya dan bilik mana yang bersesuaian dengannya. Anda juga boleh melayari lamanweb untuk mendapatkan idea (dengan panduan gambar) untuk menghias bilik tertentu. Anda boleh melihat hasil/gambar yang telah mereka lakukan dengan warna cat dan kesannya kepada dekor di dalam bilik tertentu.

2. Buat bilik kecil kelihatan luas.
Fancy Small Bedroom Design Picture listed in:

Belajar mendapat hasil yang terbaik dengan apa yang kita ada, adalah mustahak kerana pada hari ini, ruang yang kita ada semakin mengecil. Di bawah ada beberapa idea untuk anda :-

a.Letakkan cermin pada dinding. Jika diletakkan dengan betul, ia boleh menggandakan saiz bilik anda, sekurang-kurangnya secara visual. Contoh, ruang makan, letakkan cermin pada salah satu dinding bersebelahan meja makan. Sesiapa yang berdiri dan melihat ke dalam cermin akan nampak ruang itu lebih besar daripada yang sebenarnya.

b.Jangan beli langsir atau tabir yang berlebihan tebalnya. Beli langsir yang tampak anggun ("elegant"). Langsir yang tebal dan kembang boleh membuat bilik tampak selesa, yang mana tidak semestinya sesuai untuk bilik yang kecil. (Tetapi jika ini efek yang anda inginkan, teruskan niat anda).

c.Jangan beli perabot saiz yang paling besar. Contoh, jangan beli katil bersaiz "king" kalau nanti tidak ada ruang hendak buka pintu almari.

d.Gunakan tema yang simpel, dan kekalkan hanya satu tema. Jangan buatkan bilik kelihatan terlampau sibuk/berserabut. Baca artikel mengenai titik fokal untuk panduan lebih lanjut.

3. Jangan memodenkan semua benda.

Contoh untuk ini misalnya di dapur. Ramai orang hendak menghias semula dapur mereka. Memasak adalah "Rock 'n' Roll" yang baru dan dapur ialah pentasnya. Dengan tukang masak seperti Chef Wan, Chef Ismail, Chef Sabri, Chef Zaida dan lain-lain, ramai orang benar-benar mula seronok memasak.

Jika anda ada rumah yang mempunyai dapur fesyen lama, jangan buang kesemuanya hanya untuk digantikan dengan segala yang baru. Kadang-kadang yang lama itu sebenarnya adalah yang baru di dalam fesyen. Baiki kesemuanya, beri dapur anda palitan cat yang baru dan berikan penekanan gaya retro di dalam dekor dapur anda. Jika ia dibuat dengan betul, anda akan mempunyai dapur yang amat bergaya. Anda juga boleh mencampurkan yang moden dengan yang lama.

Contoh yang baik tentang yang "lama" tapi masih "cool" dan menyerlahkan yang moden :

a.Kerusi/bangku lama.

b.Aksesori seperti pembuka botol, terendak lampu.

c.Gambar atau lukisan daripada masa yang lalu. Anda mungkin boleh membeli gambar lama di kedai yang berkenaan.

Anda boleh membuatnya untuk mana-mana bilik di rumah anda. Cuma ingatlah, buat dengan berpada-pada dan bersederhana. Apa-apa pun kalau dah melampau, akan menukarkan yang "cool" menjadi sumbang.

4. Hiasi dinding.
Wall Art ideas for Living Room

Hiasi dinding dengan gambar, lukisan dan khat/kaligrafi yang berbingkai. Dinding yang kosong seolah-olah memberi impresi bilik yang kosong (namun membosankan). Tapi rahsianya di sini ialah pastikan bingkai gambar adalah dari kualiti yang baik dan rupa bentuk bingkainya juga cantik.

Bingkai benar-benar boleh menyerlahkan efek gambar atau foto. Gambar-gambar yang cantik, bila dibingkaikan akan tampak lebih hebat. Menambahkan "border" pada gambar juga akan menampakkan kelainan.

Dan, gunakanlah bingkai yang sesuai dengan dekor bilik tersebut. Ada bermacam jenis bingkai gambar yang terdapat di pasaran. Ada yang simpel, moden dan yang penuh dekorasi. Seperti telah disebut tadi, biarlah selari dengan dekor bilik. Tengok-tengok dulu apa yang terdapat di pasaran sebelum mengambil keputusan untuk membeli.

5. Gunakan efek pencahayaan yang baik.
Tentukan apa yang perlu diterangi (adakah sebuah bilik atau hanya sekeping lukisan)?, dan cara untuk menyerlahkan suasana sekeliling. Lampu baca moden sesuai untuk bilik bacaan, candelier untuk ruang masuk atau lampu dihiasi terendak untuk ruang tamu. Juga pertimbangkan, anda boleh membuat efek lembut dengan menggunakan mentol lampu yang menghasilkan cahaya warna-warna "warm" (mesra).

Ada beberapa cara untuk memasang lampu yang dapat menyerlahkan suasana ("ambience") sesuatu bilik :-

a.Lampu sorot - untuk menonjolkan hiasan dinding, gambar dan lukisan. Sering digunakan di ruang tamu dan ruang makan untuk menyorot satu titik yang menjadi fokus.

b.Lampu duduk atau berdiri memberikan kesan mengaburkan dengan arah pencahayaan di sudut. Limpahan cahaya dari lampu duduk membuat ruang nampak romantik dan syahdu. Banyak digunakan di ruang santai, ruang tamu dan bilik tidur.

c.Lampu gantung biasa digunakan sebagai sumber cahaya utama. Biasanya digunakan di tempat aktiviti keluarga. Umpamanya ruang keluarga yang dijadikan tempat berkumpul atau belajar untuk anak, ruang tamu dan ruang makan.

d.Lampu candelier memberikan kesan megah dan gemerlap. Rumah mewah biasanya banyak menggunakan unsur kaca dan perabot berwarna keemasan, lampu candelier mampu memantulkan cahaya gemerlap dari perabot-perabot ini.

Di luar sana terdapat banyak kedai yang menawarkan pelbagai jenis lampu, jadi tengok dan kaji dulu untuk menentukan yang mana adalah terbaik untuk anda.

6. Tong sampah bukan hanyalah tong sampah.

Anda perlu memikirkan perkara yang kecil-kecil. Hanya kerana tong sampah tempat di mana anda membuang sampah sarap, ini tidak bererti anda tidak boleh mempunyai tong sampah yang menarik. Anda akan terperanjat betapa ramai orang yang akan memuji jika anda ada tong sampah yang cantik. Kerana kita tidak ada tempat untuk menyembunyikan tong sampah ini, ia diletakkan di tempat terbuka di dapur, maka ia menjadi aksesori.

Lagipun, ia bukan saja mengenai tong sampah. Ia boleh jadi rak kunci, tempat simpan roti atau tempat habuk rokok di ruang tamu. Lihat sekeliling kepada benda-benda kecil ni, dan cuba fikir dan gambarkan kelainannya jika anda memilih sesuatu yang cantik dipandang serta berfungsi.

7. Wujudkan titik fokal.

Ini digunapakai di semua tempat:
a.Ruang masuk
b.Pintu hadapan

c.Taman

d.Ruang tamu

e.Bilik tidur

Ada beberapa cara untuk melakukannya:-

1. Gunakan ciri arkitektur - contoh, tingkap yang terserlah definasinya

2. Gunakan jambangan bunga sebagai titik fokal - boleh juga gunakan tanaman berpasu

3. Gunakan kerja-kerja seni - lukisan, gambar atau pasu bunga berukir

Tujuan mengujudkan titik fokal adalah untuk memberi mata anda sesuatu untuk dilihat sebaik saja anda melangkah masuk ke dalam sesuatu bilik atau ruang. Jika mata anda serta merta ditarik perhatiannya kepada imej yang ada daya tarik, ingatlah frasa "cinta pandang pertama". Titik fokal juga boleh menolong mengurangkan selerak. Ia menolong anda terlepas pandang keadaan sebenar sekeliling bilik dengan mengadakan titik referen.

Cuma ingat, jangan cuba jadikan ciri yang kecil sebagai titik fokal bila ada sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian berdekatan. Tanaman berpasu kecil diletakkan di bawah lukisan Picasso tidak akan menjadi.

8. Wujudkan aliran laluan yang mudah.

Juga dikenali sebagai aliran trafik ("traffic flow") di dalam seni hiasan dalaman, laluan ini adalah jalan yang akan orang lalui untuk bergerak di dalam rumah anda, di sekitar perabut, dan lain-lain. Anda akan perasan pola di atas karpet selepas sesuatu jangka masa kerana aliran trafik yang tinggi boleh meninggalkan kesan aus dan lusuh pada karpet.

Jangan buat tetamu anda (atau anda sendiri) terpaksa melangkah barang-barang atau kena mengelak daripada perabot ketika berjalan. Cuba buatkan ruang-ruang di rumah anda mudah di akses, walaupun sewaktu ramai orang.

Untuk mewujudkan laluan yang mudah di lalui di dalam rumah, cuba idea-idea yang berikut :-

a.Tinggalkan ruang yang mencukupi di antara perabot, jadi orang mudah bergerak di antara perabot.

b.Gunakan titik fokal sebagai "destinasi" untuk menarik orang melalui laluan yang spesifik.

c.Jadikan destinasi laluan itu ada fungsinya - contoh di ruang tamu, pastikan anda boleh bergerak ke pintu masuk, suis lampu dan tempat duduk tanpa banyak rintangan.

Sesuatu yang simpel seperti laluan trafik nampak macam tidak penting, tetapi tetamu anda lebih berkemungkinan akan mengingati rumah anda kerana laluan trafiknya yang teruk daripada benda lain yang lebih baik.

9. Berikan fungsi kepada setiap bilik.

Berikan fungsi kepada setiap bilik dan pastikan setiap fungsi boleh terlaksana di dalam bilik itu.

2 contoh yang ketara :-

a.Ruang tamu memerlukan tempat duduk, dan meja untuk tetamu meletakkan cawan minuman apabila bertandang. Cuba jangan paksa tetamu membuat perkara yang tak semestinya seronok pada mereka, seperti memegang secawan kopi yang panas sehingga cukup sejuk untuk dihirup. Sudah pasti anda boleh menjadikan meja anda sebagai ciri yang boleh ditonjolkan di ruang tamu anda.

b.Bilik tidur sudah tentu memerlukan katil untuk tidur. Tetapi ia benar-benar berguna jika ada meja kecil di tepi katil dan mungkin lampu duduk terletak di atasnya.

10. Rajin-rajin membuat tinjauan.
Satu nasihat yang amat praktikal, lihat-lihatlah keadaan sekeliling bila berada di sesuatu tempat. Bila anda bertamu ke rumah orang lain, tengok sekeliling dan lihat apa yang anda suka. Anda tidak perlu menirunya betul-betul, tetapi cari idea-idea yang anda boleh praktikkan di rumah anda.

Bila membeli-belah, terutamanya ke kedai perabot, perhatikan bagaimana perabot dihias. Anda perlu sedar bahawa fungsi utama kedai-kedai adalah untuk membuatkan perabot mereka menarik perhatian pelanggan, jadi adalah menjadi kepentingan mereka untuk menghias/menyusun perabot di dalam gaya yang menarik.

Layari internet. Terlalu banyak lamanweb yang boleh memberikan tip-tip dan teknik hiasan dalaman. Malah ada lamanweb yang memaparkan gambar-gambar hiasan dalaman yang menarik. Ini adalah sumber yang bagus untuk mendapatkan idea-idea bernas.

Monday, 3 June 2013

School camping and weekend activities

As salams....

Sabtu baru2 ni saya dan Erina menghantar si kakak Ariana ke skolah nyer untuk camping....ayah pulak time ni kene keje la pulak....

Ikutkan Ariana nak follow trip Tok Ayah bercanda ke Terengganu tapi disebabkan tahun ni adalah tahun terakhir dia, saya berjaya pujuk dia juga untuk join semua aktiviti yang diadakan sepanjang tahun 2013 ni...

So, kita layan jer gambar2 aktiviti yang diadakan....

 pokok bunga yang dibawa for planting activity....

adik datang join kejap for moral support

Ariana dan sahabat...


Erina lak asyik nak cekau mamat nie jer.....sib baik la terkawal...huhu

 
night walk activity

tenaga pengajar dari luar juga ada datang...




Kalau tahun lepas Ariana bawak balik sijil dapat anugerah The Best Camper, tahun ni disandang oleh orang lain pulak...huhu...tak kisah la...yang penting, tujuan program ni diadakan untuk didik mereka menjadi more confidence, tolerate each other and independent muslimah.Insyallah....saya doakan semoga anak2 ini menjadi anak2 yang berguna untuk masa depan...

Lepas Mr Hubby pulang dari keje, kami ke Kajang, jumpa bapa sedara Mr Hubby di Kajang....makan2, borak2...p butik langsir dan balik ke Ampang untuk layan bola ngan family ramai2 Johor vs Pahang.....(yg lain  sokong Johor, Mr Hubby sokong Pahang...huhuhu) . Semalaman di Ampang dapat juga Tok Wan dan Mak Tok melepaskan  rindu pada Erina  n kami juga.... :)

Ahad pula....disebabkan kami lewat jemput Ariana sbb p kenduri di Ampang dan settlekan urusan di Puchong, kami didenda oleh Ariana.....so, kami singgah di Aeon Sek 24 Shah Alam untuk tunaikan janji beli ice-cream n roti bun...tapi akibat keletihan, sampai tertido si Ariana dalam troli....yang penting, janji dengan anak2 tetap ditunaikan bagi menghormati hak mereka juga...ingat budak2 ni tak der hati dah perasaan ker?? huhu...

Balik dari shopping, kami dapat call ada pekerja dari developer datang untuk buat keje dalam rumah kami. Dorang ni datang untuk baiki balik mana2 part yang kami complain aritu...Dan untuk pastikan byk barang2 berharga spt peti ais, washing machine, kipas dan lampu yang dah kami simpan kat umh tu, kami pun p singgah untuk memastikan keadaan dan keselamatan terkawal....

  
tingkap blakang dah siap...grill pun dah pasang...


bersama anak2 dara saya....


Bila semua dalam keadaan selamat, kami terus pulang ke rumah. Ingatkan bila sampai dirumah ada chance untuk landing awai....tetiba cousin Mr Hubby lak call dan hanya 2jam shj kami berada dirumah...dalam masa 2jam tu sempat lagi saya mendobi, sediakan dinner, uruskan anak2 dan settle iron baju keje kami stok seminggu terus...


budak bedua ni layan dulu Oh My English! sebelum keluar dari rumah....tapi muka nampak cergas lagi.....huhu..

Jam 8mlm, kami pun terus bergerak ke Puchong untuk jumpa sedara-mara dan sampai rumah around 11.30pm....pas packing baju budak2 untuk dibawa ke nursery pas budak2 minum susu, saya pun landing...

Survey langsir

As salams...


Sementara rumah still progress lagi, saya nak survey pula langsir2 yang perlu di matchkan  dengan konsep dan kesesuaian...

Since we decide on modern cencept + modern contemporary style, so smua nye kne la ikut tema....(ecehhh...beriyer jer tue....) tu pun ikut kemampuan je....asalkan rumah tampak sempurna dan tak menghuru-harakan penghuni yang ada...

Pada saya langsir mmg memainkan peranan yang besar dalam menyerikan lagi pemandangan di dalam rumah. Cuba kita lihat kebanyakan rumah2 mewah kebiasaaannyer suka pada langsir yang beropol utk menampakkan elegant style tapi pada saya, kami cuma meminati design yang simple...murah dan berkualiti(itu sudah pasti! hehehe), mudah untuk dipasang, ruang nampak luas, senang untuk dicuci dan corak yang tak serabut.

Saya bukanlah pakar pada bidang ni tapi hasil dari bacaan,disini saya kongsikan sedikit tips bagaimana untuk mengukur langsir..


Dan minggu lepas saya telah pergi survey dengan Mr Hubby dibeberapa buah kedai langsir....



rail juga perlu diambil kira.... RM9.50/ft tu sesuai untuk day curtain dan RM17/ft tu sesuai untuk heavy curtain...

untuk ruang 2ft pada tingkap, kami plan untuk pakai blind curtain jer...

Mr Hubby tgh kusyuk berkira-kira....

Survey punya survey rupa2nya mak sedara belah Mr Hubby pun ada kedai langsir....apa lagi, terus kami terjah ke butik yang terletak di Kajang...sape yang berminat, blh la deal ngan owner... Dberrys.Buat masa ni owner tak updated2 pun blog dia sbb tgh busy sokmo ngan order...akan datang nti...Kami memang tergoda dengan design yang ada....jom layan gambar seterusnya....

 
antara design yang ada.....


latest design...nampak cam 3D jer....

Monday, 27 May 2013

Cuti hari wesak dan house renovation progress

As salam...

Cuti 3hari sempena wesak day Jumaat lepas membuatkan kami semakin sibuk....rumah perlu di siapkan segera dan semakin hampir dengan finishing, kami perlu pantau dengan teliti supaya kami dapat hasil yang terbaik. Pada waktu inilah kami memohon jasa baik kontraktor yang tak berkira untuk penambahan pemasangan atau baiki mana2 yang patut...


 

sementara busan menunggu ibu yang sibuk mendobi dan mengemas rumah, Ariana dok diam2 dengan calouring dia di ruang tamu.....sementara adik pun diam2 dok kat bilik dan bila saya intai, ni keje dia....

jaga baby dia pulak...hihi

Lepas Mr Hubby pulang dari solat Jumaat, kami terus berangkat menuju ke destinasi....meninjau rumah untuk melihat progress seterusnya....


wiring untuk kitchen area

kitchen tiles dah siap pasang

begitu juga tiles di washer area

dinding toilet yang dah ditutup habis untuk dijadikan satu pintu jer..

So far wiring smua da settle cuma tinggal wiring untuk plaster syiling jer...janji hari sabtu tapi last minit tak jadi pulak...dia ada hal...tak per, kami blh consider....jangan sampai tak buat langsung uddah ler yea...
Frame untuk toilet pun da settle dan hari sabtu dah berjaya pasang tiles.Dan hari sabtu kami da p ke Klang untuk order pintu toilet pulak...
Hari sabtu juga tingkap dah dipasang...

tingkap bilik blakang

Then kami meneruskan perjalanan ke Puchong, untuk mencari bathroom drain cover - untuk perangkap rambut/sampah supaya toilet tak tersumbat.Kami amik 4biji untuk semua toilet dan washer area.Kalau ikut yg disediakan olh developer, drain cover cuma plastik dan tak berapa kuat esp part penutup tu...Lagipun kami masih ada baki dengan kedai tue....so, kedai lak hutang kitaorang...ahahhah

Gambar yang saya ambil dr google jer coz pattern bih kurang jer...

pusing punya pusing, berkenan pulak dengan toilet mirror cabinet ni..nampak kemas bila barang2 spt syampoo,sabun,berus gigi dll smua disimpan dalam cabinet jer...


budak comel ni kene kuarantin.letak dalam sinki jer sbb lasak sangat...

Balik semula ke Shah Alam, hantar barang supaya dapat dipasang terus...dan sementara Mr Hubby tgh borak dengan kontraktor dlm rumah....
.....dua beradik ni pulak buat aktiviti kat porch area....suka sangat dapat main payung...

Then perjalanan diteruskan ke Putrajaya untuk celebrate beday cousin Sabtu nanti....
Sabtu dan ahad masih lagi ulang alik P'jaya - Shah Alam untuk cari barang2 lain....

Letih dan sangat letih....
Apapun kami akur dengan pepatah biar bersusah dahulu.....