Dedicated to my dear Ariana....one day, u will read this and its come true from my heart...
Alhamdulillah, pertama skali sy nk ucapkan tahniah pada ank dara sy, Ariana...
Sabtu lepas, 15 Nov 2014, kami menghadiri ke Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah Ariana.
Kakak dapat 2 anugerah, top ten student dan subjek paling tertinggi.
Tahun ni kakak dapat no 6 di kelas pertama, 1Jujur...Alhamdulillah!
Sebelum tu pada Ahad 9 Nov 2014, kami hadir ke sekolah agama pula dan kakak mendapat anugerah The Most Leadership dan kakak mendapat kedudukan no.2.
Sedikit sebanyak ibu n ayah rasa berbangga punya anak seperti kakak.
Walaupun ini baru permulaan, ibu n ayah berharap semoga kakak menjadi contoh kepada adik2 yang lain.
Pesan ibu,
Ilmu itu lebih baik daripada harta.
Harta akan datang kepada mu jika kamu berilmu.
Semoga ank2 ibu menjadi orang yang sentiasa cintakan ilmu baik ilmu didunia mahupun di akhirat.
Jaga tingkah laku, jaga budi perkerti...
Bila molek perilaku kita, bila tinggi ilmu didada, maka tinggilah darjat kita disisi manusia dan kita juga bisa dicintai Allah!
In sha Allah...
Ibu doakan yang terbaik utk ank2 ibu semua...
Ameen.
2trofi yang kakak dapat....semoga adik pun ikut jejak kakak juga ye!
senyum sokmo dia....hihihi
ibu dan ayah akan cuba yang terbaik utk kalian semua.... :)
Oh ya, berbalik pada cerita di atas, bukan mudah dan mudah...lebih2 lagi dalam nak mendidik ank2 dan saya pula dalam kondisi wanita yang berkerjaya...
Penat tetap ada....tp disebabkan mungkin naluri keibuaan masih kuat dan sayang pada keluarga membuatkan saya redah segala onak duri yang ada...GAMBLE!
Saya ada mendengar dan pernah terbaca ttg 3peringkat dalam mendidik ank2:
1) Umur 1 hingga 6tahun.
Waktu ni, ank2 perlu dilayan seperti raja.
Tapi tak bermakna semua kehendak mereka dituruti diluar kemampuan kita...belikan saja apa mainan yang mereka mahu dan yang pasti ianya tidak membahayakan dan menjana sel-sel otak yang sedang aktif berkembang.
Sy layankan saja apa yang mereka mahu...cuma pada waktu meninjak 3-4tahun, sy mula menasihati...pada saya, biar mereka tak jemu mendengar nasihat kita hingga ke tua kelak.
2) Umur 7 hingga 14 tahun.
Layanlah mereka seperti hamba.
Bukan hamba abdi yea....maksud saya pada waktu ni latihlah mereka dengan membiasakan diri membuat kerja2 rumah seperti lepas makan, jgn dibiarkan pinggan di atas meja, biasakan mereka dengan meletakkan pinggan ke dalam sinki dan cuci sendiri. Ini yang saya praktikkan pada Ariana..ada masa, habis merungut...huhuhu
Jgn biarkan kita menjadi hamba pada ank2 pada waktu ini.....cubalah,kalau nk nasib ank kita senasib dengan "Anakku Sazali Modern" nanti!
Ya, biarkan mereka merungut pada waktu ni...dan jangan lupa ringankan mulut ucapkan 'terima kasih' kerana jadi anak yang rajin! Anak ibu mmg rajin! sbb tu ibu makin sayang....hehehe...
Pada waktu ini juga jgn lupa diasingkan tempat tidur dari ibu ayah...waktu ini mereka sesuai bergerak secara independent...tapi ingat, biar sesuai dan bertempat!
3) Umur 15tahun ke atas
Mereka adalah sahabat karib kita.
Saya selalu mengingatkan diri sendiri walaupun masih banyak masa lagi utk ank2 mencapai umur peringkat ini...
Sedar tak sedar ank makin membesar tanpa kita sedari.....
In sha Allah, sy akan cuba menjadi teman baik utk dia meluahkan perasaan...waktu ini juga kita hendaklah menghormati hak mereka dan jangan sembarangan membuang barang2 mereka.
Jika kita menghormati orang lain, pasti mereka akan menghormati hak dan perasaan kita juga...
Semoga menjadi manfaat pada anda yang membaca juga.... :)
Maaf jika olahan saya kurang jelas...
Tak faham, tanya. In sha Allah sy jawab...ehehhehe
Alhamdulillah..moga ariana dan erina membesar menjadi anak yang menbangggakan ibu dan ayahnya
ReplyDelete