Tuesday, 28 April 2015

Deco bilik tetamu dengan ruang yang terhad

Assalams semua....
Minggu lepas kami tak kemana2...
Erina sakit mata...
Jadi, sy ajak Mr Hubby memulakan projek yang tertangguh dari awal2 pindah...lama tak? huhu...
Asalnya bilik ni sangat selekeh...
Kami cuma ada sofabed, ampai telekung/sejadah dan langsir ikea lama.
Bilik utk tetamu tumpang solat, bilik ni jugalah utk parents n mertua yang berkunjung....nak naik ke atas, biasalah orang tua...lebih selesa dok kat bawah jer...
So, sy dan Mr Hubby mmg decide kalau ada budget lebih, kami nek beri keselesaan yang terbaik buat tetamu.

Ni lakaran bilik tetamu...
Ruang tak la besar sangat.
So,ruang yang ada ni kami riaskan sebaik mungkin.


Ha....ni lah asal biliknye.....
Langsir cuma sy kepitkan dengan penyepit baju je...kreatif tak? Kuikuikui!
Kira sy sepit kemas2 le...bukan gini sy tinggalkan bilik ni...huduh sangat! Ni sebab dah nk tamatkan riwayat...so, bila sepit ni jatuh, wat duno je la....huhuhu...


Aura tuan besor da sampai.....
Semangat wajar nk kemas.....yesss!!!


Kusyuk...


Railing langsir yang kami beli dr Ikea sebelum GST...ahaks!


Ni pulak antara langsir pilihan.....
Kami beli kat Index Living sebelum GST jugak...
Biasa kita akn pilih yang cantik dan murah...
Saya bukannya pakar pada fabrik.Cuma bila harga untuk satu panel langsir ni mahai, sy tanya ke kaunter kenapa mahal sangat?. Dan menurut pada promoter, jika nak tau kualiti kain, kita blh refer pada THREAD COUNT atau Kiraan benang. Semakin tinggi jumlah kiraan benang, semakin kualiti la kain tersebut. So, saya pun cuba je la....


Merujuk kepada Mr Google dan pemahaman saya....
Ringkasnya, kiraan benang ialah bilangan benang yang ditenun ke dalam satu inci persegi kain. Nombor ini adalah berdasarkan kepada benang tenunan mendatar ("kain") dan menegak ("meledingkan"). Bilangan maksimum terhadap satu inci persegi biasanya 500 ke 600 yang ditenun.

ok hasil dah siap seperti di bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Ni pulak ada sedikit ruang kecil.
Sy letakkan 2jenis penyangkut baju supaya senang nk gantung baju/tudung/sluar/handbag untuk tetamu.




Finally, projek telah berjaya...

Cuma saya rasa tak begitu menarik sbb:
  • langsir nampak tergantung....
  • langsir tak iron sbb tuan dah excited nk pasang terus...ngeh ngeh ngeh...
  • terlalu banyak mainan warna yang berirama...

Insyallah, ada rezeki try setting lain...so, sesekali kita biarkan dulu bilik tetamu seperti ini....
Penat jugak kami nk setup, u!

Wednesday, 15 April 2015

Asparagus Chinese Style

Assalams....
Ptg semalam balik je dari keje terus bukak peti...
Tengok apa yang ada dalam peti...
Ikutkan masih byk stok yang ada...
Nak buat tu ada masa tersangat lah rajin...
Tapi kalau sampai saat malas...Masyallah....pepaham sendiri la kan...huhuhu

So, smlm mood sy memikir apa yang senang nk buat...
Godek punya godek, nampak ada asparagus...
Terus tekak terasa nak masak asparagus chinese style yang sangat mudah kejenye...

Bahan:
Segenggam asparagus
Udang
5ulas bawang putih - dicincang halus
Sedikit minyak zaitun
Sedikit minyak bijan
Satu sudu tepung gandum (dikacau dengan sedikit air)
Cili merah - optional kalau suka pedas (sy tak letak pun..)

Cara-cara :
Panaskan kuali n letakkan sedikit minyak zaitun
Masukkan udang dan bawang putih. Kacau sampai sedikit garing
Masukkan tepung gandum yang telah di campur dengan sedikit air (kalau nk kuah lebih, blh letak air lebih) dan minyak bijan.
Masukkan asparagus dan kacau 2-3minit sahaja.
Angkat dan masukkan dalam pinggan.
Sangat sedap kalau dimakan dengan nasi panas2....nyummy!





Tuesday, 14 April 2015

Renovasi di tangga

Assalams....
Ntah macam mana...
Plan nk buat lain, lain pulak yang dibuatnye...huhuhu...
Tu namanya jodoh....
Dan rezeki org y buat...huhu


Gambar asal waktu jatuh cinta pandang pertama kami pada rumah ni....
Erina pun masih dlm perut lagi time ni...huhu
Kalau tgk gambar di atas, ni lah asalnya kedudukan tangga....
Cuma kami tak berkenan pada pemegang tangga ni...
Dan dinding yang ada membuatkan ruang menjadi gelap dan perjalanan sistem pengudaraan dalam rumah agak terhad n rumah jadi agak panas.
Ikutkan cadangan, kami nk pecahkan semua laluan dinding tangga.Tapi di sebabkan terdapat bim (tiang utama) pada aras yang sedia ada, kami buat ikut kesesuaian saja....

Maka awal bulan April, kami pun meneruskan projek seterusnya seperti dibawah ni....



 





mission accomplished!
kat ruang tangga ni tak perlu pasang lampu pun tak pe dah sbb mmg dah terang..
bila pulak nk bikin projek pasang kaca ni???
sbb nampak kurang safety esp kalau budak2 main di tangga....
ank2 sy buat masa ni mmg tangga bukan jadi pilihan utama. risau ke ank2 org je...huhuhu

hasil keseluruhan selepas dicat..
tapi sebelum dapat hasil, 3hari punya projek ni, 3hari la rumah berhabuk atas bawah....
3hari jugak kene mop pas kontraktor hbs bekerja.....
uuuwarrggghhhh......Mr Hubby, sila blanje I ke spa hokkay!

Hari ketiga ayah pasangkan tv, main, makan, tido pun depan tv....

mujur ada laundry room sebagai pengganti ruang makan yang sedang berhabuk during renovation tu....





kononnya ala2 gaya gini la yang diidamkan....huhu...



Kari ketam


Assalams....
Hujung minggu punya cerita...
Semua ni salah Mr Hubby!
Sbb dia cerita dia g makan ketam la y membuatkan sy kepingin pulak nk makan ketam...
So, hari ahad pas balik dari jog kami ank beranak mcm biasa akan ke pasar pagi setiap hujung minggu beli brg2 basah...
Apalagi, bila jalan ke deret org jual ikan ni, sy meluru cari ketam.
Dapat pun.....eheheheh

Dgn penuh semangat negronya, sy pun cepat2 masak utk lunch....
So, kali ni tak ikut mana2 resepi sapa2...ni sy masak berdasarkan imaginasi sendiri....


Bahan :
3ekor ketam yang siap disiang kat pasar...kikiki
1paket serbuk kari ikan
sedikit daun kari
sedikit minyak utk menumis
6biji bawang merah-dihiris
3biji bawang putih - dihiris
1/2 biji pati santan
1/2 cawan susu cair
1cawan air - kalau nak kuah lebih blh letak 2cawan
1keping asam keping (nak guna air asam jawa pun boleh)

5biji bawang kecik-diblend
2bijik bawang putih-diblend
sebatang serai-diblend
sedikit halia-diblend
sedikit jintan manis-diblend
sedikit herba campur-diblend
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara:
1) Panaskan minyak. masukkan daun kari n bawang merah n bawang putih. tumis seketika hingga naik bau.
2) Masukkan bahan2 yang diblend beserta serbuk kari yang dicampur sedikit dengan santan. Kacau hingga pecah minyak.
3) Masukkan air dan susu cair. Dan bolehla letakkan ketam.Then masukkan asam keping dan garam mengikut citarasa anda.
4) Bila dah masak, bolehla dihidang kan sehingga menghirup kuah dipinggan....muehehehe...

Kay guys, selamat mencuba!

Suap ke ank2 mmg tak sangka 2pinggan penuh derang makan!


Adik dan kakak yang semakin kuat makan....makin hari kain berisi....kuikuikui...
Pas makan nasi, makan buah cicah kicap ye....ahahhaha



Mencuba tart telur


Assalams semua.....
Hujung minggu baru2 ni ank2 da mula bersuara ajak baking...
So, mula la saya sibuk meng"google"resepi2 yang menarik utk minum petang...
Nak pulak hujan jatuh mencurah2....emmm...mmg best la kalau dapat membaking kan...

Dan kali ni saya first time saya cuba buat tart telur
Tu pun sbb ank2 sy mmg suka beli tart ni kalau ke kedai roti...tak pun chicken loaf bread!
Lagipun resepi sangat mudah...cuma sy habiskan brg yg ada kat dlm umh dlu...

Resepi tart telur ni sy ambil dari pakar pastry kak ita....(http://www.azlitamasammanis.com)
Suka tgk dia masak...nampak menyelerakan n cantik je bila perform tu...
Meh sy copy paste lik bahan2nya di bawah:

Bahan Pastry
1cawan butter
1/2cawan gula yang diblend halus
1biji telur
1sudu teh esen vanilla
2cawan tepung gandum (disebabkan tepung gandum kat umh habis, sy hentam pakai tepung naik sendiri je yang ada kat umh...kikiki)

Cara-cara
1) Pukul butter dan gula hingga kembang
2)Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi
3)Masukkan tepung sedikit demi sedikit
4)Gaul sehingga tak melekat pada tangan.Tambah tepung lagi kalau still melekat di tangan
5)Bakar pada suhu 170' dalam masa 15-20minit.

Bahan Filling
1cawan susu cair (saya tambah skit lagi susu segar)
4biji telur 
1cawan gula 
1cawan air
1sudu besar tepung kastart (sy tak letak)
1/2 sudu teh esen vanilla (sy letak 1sudu n bau lg best)
pewarna kuning

Cara-cara
1) Campur semua bahan dan kacau rata
2) Bila dah sebati semua bahan, tapis semula
3) Letak dlm jug aur supaya senang kita curah dlm pastry yang dah siap bakar nti

Ni sebelum di bakar....mean, selepas siap doh, sy letak dlm bekas n bakar dlu lebih kurang 15minit pd suhu 170'.Patutnya tunggu sampai sejuk baru letak filling.Tp disebabkan nk cepat dek ank2 da kacau, sy kalut n terus letak filling time panas....n hasilnye..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ha....xla berapa cun sgt rupanya....tapi suami n anak2 suka....walaupun sy terguna tepung naik sendiri! kikiki...
Malas pulak nk g cari ingredients yg complete masa tu...
Nilah hasil dari ank murid y degil...disuruhnya pakai tepung gandum, saya pakai tepung kek self raising tu! ahahahah
Tp bila da naik kembang, sy adjust tekan2 ngan sudu n hasilnya tart ni sangat mampat!
Tak pe, first trial...akn dtg sy akan cuba lagi...chaiyok! chaiyok!

kembali kepada motif asal.....mek ni y request pada asalnya....
bila dia tgk ada balance tepung, cepat2 dia mintak n nk jadikan cookies katanya.....

ni hasil kreativiti Ariana....janji weekend dia happy....lalalalalala...





Tuesday, 10 March 2015

Awning di ruang belakang rumah

Assalams....
Pada mulanya sy suka blakang rumah nampak kosong tanpa awning.
Sy pasang frame utk nampak dia lebih padat n cantik
Tapi memandang cuaca sejak kebelakangan ni tak menentu, maka saya dan Mr Hubby decide utk pasang awning material polycarbonate yang nampak agak moden.
Tanpa awning, air selalu masuk sekiranya hujan lebat melalui celah2 safety door.
Tanpa awning, dinding blakang rumah semakin pecah akibat dimakan hujan panas...menjadi menggelembung dan menggerutu.
Tanpa awning juga, dinding dikawasan dapur jelas kelihatan keretakannya...
Kerana itu sebelum pasang wallpaper, sy decide utk pasang dahulu awning utk mengelakan defect pada wallpaper.
pemasangan rangka



Alhamdulillah, selesai satu masalah.
Harap2 tiada masalah yang akan berlaku lagi.
Oh ya,utk pemasangan awning ni kami pertanggungjawabkan
En Nizam - 0137553455
Walaupun pada hari akhir kami tiada dirumah,dia dapat uruskan dengan baik skali dan seperti yang dijanji.
Orang seperti inilah yang kita perlu support. :)

Pemasangan wallpaper

Assalamualaikum dan apa khabar smua??
Bersawang dah sbb aktiviti sangat padat setiap minggu...
Begitu juga dgn kerja yang terlalu banyak sampai terjangkau akalku....huhu

Nak share citer skit ttg install wallpaper ni
Kalau tak silap awal January dah
Hasil dari tinjauan promosi yang dibuat oleh Korea Wallpaper yang membuatkan sy dan Mr Hubby terpanggil utk buat sedikit renovation pada ruang tamu dan laundry area.
Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada keluarga kami dan disini meh sy share citer dan gambar sebelum dan selepas pemasangan.



agak lama juga kami berada disini....
3hari berturut2 selama berejam dok dlm ni nak pilih yang sesuai dgn konsep yang diidamkan



gambar ori sebelum dimakeupkan....
seterusnya berlangsunglah acara memasang wallpaper.



Sila abaikan meja makan yg serabut sbb time ni kami sekeluarga sedang menikmati minum pagi seawai 10pg...kuikuikui....
Mereka bekerja sampai kul 7mlm baru siap.
So, alang2 mereke bekerja keras, sy sempat masak dan ajak mereka makan tghr dan
makan malam bersama kami sekeluarga....
Siap cakap "Selama berpuluh tahun keje tak pernah jumpa tuan rumah hidangkan makan mcm awk"
Semua tu rezeki tetamu jawab sy... :)
Lagipun kan kita ni smua manusia biasa jer....say  NO to double standard, ok!

dan siaplah utk satu part....
pada asalnya sy fikir nak cat jer....tp bila nampak ada promo wallpaper ni terus hilang niat.kikiki
so, utk living hall, sy pilih yang nampak plain dan agak elegen konsep.


disebabkan ruang makan sangat terhad dan dekat dengan living hall, sy letakkan sedikit kontra diruang ini...
dan disebabkan ada byk lebihan wallpaper satu roll, maka sy habiskan pasang sampai ke bilik blakang.Nanti sy tunjukkan tentang bilik blakang ni ye...bilik utk makbapak kalau depa dtg...nak naik atas mmg iddak le depa...huhu
meja makan je nampak kurang sesuai....
Insyallah, masih dlm list utk mencari pilihan hati idaman kalbu....huhu


Seterusnya meneruskan diruang mendobi.
Gambar sebelum ni nampak agak kosong.... 

Inilah hasil selepas....alhamdulillah,siap!
Utk ruang ni sy mementingkan suasana yang tenang jika berada di laundry...
So, sy cuma memilih corak yang simple dan nampak tema modern contemporary nya...
Tak terlalu serabut dgn corak.
Yang penting, ianya perlu bersesuain dgn kabinet dan tiles.




Alhamdulillah, misi utk memasang wallpaper akhirnya terkabul...
Next mission akan diceritakan selepas ini