Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 29 August 2013

Sangat Mudah...Pembersih lantai buatan sendiri.


7 cawan air,
1/2 cawan baking soda,
1/3 cawan jus lemon ...
1/4 cawan cuka

Campurkan bahan-bahan ini dan masukkan ke dalam botol semburan

Semburkan ke arah lantai yang anda ingin, biarkan ia.. selama satu atau dua minit ... kemudian gosok & bilas

Lantai anda akan bersih.. & cantik



(sumber : FB)

Tuesday, 23 July 2013

Tips membersihkan microwave dengan mudah

As salams....

Tgh belek2 kat FB, saya terjumpa satu info menarik.Cepat2 saya copy n paste untuk dikongsi bersama-sama...


How to Use Vinegar to Clean a Microwave Naturally
Pour between ¼-cup and ½-cup white distilled vinegar into a microwave-safe bowl. Rinse a kitchen sponge with tap water and put it into the bowl.
...
Put the bowl, sponge and all, into the microwave and heat for 30 seconds. This will not only cause steam in the microwave, which will loosen the stuck-on dirt but also sanitize your sponge.

Wait about a minute or longer after you are done microwaving your sponge. This allows the vinegar and sponge to cool and also gives the steam more time to work. Practice extreme caution because the contents will be hot.

Open the microwave door after you are sure the bowl is cool enough to handle. Open away from your face, since you may find the smell strong. Squeeze excess vinegar from the sponge and proceed to wipe the inside of the microwave, starting at the top and working your way down.

Rinse the sponge with tap water, dip it in the vinegar, squeeze excess vinegar and wipe the outside of the microwave. If you prefer, you can wipe the outside and/or the inside with a dry towel afterward to avoid streaking.

Do not discard the remaining vinegar when you are done. You can use it to clean other parts of your kitchen.

Remember, vinegar is naturally antibacterial and antiviral. It is a perfectly safe, very cheap multipurpose cleaner.

Again, practice extreme caution when opening the microwave door after heating the bowl of vinegar because it can get extremely hot.


Friday, 5 July 2013

Tips berpindah versi Cik Lisa...

As salams.....

Disebabkan kami baru berpindah nie....so, saya nak share skit berdasarkan pengalaman sendiri....bukannyer ciplak or copy n paste dari mana2 yea....
So, below is the tips given to all new comers....


1) Labelkan setiap barang
Perkara pertama sewaktu saya mem'packing' barang adalah dengan melabelkan semua barang terdahulu seperti contoh disini sebab saya banyak menggunakan kotak. Bayangkan jika kotak yang sama dipakai...tak ke huru hara nak cari satu barang dengan memunggah semua kotak??

2)Asingkan barang mudah pecah
Pastikan barang-barang yang mudah pecah diasaingkan dan dibalut dengan kertas supaya barang kita terjaga. Bayangkan pada sesiapa yang ada set pinggan mangkuk mahal2 tue cam pyrex, vision, corelle pecah??? Dah la mahal....then kalau tiap-tiap kali pindah satu persatu pecah, kan membazir nak beli baru? Lain la kalau pakai pinggan plastik jer....tak la susah2 nak simpan rapi....lemparkan gitu pun tak der masalah rasanya...ekekek

3)Pilih waktu yang tepat untuk berpindah
Dah tau nak pindah tu, cepat2 lah bertindak untuk pilih tarikh yang sesuai....Jgn last minit baru nak amik Emergency Leave sampai 2-3hari...silap2 sampai ofis nanti dapat Warning Letter je..hahhaha. Nak senang lagi, pilih la pada waktu yang ada cuti public holiday jatuh pada hari jumaat or isnin.....dapat extra cuti!

4)Sewa lori
Bab angkut mengangkut ni memang susah nak cari especially pada mereka yang banyak nak angkut barang2 besar. So, deal awal2 ngan transporter dan buat appointment supaya dia tak tukar tarikh.Ape, ingat orang nk kene hadap barang awak sorang je ke??? keh!keh!keh! Bagi tau pada transporter berapa besar lori yang kita nak guna berdasarkan perabot dan barang yang ada sama ada lori untuk barang 1tan? 3tan? 10tan? Pastikan transporter anda tidak sakit hati bila diberitahu lori tak cukup besar untuk letak barang2 kita disaat-saat akhir yea... Mujur la kami ada jiran yang baik hati tolong bawa lori untuk pemindahan barang...TQ neiber!

5)Elakkan memindah dalam satu perjalanan
Pada pendapat saya la kan.....sebab kami setiap hari akan mengangkut barang sikit2. So, bila tiba final day, kami tak buang banyak tenaga untuk mengangkut. Dan bila dah masuk rumah, terasa lapang bila dapat berkemas dengan cara yg sistematik. Tapi kalau berpindah dari Utara ke Selatan tu jgn la buat cara gini yea...pengsan!

6)Penyusunan kotak/barang perabot mengikut ruang/bilik.
Pada hari pertama berpindah,dah tentu kita tak akan terus mengemas kan 100%? So, apa kata semua barang yang dah dilabel atau segala perabot rumah tu diletakkan di ruang yang betul.Dalam erti kata, segala periuk belanga dan pinggan mangkuk diletakkan dalam ruang dapur....segala kain baju diletakkan di bilik yang sepatutnya. Ini akan memudahkan kerja penyusunan yang baik dan untuk mengelakkan kita jadi stress bila cari barang tak jumpa2....tensi worr....

7)Jangan paksa diri
Setiap perbuatan ada limit and we just human. Allah berikan kita tulang empat kerat ni pun takkan segagah the incredible hawk! Tu semua poyo! ahahaah.... So, buatlah selagi boleh dan jika dah penat, sila rehatkan diri terlebih dahulu.....take your time n continue again for another day. Ala, tak kemana pun kan.....dah ada rumah baru ni, boleh la berkemas sikit2. Sehari dapat 2-3jam pun dah ok....asalkan penghuni dirumah baru semua happy dan tak stress!

Wednesday, 5 June 2013

Bagaimana mengurangkan kesesakan di dapur???

As salam.....

Kali ni apa kata kita kongsi pula tips bagi mengurangkan kesesakan didapur....

 

Tip berikut akan membantu anda menyelesaikan masalah tanpa perlu tergesa - gesa membuat pengubahsuaian besar - besaran.
  • Lakar terlebih dahulu kedudukan ruang dapur yang diingini, misalnya kedudukan pintu, sinki dan dapur memasak. Lihat sama ada ia boleh disusun semula atau dikekalkan. mungkin perubahan kedudukan ini boleh memuatkan ruang lebih untuk keperluan lain misalnya menambahkan ruang penyimpanan seperti kabinet untuk memberi peluang ruang kerja lebih lapang.
  • Pilih unit kabinet bersesuaian kerana kehadiran kabinet ini akan mempengaruhi ruang berkenaan. Jika keluasan dapur terhad, penggunaan kabinet dinding lebih bersesuaian berbandingperabut atau almari. Walau bagaimanapun, jika ingin menggunakan kabinet 'penuh' pada dinding, pastikan ia tidak kelihatan terlalu 'berat dan padat'. Misalnya menggunakan pintu kaca atau skema warna cerah dan 'sejuk'.
  • Pastikan jika anda menggunakan kabinet dinding atas bawah, sudut tidak dibairkan kosong. Anda mungkin boleh menjadikan sudut ini tempat memasak elektrik (periuk, cerek atau oven) atau mewujudkan sinki sudut.
  • Selain kabinet bertutup, anda juga boleh memilih menggunakan ruang atau rak penyimpanan terbuka. Gantikan kabinet tertutup dengan sebahagian kabinet terbuka kerana ini lebih memudahkan anda mengambil atau menyimpan peralatan dapur seperti periuk, kuali, pinggan, mangkuk dan sebagainya.
  • Untuk tampil berbeza, idea pintu ala kafe mingkin menarik seandainya anda masih ingin ruang dapur 'bertutup' selain penggunaan tirai atau daun pintu.

Tuesday, 4 June 2013

Jom kongsi ilmu deko-mendeko..

As salam.....
Jom kita share serba sedikit ilmu mendeko.....
   
1. Pilih warna cat yang sesuai.

Pilih cat yang anda boleh bertahan dengannya untuk tempoh masa yang berpanjangan. Terutamanya, bilik tidur anda. Adalah sesuatu yang benar dan baik jika anda memilih warna yang menyatakan pendirian anda, tapi dalam masa 6 bulan, adakah anda masih fikir warna merah jambu terang, "cool"?

Perkara yang perlu diberi perhatian :

a.Pada amnya, warna-warna gelap cenderung kepada membuat sesebuah bilik kelihatan lebih kecil, jadi, untuk bilik yang kecil, seperti bilik tidur, pilih warna yang lebih cerah/muda.

b.Apabila dinding telah dicat, cat akan kelihatan lebih gelap daripada semasa ia masih di dalam tin. Pilih warna beberapa rona ("shade") lebih cerah daripada kemahuan asal anda.

c.Cari jenis cat yang betul dan ketahui apa kesan-kesannya. Contoh "SilkGlo - Sissons" merupakan cat emulsi bermutu tinggi yang menghasilkan kilatan lembut pada dinding, mudah dibersihkan dan tahan lama. SilkGlo amat sesuai digunakan sebagai perlindungan dan kemasan kepada dinding dalam di mana pembersihan perlu kerap dilakukan, contohnya dapur dan bilik kanak-kanak.

d.Pilih warna yang akan menyerlahkan dekor bilik anda. Samada kontras atau tidak, ia mesti menyumbang kepada dekor bilik, bukan menenggelamkannya.

Buatlah tinjauan sebelum membeli. Ada banyak lamanweb yang memberikan tip-tip tentang cat apa perlu dibeli, kenapa membelinya dan bilik mana yang bersesuaian dengannya. Anda juga boleh melayari lamanweb untuk mendapatkan idea (dengan panduan gambar) untuk menghias bilik tertentu. Anda boleh melihat hasil/gambar yang telah mereka lakukan dengan warna cat dan kesannya kepada dekor di dalam bilik tertentu.

2. Buat bilik kecil kelihatan luas.
Fancy Small Bedroom Design Picture listed in:

Belajar mendapat hasil yang terbaik dengan apa yang kita ada, adalah mustahak kerana pada hari ini, ruang yang kita ada semakin mengecil. Di bawah ada beberapa idea untuk anda :-

a.Letakkan cermin pada dinding. Jika diletakkan dengan betul, ia boleh menggandakan saiz bilik anda, sekurang-kurangnya secara visual. Contoh, ruang makan, letakkan cermin pada salah satu dinding bersebelahan meja makan. Sesiapa yang berdiri dan melihat ke dalam cermin akan nampak ruang itu lebih besar daripada yang sebenarnya.

b.Jangan beli langsir atau tabir yang berlebihan tebalnya. Beli langsir yang tampak anggun ("elegant"). Langsir yang tebal dan kembang boleh membuat bilik tampak selesa, yang mana tidak semestinya sesuai untuk bilik yang kecil. (Tetapi jika ini efek yang anda inginkan, teruskan niat anda).

c.Jangan beli perabot saiz yang paling besar. Contoh, jangan beli katil bersaiz "king" kalau nanti tidak ada ruang hendak buka pintu almari.

d.Gunakan tema yang simpel, dan kekalkan hanya satu tema. Jangan buatkan bilik kelihatan terlampau sibuk/berserabut. Baca artikel mengenai titik fokal untuk panduan lebih lanjut.

3. Jangan memodenkan semua benda.

Contoh untuk ini misalnya di dapur. Ramai orang hendak menghias semula dapur mereka. Memasak adalah "Rock 'n' Roll" yang baru dan dapur ialah pentasnya. Dengan tukang masak seperti Chef Wan, Chef Ismail, Chef Sabri, Chef Zaida dan lain-lain, ramai orang benar-benar mula seronok memasak.

Jika anda ada rumah yang mempunyai dapur fesyen lama, jangan buang kesemuanya hanya untuk digantikan dengan segala yang baru. Kadang-kadang yang lama itu sebenarnya adalah yang baru di dalam fesyen. Baiki kesemuanya, beri dapur anda palitan cat yang baru dan berikan penekanan gaya retro di dalam dekor dapur anda. Jika ia dibuat dengan betul, anda akan mempunyai dapur yang amat bergaya. Anda juga boleh mencampurkan yang moden dengan yang lama.

Contoh yang baik tentang yang "lama" tapi masih "cool" dan menyerlahkan yang moden :

a.Kerusi/bangku lama.

b.Aksesori seperti pembuka botol, terendak lampu.

c.Gambar atau lukisan daripada masa yang lalu. Anda mungkin boleh membeli gambar lama di kedai yang berkenaan.

Anda boleh membuatnya untuk mana-mana bilik di rumah anda. Cuma ingatlah, buat dengan berpada-pada dan bersederhana. Apa-apa pun kalau dah melampau, akan menukarkan yang "cool" menjadi sumbang.

4. Hiasi dinding.
Wall Art ideas for Living Room

Hiasi dinding dengan gambar, lukisan dan khat/kaligrafi yang berbingkai. Dinding yang kosong seolah-olah memberi impresi bilik yang kosong (namun membosankan). Tapi rahsianya di sini ialah pastikan bingkai gambar adalah dari kualiti yang baik dan rupa bentuk bingkainya juga cantik.

Bingkai benar-benar boleh menyerlahkan efek gambar atau foto. Gambar-gambar yang cantik, bila dibingkaikan akan tampak lebih hebat. Menambahkan "border" pada gambar juga akan menampakkan kelainan.

Dan, gunakanlah bingkai yang sesuai dengan dekor bilik tersebut. Ada bermacam jenis bingkai gambar yang terdapat di pasaran. Ada yang simpel, moden dan yang penuh dekorasi. Seperti telah disebut tadi, biarlah selari dengan dekor bilik. Tengok-tengok dulu apa yang terdapat di pasaran sebelum mengambil keputusan untuk membeli.

5. Gunakan efek pencahayaan yang baik.
Tentukan apa yang perlu diterangi (adakah sebuah bilik atau hanya sekeping lukisan)?, dan cara untuk menyerlahkan suasana sekeliling. Lampu baca moden sesuai untuk bilik bacaan, candelier untuk ruang masuk atau lampu dihiasi terendak untuk ruang tamu. Juga pertimbangkan, anda boleh membuat efek lembut dengan menggunakan mentol lampu yang menghasilkan cahaya warna-warna "warm" (mesra).

Ada beberapa cara untuk memasang lampu yang dapat menyerlahkan suasana ("ambience") sesuatu bilik :-

a.Lampu sorot - untuk menonjolkan hiasan dinding, gambar dan lukisan. Sering digunakan di ruang tamu dan ruang makan untuk menyorot satu titik yang menjadi fokus.

b.Lampu duduk atau berdiri memberikan kesan mengaburkan dengan arah pencahayaan di sudut. Limpahan cahaya dari lampu duduk membuat ruang nampak romantik dan syahdu. Banyak digunakan di ruang santai, ruang tamu dan bilik tidur.

c.Lampu gantung biasa digunakan sebagai sumber cahaya utama. Biasanya digunakan di tempat aktiviti keluarga. Umpamanya ruang keluarga yang dijadikan tempat berkumpul atau belajar untuk anak, ruang tamu dan ruang makan.

d.Lampu candelier memberikan kesan megah dan gemerlap. Rumah mewah biasanya banyak menggunakan unsur kaca dan perabot berwarna keemasan, lampu candelier mampu memantulkan cahaya gemerlap dari perabot-perabot ini.

Di luar sana terdapat banyak kedai yang menawarkan pelbagai jenis lampu, jadi tengok dan kaji dulu untuk menentukan yang mana adalah terbaik untuk anda.

6. Tong sampah bukan hanyalah tong sampah.

Anda perlu memikirkan perkara yang kecil-kecil. Hanya kerana tong sampah tempat di mana anda membuang sampah sarap, ini tidak bererti anda tidak boleh mempunyai tong sampah yang menarik. Anda akan terperanjat betapa ramai orang yang akan memuji jika anda ada tong sampah yang cantik. Kerana kita tidak ada tempat untuk menyembunyikan tong sampah ini, ia diletakkan di tempat terbuka di dapur, maka ia menjadi aksesori.

Lagipun, ia bukan saja mengenai tong sampah. Ia boleh jadi rak kunci, tempat simpan roti atau tempat habuk rokok di ruang tamu. Lihat sekeliling kepada benda-benda kecil ni, dan cuba fikir dan gambarkan kelainannya jika anda memilih sesuatu yang cantik dipandang serta berfungsi.

7. Wujudkan titik fokal.

Ini digunapakai di semua tempat:
a.Ruang masuk
b.Pintu hadapan

c.Taman

d.Ruang tamu

e.Bilik tidur

Ada beberapa cara untuk melakukannya:-

1. Gunakan ciri arkitektur - contoh, tingkap yang terserlah definasinya

2. Gunakan jambangan bunga sebagai titik fokal - boleh juga gunakan tanaman berpasu

3. Gunakan kerja-kerja seni - lukisan, gambar atau pasu bunga berukir

Tujuan mengujudkan titik fokal adalah untuk memberi mata anda sesuatu untuk dilihat sebaik saja anda melangkah masuk ke dalam sesuatu bilik atau ruang. Jika mata anda serta merta ditarik perhatiannya kepada imej yang ada daya tarik, ingatlah frasa "cinta pandang pertama". Titik fokal juga boleh menolong mengurangkan selerak. Ia menolong anda terlepas pandang keadaan sebenar sekeliling bilik dengan mengadakan titik referen.

Cuma ingat, jangan cuba jadikan ciri yang kecil sebagai titik fokal bila ada sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian berdekatan. Tanaman berpasu kecil diletakkan di bawah lukisan Picasso tidak akan menjadi.

8. Wujudkan aliran laluan yang mudah.

Juga dikenali sebagai aliran trafik ("traffic flow") di dalam seni hiasan dalaman, laluan ini adalah jalan yang akan orang lalui untuk bergerak di dalam rumah anda, di sekitar perabut, dan lain-lain. Anda akan perasan pola di atas karpet selepas sesuatu jangka masa kerana aliran trafik yang tinggi boleh meninggalkan kesan aus dan lusuh pada karpet.

Jangan buat tetamu anda (atau anda sendiri) terpaksa melangkah barang-barang atau kena mengelak daripada perabot ketika berjalan. Cuba buatkan ruang-ruang di rumah anda mudah di akses, walaupun sewaktu ramai orang.

Untuk mewujudkan laluan yang mudah di lalui di dalam rumah, cuba idea-idea yang berikut :-

a.Tinggalkan ruang yang mencukupi di antara perabot, jadi orang mudah bergerak di antara perabot.

b.Gunakan titik fokal sebagai "destinasi" untuk menarik orang melalui laluan yang spesifik.

c.Jadikan destinasi laluan itu ada fungsinya - contoh di ruang tamu, pastikan anda boleh bergerak ke pintu masuk, suis lampu dan tempat duduk tanpa banyak rintangan.

Sesuatu yang simpel seperti laluan trafik nampak macam tidak penting, tetapi tetamu anda lebih berkemungkinan akan mengingati rumah anda kerana laluan trafiknya yang teruk daripada benda lain yang lebih baik.

9. Berikan fungsi kepada setiap bilik.

Berikan fungsi kepada setiap bilik dan pastikan setiap fungsi boleh terlaksana di dalam bilik itu.

2 contoh yang ketara :-

a.Ruang tamu memerlukan tempat duduk, dan meja untuk tetamu meletakkan cawan minuman apabila bertandang. Cuba jangan paksa tetamu membuat perkara yang tak semestinya seronok pada mereka, seperti memegang secawan kopi yang panas sehingga cukup sejuk untuk dihirup. Sudah pasti anda boleh menjadikan meja anda sebagai ciri yang boleh ditonjolkan di ruang tamu anda.

b.Bilik tidur sudah tentu memerlukan katil untuk tidur. Tetapi ia benar-benar berguna jika ada meja kecil di tepi katil dan mungkin lampu duduk terletak di atasnya.

10. Rajin-rajin membuat tinjauan.
Satu nasihat yang amat praktikal, lihat-lihatlah keadaan sekeliling bila berada di sesuatu tempat. Bila anda bertamu ke rumah orang lain, tengok sekeliling dan lihat apa yang anda suka. Anda tidak perlu menirunya betul-betul, tetapi cari idea-idea yang anda boleh praktikkan di rumah anda.

Bila membeli-belah, terutamanya ke kedai perabot, perhatikan bagaimana perabot dihias. Anda perlu sedar bahawa fungsi utama kedai-kedai adalah untuk membuatkan perabot mereka menarik perhatian pelanggan, jadi adalah menjadi kepentingan mereka untuk menghias/menyusun perabot di dalam gaya yang menarik.

Layari internet. Terlalu banyak lamanweb yang boleh memberikan tip-tip dan teknik hiasan dalaman. Malah ada lamanweb yang memaparkan gambar-gambar hiasan dalaman yang menarik. Ini adalah sumber yang bagus untuk mendapatkan idea-idea bernas.

Monday, 20 May 2013

Fadhilat bulan Rejab



Sedar tak sedar rupanya dah nak masuk ke pertengahan bulan Rejab pun....
Hari ni saya dah mula ganti puasa yg masih berbaki 10hari lagi....huhuhu...

Jom kita share tentang sedikit info...

Rejab bermaksud Ta'azim
Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam. Rejab bererti kebesaran. Bulan ini merupakan bulan yang mulia dalam Islam sejak zama Jahiliah lagi. Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan haram yang empat.
Di dalam bulan ini kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat dan kemungkaran.


Amalan puasa di dalam bulan Rejab adalah salah satu cara menambah pahala amal ibadat kita untuk menjauhkan diri dari segala maksiat. Sesungguhnya barangsiapa yang mendahagakan dirinya dengan berpuasa di dalam bulan Allah subhanahu wa ta'ala (bulan Rejab) maka ia memperolehi ganjaran dari Allah subhanahu wa ta'ala. Selain itu kita juga digalakkan membaca istighfar sebanyak-banyaknya dan melakukan ibadat-ibadat sunat yang lain.