Showing posts with label Fish - Western Style. Show all posts
Showing posts with label Fish - Western Style. Show all posts

Friday, 2 May 2014

Salmon with white sauce & vege

As salams....

Ni citer weekend yang lalu....
Dah lama tak layan western...
Kali ni sy buat salmon....sesekali nak merasa ikan mahai...huhu...
Nk makan kat luar mahai kot....
So, harga sepinggan ni blh kami makan utk 4pinggan..huhu..

Nilah hasil yang telah sy cuba-cuba....

Bahan-bahan :
a) Perapan ikan
Isi ikan salmon
Bawang putih-chopping halus
Garlic salt
Parsley/basil
Lemon

b)Bahan sayur
Minyak zaitun
Bawang holand
Kobis purple
Carrot
Brokoli
Tomato
Parsley/basil
Garlic salt

 c)White sauce
Butter
Olive oil
Cream cheese
Susu fresh milk
Parsley
Sedikit garlic salt
Tepung jagung - 1/2sudu kecik
Cara buat white saouce - gaul dalam kuali api perlahan dan kacau guna whisk utk dapatkan hasil sebati....


isi ikan salmon yang besar saya potong nipis.Saya perapkan terlebih dahulu dengan chopping garlic, garlic salt dan parsley. 

Panaskan kuali da letakkan satu sudu olive oil.Jgn gunakan minyak yang banyak kerana salmon akan menghasilkan minyak omega yang terkandung dalam kulit ikan.Goreng dalam api yang perlahan.Setelah masak, perahkan sedikut jus lemon di atas ikan tersebut.


Disebabkan malas nk bukak oven, maka dengan menggunakan lebihan minyak salmon, saya goreng kentang yang dikerat dua..cuma letakkan parsley & garlic salt shj dan goreng atas api yang perlahan supaya isi kentang lembut....(kalau rajin, rebus dulu dan bakar skit, cepat skit...huhu)


untuk sayur pula, gunakan satu sudu minyak zaitun dan goreng bawang holand...jgn terlalu garing yea..


masukkan semua sayur-sayuran....


gaul rata...nampak cam pelangi dah....huhu..

kali ni sy guna dua ni jer.....try yg simple...

first time sy mencuba butter yang agak mahai nie.....alhamdulillah, hasil tak mengecewakan.esp bila digaulkan dengan spagethi...mmg sedap!


dan ni lah hasilnya......
kalau rajin, buatlah spagethi skit...spagethi pun pas masak, gaulkan cepat2 dengan butter, parsley dan sedikit garlic salt

tapi kalau tak nak spagethi, boleh digantikan dengan roti bakar gandum w sesame seed.

Enjoy your healthy food with belove familia! ♥♥♥

Wednesday, 18 September 2013

Our last nite dinner: Fish & vege...

Semalam balik dari keje idea tak sampai seru lagi nak masak apa....
P rest dulu...main ngan ank2...
Then buka peti nampak ada bahan2...
Apalagi, niat diteruskan dengan bahan yang da sedia ada....

antara bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk saya...

Sapa yang berminat tu, jom share ngan saya yang amatur nie....
Ni cara saya buat dengan mengerahkan otak supaya berimaginasi lagi....hahhaha...

dory fish ni dimarinate dulu dengan marjoram, smoked paprika & garlic salt dalam 1/2jam.

Then bancuh tepung gandum + tepung jagung(saya letak satu sudu jer) dengan sedikit air.Letakkan sedikit butter untuk bg lebih sedap. Dan salut ikan dengan tepung

Disalut dengan bread crumbs dan goreng dengan minyak dengan api yang agak kecil sehingga menjadi warna keemasan dan supaya isi ikan masak sempurna.Agak2 nak black gold pun boley....ikut taste la yea...hahaha



carrot,brokoli & kentang direbus terleih dahulu dengan sedikit garam.Tomato cherry tu basuh jer bersih2..sambil2 basuh tu termasuk jugak sebiji demi sebiji n tinggal 5ketui jer...ekekek. Tak layak jadi chef!

goreng capsicum n bawang holand dengan minyak olive oil hingga sedikit garing...

campur jer smua bg rata.kacau kejap n angkat

it should called fish n vege instead of fish n chips! kahkahkah
oh ya, tetiba ada salad kan? just potong or hias jer.lemon tu diperah kat atas fillet n makan ngan mayonese yea... 

untuk anak2 saya...
baca doa makan dulu ya kawan2...semoga makanan ni memberi kesihatan yang baik buat kita semua... ;)

lebihan lemon saya buatkan jus lemon....

A to Z kene buat sendiri...dah biasa dah tu! ahahha..

tersandar selepas kekenyangan....