As salams....
Mood rajin kini dah tiba....
So, akan diceritakan kembali part by part yea...heheh...
Maaf pada mereka yang da nak muntah dengan citer nie...mueheheheh...
Dapur saya...
Actually da penah citer pun kat
sini
Tapi saya sajer update lagi...huhu...
Bertemakan modern contemporary style...
Sebab saya tak suka nak berhias dengan barang2 yang sarat...
Saya sukakan warna yang fresh...
Kombinasi warna hijau,putih, kelabu & tiles bewarna coklat rasanya sudah memadai...
Kali ni saya cuba memberanikan diri menggunakan warna lain dari yang lain
Dan saya cuba cari satu kelainan dengan mengelakkan memilih "warna-warna selamat" atau yang dah biasa diguna orang
Walaupun ramai orang merungut sebab susah nak jaga,tapi ianya tidak pada saya...
Kawasan table top adalah tempat yang sentiasa perlu dipastikan sentiasa bersih...bukannyer pada pintu kabinet.
Yang penting, sekiranya kotoran berlaku kita kene bersihkan dengan segera untuk mengelakkan kotoran menjadi kekal.
Sbb tu saya berani pilih warna putih dengan material yang licin berkilat....
Lagipun ruang akan nampak lebih luas.
sewaktu dilakarkan....kabinet material arcrylic, table top solid surface dan backflash warna hijau fresh. Hampir nak pilih tiles kaler hitam/kelabu berkilat.Tapi bila fikirkan warna2 berkilat mudah menampakkan kotoran, maka saya cari material yang lain pulak...
gambar sebelum KC dipasang...wiring dan plumbing perlu disiapkan dahulu dan kami tambah dengan tiles yang kami cari sendiri di Puchong..Ramai yang confius...ingatkan ni adalah liminated floor...Sebenarnya ni cuma tiles yang becorak cam liminated floor jer...huhu...kami sengaja tukar tiles untuk match dengan KC. Warnanya pun tak nampak cepat kotor dan tahan lasak.Senang nak mop dan dijaga....
saya prefer guna safety door kat ruang blakang kaler hitam dan putih...tak perlu grill lagi dan pengaliran udara yang baik....lagipun kat sini ruang favourite sbb kat blakang ni sejuk jer esp waktu pagi....kawasan yang cukup tenang! Bagi mengelakkan cahaya terlalu panas masuk, maka semua tingkap belakang saya guna tingkap bewarna hijau...
maka, inilah dapur saya....buat masa ni saya kurang berminat dengan hiasan yang terlalu sarat disebabkan kekangan masa bekerja dan berada dirumah....bukan dapur semata2 jer yang perlukan perhatian...byk ruang lagi yang masih dalam KIV...so, semuanya barang2 cuma disimpan dalam kabinet..tapi mana tau untuk masa akan datang saya minat nak menokok tambah hiasan lain? hehehe...
downlight yg saya pasang pada cabinet pun memainkan peranan penting untuk tujuan pencahayaan yang maksimum.
dapur saya jenis memanjang....dan ini adalah access untuk ke laundry room. Partition saya cuma letak tempered glass untuk ruang tingkap asal jer...jimat kos dan nampak lebih teratur skit...Pintu toilet pun saya tukar mengikut warna yang berpadanan dengan KC.
ikutkan asalnya kami ada extra 10kaki dibelakang dapur.So, kami extend dan jadikan ia ruang laundry yang cukup simple begini jer...masih tercari apakah design langsir yang sesuai untuk diletakkan pada tingkap...mungkinkah roman blinds???