Wednesday, 19 June 2013

Hari lahir puteri sulung saya....Ariana Khalis

As salams....


Hari ni merupakan tarikh istimewa buat puteri sulung saya, Ariana Khalis.

Walaupun kesihatan saya masih tak berapa baik,semalam saya mencuri masa membuat tiramisu khas buat si kakak.Sangat simple tapi saya amat terharu bila beday gul really appreciate dengan pemberian yang sangat simple dari ibunya....tak merungut pun dia....malah siap ucapkan terima kasih sebab buatkan 'kek' untuk dirinya....

Dan dibawah ni adalah kenangan setiap tahun yang kami takkan lupakan buat puteri sulung kami...

sewaktu berumur satu tahun..


beday kakak sewaktu berumur 2 tahun...waktu ni asyik sangat dengan barney n saya tempah kek barney untuk nya...


celebrate kat umh mak tok bersama sepupu di Ampang sewaktu usianya 3tahun


on 4th beday....kami celebrate kat sekolah atas permintaannya...dan waktu ni ibu tengah sarat membawa adik dalam perut....

last year on 5th beday...kami celebrate di Pekan, Pahang pulak...


saya buatkan simple tiramisu sebab dia mmg suka betul cheese.. hanya guna bekas yang ada sebab barang lain byk da packing ke rumah baru....huhu...

apepun selamat hari lahir sayangku, Ariana Khalis.....ibu dan ayah doakan semoga perjalanan hidup kakak di berkati Allah s.w.t dan semoga kakak menjadi contoh terbaik buat adik-adik yang lain.....

Monday, 10 June 2013

Hari ni anniversary kami lah!

As salams....

Dear Hubby...

Date to be remember for both of us on 10th June 2006....
7 years have passed...
Sometimes we are happy...sometimes not...
But something is sure... I can't stay without you...
May Allah bless us today and always!

Yours,
Honey.




Aktiviti minggu pertama di bulan June

As salams....

Just straight to the point tentang aktiviti kami berempat....

8th June 2013
Tengah syok lepak kat umh, pagi2 lagi contractor dah call bg tau dia lupa bawa kunci rumah...nasib baik kami smua dah mandi pagi2.Just b'fast dulu kat umh, then kuar....

Semua dah siap.cuma tinggal 2 plug dan hook yang perlu di pasang pada area tangga & luar..

kipas, downlight dan wiring siap dah dipasang...

kitchen cabinet -amik masa 6-8weeks yea...sabar...

 

pintu blakang -safety door

bawah kiri-paip separuh jalan jer....kanan-dah siap sepenuhnya

 
























laluan paip yang dibuat mengikut arahan majlis perbandaran...kalau tak, burn deposit wooorr..

meneruskan perjalanan ke Puchong untuk survey lampu hiasan....

rasanya dah ramai org tau kedai lampu ni yg mmg murah dan byk pilihan...




masih pening nak pilih yang mana satu....so, cuci mata n berhenti makan disini....

sederet kedai lampu jugak....ekekeke...

Oh ya, minggu ni ramai gak jiran dah datang n kebanyakkan nya da cuci rumah dan bersiap sedia untuk berpindah...sempat jugak la kami berkenalan antara satu sama lain untuk mengeratkan ukhwah..penting  ada nya jiran...

Berpatah balik ke rumah sebab ada orang nak datang pasang railing langsir....kami amik heavy duty seperti contoh disini. Kedai langsir terletak di Kota Kemuning. Hasil kerja sangat profesional dan saya amat berpuas hati.

Sumber : google

Selepas tu, kami terus bertolak ke Ampang as requested by Ariana...ye la, minggu lepaskan dia tak dapat ikut...p camping...


9th June 2013
Tengahari kami bergerak dari Ampang dan terus ke rumah dulu. Tetiba Mr Hubby teringat nak mintak tolong contractor buatkan sedikit adjustment kat saluran air toilet atas.Kebiasaannya air untuk bilik atas ni tak berapa laju airnya.So singgah dulu kedai hardware beli barang yang berkaitan dan selepas barang dihantar, kami meneruskan perjalanan ke Jakel Shah Alam...ada sales katanya....so, kami pun survey...

Erina tak boleh berenggang dengan handbag nya...

banyak sangat pilihan....dan belek punya belek, finally jumpa jugak yang berkenan dihati....n selepas nego dan nego, kami dapat harga mengikut kemampuan...

                                     antara pattern yang kami pilih...singapore pleat design.

Sekian dari kami yang tumbang bila sampai dirumah kecuali sang ibu yang kene iron baju, siapkan kerja mendobi dan kemaskan rumah selepas disepahkan oleh anak2 daranya.... huhu...

Friday, 7 June 2013

Warkah dari Ariana....

As salam....

Salam Jumaat semua! Bila dengar hari Jumaat, hati dah berbunga2 tak sabar nk tunggu balik kan? kan? kan??? sebab saya pun sama....ekekeke!

Ni nak citer ttg hal semalam....bila cik Ariana sampai jer rumah, cepat2 masuk dan bukak beg dia. Then dia keluarkan sepucuk surat dan serahkan pada ibu....'nah, ini untuk ibu tau...' dan bila saya bukak, agak terharu jugak la bila baca.....

aduhai anak....surat mu ini bisa menyejukkan hati ibu....

Then, dia ajar pulak si adik untuk buat something....saya pun cuma sempat snap yang ni jer...selebihnya saya busy berbincang dengan si ayah dan terus ke dapur untuk dinner.....

ada2 jer gaya budak berdua nie...

Malam tadi masuk malam kedua saya di uji lagi....adik asyik dok mintak susu sampai 6kali saya bangun untuk buat susu dia sbb saya perasan mlm tadi dia tak mau makan...mungkin sebab dia tak sedap badan dan sebab tu dia lapar...dan pagi ni bila saya bersiap nak bangun, dia pun ligat sama. Nak keluar dari rumah pun dia dah siap ambil kasut nak ikut jugak...Tgh driving tadi mata saya pun dah berat...kepala dah di awangan....sib baik keje tak sibuk sangat hari nie.....harap2 boleh bertahan....huhu...

Thursday, 6 June 2013

Simple dinner.

As salam…..
Sekarang ni everytime balik dari keje jer si Erina akan melekat jer dengan saya…Tak boleh berenggang sikit. Nak tengok tv pun kene duduk atas pangku ibu…so, bila balik jer saya akan pastikan nasi dah ditanak awai2…even tgh nak basuh beras, dia syok bermain kat dapur….nak tak nak kene tunggu Mr Hubby n si kakak Ariana yang boleh tolong saya handle adik dia….biasanya kakak akan pujuk adik tengok tv atau buat aktiviti art kat dlm bilik..
Erina yang tak blh hilang ibunya...ibu nak p toilet pun susah! Uwarrgghhh...!

Dan malam tadi ayah dan kakak balik lewat skit p singgah tgk progress rumah dan saya pun dapat lah melayan Teduhan Kasih kejap…hihi. Then baru saya dapat memasak…dan nilah hasilnyer yang sangat simple… 
 tempura fiillet ikan dory...asal letak jer cepat2 kene sambar dengan Ariana...siap kata 'hari ni ibu buat special betul untuk kakak!' walhal ibu nak cepat kejar masa...huhuhu..

disebabkan sayang nk buang tepung tempura yang berlebih tu, saya amik cendawan enoki sikit.selebihnyer buat sayur....mmg btl malas kan? ekekeke...


sayur yang simple jer....janji kenyang untuk kami sekeluarga..

Alhamdulillah diatas rezeki yang Kau berikan buat keluarga kami Ya Allah....

  

Wednesday, 5 June 2013

Bagaimana mengurangkan kesesakan di dapur???

As salam.....

Kali ni apa kata kita kongsi pula tips bagi mengurangkan kesesakan didapur....

 

Tip berikut akan membantu anda menyelesaikan masalah tanpa perlu tergesa - gesa membuat pengubahsuaian besar - besaran.
  • Lakar terlebih dahulu kedudukan ruang dapur yang diingini, misalnya kedudukan pintu, sinki dan dapur memasak. Lihat sama ada ia boleh disusun semula atau dikekalkan. mungkin perubahan kedudukan ini boleh memuatkan ruang lebih untuk keperluan lain misalnya menambahkan ruang penyimpanan seperti kabinet untuk memberi peluang ruang kerja lebih lapang.
  • Pilih unit kabinet bersesuaian kerana kehadiran kabinet ini akan mempengaruhi ruang berkenaan. Jika keluasan dapur terhad, penggunaan kabinet dinding lebih bersesuaian berbandingperabut atau almari. Walau bagaimanapun, jika ingin menggunakan kabinet 'penuh' pada dinding, pastikan ia tidak kelihatan terlalu 'berat dan padat'. Misalnya menggunakan pintu kaca atau skema warna cerah dan 'sejuk'.
  • Pastikan jika anda menggunakan kabinet dinding atas bawah, sudut tidak dibairkan kosong. Anda mungkin boleh menjadikan sudut ini tempat memasak elektrik (periuk, cerek atau oven) atau mewujudkan sinki sudut.
  • Selain kabinet bertutup, anda juga boleh memilih menggunakan ruang atau rak penyimpanan terbuka. Gantikan kabinet tertutup dengan sebahagian kabinet terbuka kerana ini lebih memudahkan anda mengambil atau menyimpan peralatan dapur seperti periuk, kuali, pinggan, mangkuk dan sebagainya.
  • Untuk tampil berbeza, idea pintu ala kafe mingkin menarik seandainya anda masih ingin ruang dapur 'bertutup' selain penggunaan tirai atau daun pintu.

Tuesday, 4 June 2013

Jom kongsi ilmu deko-mendeko..

As salam.....
Jom kita share serba sedikit ilmu mendeko.....
   
1. Pilih warna cat yang sesuai.

Pilih cat yang anda boleh bertahan dengannya untuk tempoh masa yang berpanjangan. Terutamanya, bilik tidur anda. Adalah sesuatu yang benar dan baik jika anda memilih warna yang menyatakan pendirian anda, tapi dalam masa 6 bulan, adakah anda masih fikir warna merah jambu terang, "cool"?

Perkara yang perlu diberi perhatian :

a.Pada amnya, warna-warna gelap cenderung kepada membuat sesebuah bilik kelihatan lebih kecil, jadi, untuk bilik yang kecil, seperti bilik tidur, pilih warna yang lebih cerah/muda.

b.Apabila dinding telah dicat, cat akan kelihatan lebih gelap daripada semasa ia masih di dalam tin. Pilih warna beberapa rona ("shade") lebih cerah daripada kemahuan asal anda.

c.Cari jenis cat yang betul dan ketahui apa kesan-kesannya. Contoh "SilkGlo - Sissons" merupakan cat emulsi bermutu tinggi yang menghasilkan kilatan lembut pada dinding, mudah dibersihkan dan tahan lama. SilkGlo amat sesuai digunakan sebagai perlindungan dan kemasan kepada dinding dalam di mana pembersihan perlu kerap dilakukan, contohnya dapur dan bilik kanak-kanak.

d.Pilih warna yang akan menyerlahkan dekor bilik anda. Samada kontras atau tidak, ia mesti menyumbang kepada dekor bilik, bukan menenggelamkannya.

Buatlah tinjauan sebelum membeli. Ada banyak lamanweb yang memberikan tip-tip tentang cat apa perlu dibeli, kenapa membelinya dan bilik mana yang bersesuaian dengannya. Anda juga boleh melayari lamanweb untuk mendapatkan idea (dengan panduan gambar) untuk menghias bilik tertentu. Anda boleh melihat hasil/gambar yang telah mereka lakukan dengan warna cat dan kesannya kepada dekor di dalam bilik tertentu.

2. Buat bilik kecil kelihatan luas.
Fancy Small Bedroom Design Picture listed in:

Belajar mendapat hasil yang terbaik dengan apa yang kita ada, adalah mustahak kerana pada hari ini, ruang yang kita ada semakin mengecil. Di bawah ada beberapa idea untuk anda :-

a.Letakkan cermin pada dinding. Jika diletakkan dengan betul, ia boleh menggandakan saiz bilik anda, sekurang-kurangnya secara visual. Contoh, ruang makan, letakkan cermin pada salah satu dinding bersebelahan meja makan. Sesiapa yang berdiri dan melihat ke dalam cermin akan nampak ruang itu lebih besar daripada yang sebenarnya.

b.Jangan beli langsir atau tabir yang berlebihan tebalnya. Beli langsir yang tampak anggun ("elegant"). Langsir yang tebal dan kembang boleh membuat bilik tampak selesa, yang mana tidak semestinya sesuai untuk bilik yang kecil. (Tetapi jika ini efek yang anda inginkan, teruskan niat anda).

c.Jangan beli perabot saiz yang paling besar. Contoh, jangan beli katil bersaiz "king" kalau nanti tidak ada ruang hendak buka pintu almari.

d.Gunakan tema yang simpel, dan kekalkan hanya satu tema. Jangan buatkan bilik kelihatan terlampau sibuk/berserabut. Baca artikel mengenai titik fokal untuk panduan lebih lanjut.

3. Jangan memodenkan semua benda.

Contoh untuk ini misalnya di dapur. Ramai orang hendak menghias semula dapur mereka. Memasak adalah "Rock 'n' Roll" yang baru dan dapur ialah pentasnya. Dengan tukang masak seperti Chef Wan, Chef Ismail, Chef Sabri, Chef Zaida dan lain-lain, ramai orang benar-benar mula seronok memasak.

Jika anda ada rumah yang mempunyai dapur fesyen lama, jangan buang kesemuanya hanya untuk digantikan dengan segala yang baru. Kadang-kadang yang lama itu sebenarnya adalah yang baru di dalam fesyen. Baiki kesemuanya, beri dapur anda palitan cat yang baru dan berikan penekanan gaya retro di dalam dekor dapur anda. Jika ia dibuat dengan betul, anda akan mempunyai dapur yang amat bergaya. Anda juga boleh mencampurkan yang moden dengan yang lama.

Contoh yang baik tentang yang "lama" tapi masih "cool" dan menyerlahkan yang moden :

a.Kerusi/bangku lama.

b.Aksesori seperti pembuka botol, terendak lampu.

c.Gambar atau lukisan daripada masa yang lalu. Anda mungkin boleh membeli gambar lama di kedai yang berkenaan.

Anda boleh membuatnya untuk mana-mana bilik di rumah anda. Cuma ingatlah, buat dengan berpada-pada dan bersederhana. Apa-apa pun kalau dah melampau, akan menukarkan yang "cool" menjadi sumbang.

4. Hiasi dinding.
Wall Art ideas for Living Room

Hiasi dinding dengan gambar, lukisan dan khat/kaligrafi yang berbingkai. Dinding yang kosong seolah-olah memberi impresi bilik yang kosong (namun membosankan). Tapi rahsianya di sini ialah pastikan bingkai gambar adalah dari kualiti yang baik dan rupa bentuk bingkainya juga cantik.

Bingkai benar-benar boleh menyerlahkan efek gambar atau foto. Gambar-gambar yang cantik, bila dibingkaikan akan tampak lebih hebat. Menambahkan "border" pada gambar juga akan menampakkan kelainan.

Dan, gunakanlah bingkai yang sesuai dengan dekor bilik tersebut. Ada bermacam jenis bingkai gambar yang terdapat di pasaran. Ada yang simpel, moden dan yang penuh dekorasi. Seperti telah disebut tadi, biarlah selari dengan dekor bilik. Tengok-tengok dulu apa yang terdapat di pasaran sebelum mengambil keputusan untuk membeli.

5. Gunakan efek pencahayaan yang baik.
Tentukan apa yang perlu diterangi (adakah sebuah bilik atau hanya sekeping lukisan)?, dan cara untuk menyerlahkan suasana sekeliling. Lampu baca moden sesuai untuk bilik bacaan, candelier untuk ruang masuk atau lampu dihiasi terendak untuk ruang tamu. Juga pertimbangkan, anda boleh membuat efek lembut dengan menggunakan mentol lampu yang menghasilkan cahaya warna-warna "warm" (mesra).

Ada beberapa cara untuk memasang lampu yang dapat menyerlahkan suasana ("ambience") sesuatu bilik :-

a.Lampu sorot - untuk menonjolkan hiasan dinding, gambar dan lukisan. Sering digunakan di ruang tamu dan ruang makan untuk menyorot satu titik yang menjadi fokus.

b.Lampu duduk atau berdiri memberikan kesan mengaburkan dengan arah pencahayaan di sudut. Limpahan cahaya dari lampu duduk membuat ruang nampak romantik dan syahdu. Banyak digunakan di ruang santai, ruang tamu dan bilik tidur.

c.Lampu gantung biasa digunakan sebagai sumber cahaya utama. Biasanya digunakan di tempat aktiviti keluarga. Umpamanya ruang keluarga yang dijadikan tempat berkumpul atau belajar untuk anak, ruang tamu dan ruang makan.

d.Lampu candelier memberikan kesan megah dan gemerlap. Rumah mewah biasanya banyak menggunakan unsur kaca dan perabot berwarna keemasan, lampu candelier mampu memantulkan cahaya gemerlap dari perabot-perabot ini.

Di luar sana terdapat banyak kedai yang menawarkan pelbagai jenis lampu, jadi tengok dan kaji dulu untuk menentukan yang mana adalah terbaik untuk anda.

6. Tong sampah bukan hanyalah tong sampah.

Anda perlu memikirkan perkara yang kecil-kecil. Hanya kerana tong sampah tempat di mana anda membuang sampah sarap, ini tidak bererti anda tidak boleh mempunyai tong sampah yang menarik. Anda akan terperanjat betapa ramai orang yang akan memuji jika anda ada tong sampah yang cantik. Kerana kita tidak ada tempat untuk menyembunyikan tong sampah ini, ia diletakkan di tempat terbuka di dapur, maka ia menjadi aksesori.

Lagipun, ia bukan saja mengenai tong sampah. Ia boleh jadi rak kunci, tempat simpan roti atau tempat habuk rokok di ruang tamu. Lihat sekeliling kepada benda-benda kecil ni, dan cuba fikir dan gambarkan kelainannya jika anda memilih sesuatu yang cantik dipandang serta berfungsi.

7. Wujudkan titik fokal.

Ini digunapakai di semua tempat:
a.Ruang masuk
b.Pintu hadapan

c.Taman

d.Ruang tamu

e.Bilik tidur

Ada beberapa cara untuk melakukannya:-

1. Gunakan ciri arkitektur - contoh, tingkap yang terserlah definasinya

2. Gunakan jambangan bunga sebagai titik fokal - boleh juga gunakan tanaman berpasu

3. Gunakan kerja-kerja seni - lukisan, gambar atau pasu bunga berukir

Tujuan mengujudkan titik fokal adalah untuk memberi mata anda sesuatu untuk dilihat sebaik saja anda melangkah masuk ke dalam sesuatu bilik atau ruang. Jika mata anda serta merta ditarik perhatiannya kepada imej yang ada daya tarik, ingatlah frasa "cinta pandang pertama". Titik fokal juga boleh menolong mengurangkan selerak. Ia menolong anda terlepas pandang keadaan sebenar sekeliling bilik dengan mengadakan titik referen.

Cuma ingat, jangan cuba jadikan ciri yang kecil sebagai titik fokal bila ada sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian berdekatan. Tanaman berpasu kecil diletakkan di bawah lukisan Picasso tidak akan menjadi.

8. Wujudkan aliran laluan yang mudah.

Juga dikenali sebagai aliran trafik ("traffic flow") di dalam seni hiasan dalaman, laluan ini adalah jalan yang akan orang lalui untuk bergerak di dalam rumah anda, di sekitar perabut, dan lain-lain. Anda akan perasan pola di atas karpet selepas sesuatu jangka masa kerana aliran trafik yang tinggi boleh meninggalkan kesan aus dan lusuh pada karpet.

Jangan buat tetamu anda (atau anda sendiri) terpaksa melangkah barang-barang atau kena mengelak daripada perabot ketika berjalan. Cuba buatkan ruang-ruang di rumah anda mudah di akses, walaupun sewaktu ramai orang.

Untuk mewujudkan laluan yang mudah di lalui di dalam rumah, cuba idea-idea yang berikut :-

a.Tinggalkan ruang yang mencukupi di antara perabot, jadi orang mudah bergerak di antara perabot.

b.Gunakan titik fokal sebagai "destinasi" untuk menarik orang melalui laluan yang spesifik.

c.Jadikan destinasi laluan itu ada fungsinya - contoh di ruang tamu, pastikan anda boleh bergerak ke pintu masuk, suis lampu dan tempat duduk tanpa banyak rintangan.

Sesuatu yang simpel seperti laluan trafik nampak macam tidak penting, tetapi tetamu anda lebih berkemungkinan akan mengingati rumah anda kerana laluan trafiknya yang teruk daripada benda lain yang lebih baik.

9. Berikan fungsi kepada setiap bilik.

Berikan fungsi kepada setiap bilik dan pastikan setiap fungsi boleh terlaksana di dalam bilik itu.

2 contoh yang ketara :-

a.Ruang tamu memerlukan tempat duduk, dan meja untuk tetamu meletakkan cawan minuman apabila bertandang. Cuba jangan paksa tetamu membuat perkara yang tak semestinya seronok pada mereka, seperti memegang secawan kopi yang panas sehingga cukup sejuk untuk dihirup. Sudah pasti anda boleh menjadikan meja anda sebagai ciri yang boleh ditonjolkan di ruang tamu anda.

b.Bilik tidur sudah tentu memerlukan katil untuk tidur. Tetapi ia benar-benar berguna jika ada meja kecil di tepi katil dan mungkin lampu duduk terletak di atasnya.

10. Rajin-rajin membuat tinjauan.
Satu nasihat yang amat praktikal, lihat-lihatlah keadaan sekeliling bila berada di sesuatu tempat. Bila anda bertamu ke rumah orang lain, tengok sekeliling dan lihat apa yang anda suka. Anda tidak perlu menirunya betul-betul, tetapi cari idea-idea yang anda boleh praktikkan di rumah anda.

Bila membeli-belah, terutamanya ke kedai perabot, perhatikan bagaimana perabot dihias. Anda perlu sedar bahawa fungsi utama kedai-kedai adalah untuk membuatkan perabot mereka menarik perhatian pelanggan, jadi adalah menjadi kepentingan mereka untuk menghias/menyusun perabot di dalam gaya yang menarik.

Layari internet. Terlalu banyak lamanweb yang boleh memberikan tip-tip dan teknik hiasan dalaman. Malah ada lamanweb yang memaparkan gambar-gambar hiasan dalaman yang menarik. Ini adalah sumber yang bagus untuk mendapatkan idea-idea bernas.