Friday, 12 July 2013

Langsir sudah dipasang

As salams....

Hampir sepurnama kami menunggu akhirnya yang dinantikan sudah tiba dari Mr. Jakel....
Terima kasih banyak2 ye Mr. Jakel sebab anda berjaya menunaikan janji dengan tepat! Hehehe...

singapore pleat pattern...design ni mmg efficient bagi orang yang malas macam saya..ingat lagi kalau kat umh mak, saya terkontang kanting sorang2 kene cucuk bagi nampak sama rata....skrg ni kat umh mak sy buatkan eyelet design dan utk umh sendiri sajer try pattern ni pulak.nak tgk mana satu yang lebih ok.... cess, poyo jerk!ekekek! 

untuk memudahkan kerja pemasangan, pihak kedai dah siap letak cangkuk awai2.so, bukak jer plastik, terus pasang.tak perlu pening2 nak pasang cangkuk satu persatu dah....

untuk day curtain pula, dorang memang dah siap tulis saiz ukuran kat tepi.so, just refer pada resit jer....



 pemasangan dilakukan oleh tuan tanah sendiri dengan kusyuk nya...

 pom-pom girls yang ada ni cuma bersorak sebab bilik dorang dah dimakeover utk seketika...

hasil dibilik "pom-pom girls"...hahaha

 before makeover at Master Bedroom.....

after....

nak jugak dienterpreme....layanz...

Pada saya its just nice....tak terlalu labuh, tak terlalu senteng. Pls make sure measurement kita betul untuk diberi pada tailor sebab bila salah ukuran yang kita buat, maka akan effect lah pada langsir nanti. Dan dengan itu kami telah memasang railing terlebih dahulu. Measurement pun dibuat 2,3 kali jugak untuk dapatkan hasil yang terbaik...bak kata orang, alah membeli, menang memakai!

Saya suka material kain dari Turki ni dan saya suka yang plain tanpa bercorak sebab senang nak match dengan furniture. Baldu tak terlalu ringan dan tak terlalu berat.Nampak terletak jer.....dan kain nampak shining sbb terdapat jalur keemasan supaya naik seri kot.....entah, yang penting saya suka! hihihi...

diruang tamu sebelum langsir dimakeover...tgk tu, pasang langsir pun kat luar....jiran tgk smua pelik.kahkahkah!

living hall selepas dimakeover.....saya suka kaler hijau ni...nampak tenang dan match dengan kitchen cabinet juga.....

terkejut gak bila tgk dalam beg plastik complete dengan benda untuk ikat langsir ni (tak tau la apa scientificnya). Pas ni kene tebuk lubang or saya plan nak adjust letak butang jer nanti.... 

 

iklan jap.....disebabkan saya cuma jadi asst. pada Mr Hubby, maka saya pun sempat make over si tecik ni jap...hihihi...

So, hanya 3part jer yang dah siap....Master Bedroom, Living Hall dan Kids Room. Sangat berpuas hati dari segi service, harga yang berbaloi dan hasil kerja dari Mr Jakel. Apepun saya ada lagi mission yang masih tak complete sebab ada tingkap2 yang berukuran 2kaki dan dibilik tetamu yang masih belum dipasang dengan sempurna lagi....saya masih survey n masih mencari gaya mana yang murah dan sesuai untuk di apply kan nanti.... 

Thursday, 11 July 2013

Bila Erina dah mula ke sekolah...

As salams....

Sekian seminggu lamanya Erina dibelai manja oleh Tok Mak dan Tok Ayah yang berkunjung di sini,finally Erina di hantar juga ke nursery yang cuma berdepan dengan rumah jer...tu salah satu faktor yang menyebabkan dia di hantar ke saner....pening dah nak p survey jauh2. Lagi pun buat masa ni cuma ada 5orang jer budak yang dijaga sebab baru dibuka bulan nie...

Mr Hubby lah yang terpaksa handle kedua2 puteri ni disebabkan saya akan keluar awal pagi. Lagipun dr rumah nak ke office Mr Hubby cuma 5minit jer....hahahha, jeles saya!

Untuk hari pertama, saya hantar dia untuk lihat sendiri condition dan environment dalam nursery. Buat masa ni saya nampak Erina sangat happy.Mungkin sebab banyak mainan dan ramai kawan kot. Tu dah tentu la pada budak2 kan....

Tapi bila masuk hari ke 3 ni, teacher cakap dia tak mau minum susu guna botol dah, dia nak guna tumbler. Nak tak nak, malam tadi ibu terpaksa cari tumbler baru untuk dia. Yang penting, bila sapia rumah smua tu tak diperlukan sbb asyik nak bergayut ngan ibu jer....kan adik??

posing sebelum nak ke sekolah...beriya mintak tudung sebab tgk ibu n kakak pun pakai...

Kakak yang encourage adik dia.Join ibu hantar adik bersama-sama. Bila dengar adik meraung nangis on the first day, kakak siap cakap 'jgn nangis adik...nanti kakak datang amik....' hahha

suh ibu tangkapkan gambar sebab pakai beg sama....suka mek berdua ni dapat beg baru. Beg ni pun beli time Sophie Paris ada buat promotion.Just RM20 instead of RM45 per unit. Tu yg grab 2 je, jimat RM5 lagi! hihi

p/s : ibu harap adik enjoy dengan enviroment baru yea syg....

Part 2 : KC - Table top, sink & hob installation

As salams.....

Alhamdulillah, semalam contractor datang rumah untuk project seterusnya...meng'complete'kan apa yang patut...
Dan disebabkan saya dah tak keruan nak kene membasuh pinggan mangkuk dalam toilet, maka saya mohon dorang tolong buatkan terus plumbing dan pamasangan hob sebab saya kurang berminat makan diluar dan secara tak langsung bagi mengelakkan pembaziran...hehehe...
Dibawah ni antara hasil yang dah siap...

 nilah hasil pemasangan table top nyer....

unutk bagi sekata, solid surface kami mintak extra sikit supaya dipasang hingga ke tepi.
dah dirasmikan untuk 1st day berpuasa...hehehe

senang sikit tak yah dok berulang ke toilet lagi nk mencuci...


untuk terap pinggan selepas dibasuh




Alhamdulillah.....tugas semakin senang dan semakin lancar sebab barang basic dah ada....kalau nak tggu sampai pertengahan bulan Ramadhan baru siap, pengsan la jawabnyer! xoxo..


Wednesday, 10 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan....

As salams.....



Syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang kepada kita untuk menunaikan ibadah dalam bulan yang mulia ini......masih diberi peluang pada kita untuk mendapatkan pintu keampunan yang sedang terbuka seluas-luasnya, kebaikan yang diberi berlipat kali ganda serta diberikan kita peluang untuk mendapatkan bonus dimalam lailatul qadar! Syukur dan syukur!

Dan pada hari pertama berpuasa pada hari ini, saya sekeluarga memohon jutaan maaf pada semua readers jika ada ayat komen saya yang mengundang rasa tidak senang pada anda.

Berkongsi dengan malam pertama.....saya di uji pabila tetiba multicooker buat hal.Dah bercadang nak masak untuk family dinner dan bersahur...Barang2 mentah smua dah ready tapi bila switch on plug, tetiba tak mau 'on' pulak. Aduhai...sedihnya...waktu2 bergini lah ianya berlaku. So,saya redha dan disebabkan saya tak nak membazirkan barang2 mentah tersebut, saya gagahkan juga diri masak menggunakan rice cooker jer...dan berkat kesabaran 9.30 baru dapat makan. Kesian Mr Hubby yang berterawih dalam keadaan lapar. Saya betul-betul rasa bersalah.

Apepun buat readers sekalian, saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga segala ibadah kita diterima Allah s.w.t. Pesan saya buat kalian dan diri sendiri juga, berpada-padalah dalam menjamu selera, jaga deria kita kerana nafsu  kini sedang menguasai diri kita!    


Friday, 5 July 2013

Tips berpindah versi Cik Lisa...

As salams.....

Disebabkan kami baru berpindah nie....so, saya nak share skit berdasarkan pengalaman sendiri....bukannyer ciplak or copy n paste dari mana2 yea....
So, below is the tips given to all new comers....


1) Labelkan setiap barang
Perkara pertama sewaktu saya mem'packing' barang adalah dengan melabelkan semua barang terdahulu seperti contoh disini sebab saya banyak menggunakan kotak. Bayangkan jika kotak yang sama dipakai...tak ke huru hara nak cari satu barang dengan memunggah semua kotak??

2)Asingkan barang mudah pecah
Pastikan barang-barang yang mudah pecah diasaingkan dan dibalut dengan kertas supaya barang kita terjaga. Bayangkan pada sesiapa yang ada set pinggan mangkuk mahal2 tue cam pyrex, vision, corelle pecah??? Dah la mahal....then kalau tiap-tiap kali pindah satu persatu pecah, kan membazir nak beli baru? Lain la kalau pakai pinggan plastik jer....tak la susah2 nak simpan rapi....lemparkan gitu pun tak der masalah rasanya...ekekek

3)Pilih waktu yang tepat untuk berpindah
Dah tau nak pindah tu, cepat2 lah bertindak untuk pilih tarikh yang sesuai....Jgn last minit baru nak amik Emergency Leave sampai 2-3hari...silap2 sampai ofis nanti dapat Warning Letter je..hahhaha. Nak senang lagi, pilih la pada waktu yang ada cuti public holiday jatuh pada hari jumaat or isnin.....dapat extra cuti!

4)Sewa lori
Bab angkut mengangkut ni memang susah nak cari especially pada mereka yang banyak nak angkut barang2 besar. So, deal awal2 ngan transporter dan buat appointment supaya dia tak tukar tarikh.Ape, ingat orang nk kene hadap barang awak sorang je ke??? keh!keh!keh! Bagi tau pada transporter berapa besar lori yang kita nak guna berdasarkan perabot dan barang yang ada sama ada lori untuk barang 1tan? 3tan? 10tan? Pastikan transporter anda tidak sakit hati bila diberitahu lori tak cukup besar untuk letak barang2 kita disaat-saat akhir yea... Mujur la kami ada jiran yang baik hati tolong bawa lori untuk pemindahan barang...TQ neiber!

5)Elakkan memindah dalam satu perjalanan
Pada pendapat saya la kan.....sebab kami setiap hari akan mengangkut barang sikit2. So, bila tiba final day, kami tak buang banyak tenaga untuk mengangkut. Dan bila dah masuk rumah, terasa lapang bila dapat berkemas dengan cara yg sistematik. Tapi kalau berpindah dari Utara ke Selatan tu jgn la buat cara gini yea...pengsan!

6)Penyusunan kotak/barang perabot mengikut ruang/bilik.
Pada hari pertama berpindah,dah tentu kita tak akan terus mengemas kan 100%? So, apa kata semua barang yang dah dilabel atau segala perabot rumah tu diletakkan di ruang yang betul.Dalam erti kata, segala periuk belanga dan pinggan mangkuk diletakkan dalam ruang dapur....segala kain baju diletakkan di bilik yang sepatutnya. Ini akan memudahkan kerja penyusunan yang baik dan untuk mengelakkan kita jadi stress bila cari barang tak jumpa2....tensi worr....

7)Jangan paksa diri
Setiap perbuatan ada limit and we just human. Allah berikan kita tulang empat kerat ni pun takkan segagah the incredible hawk! Tu semua poyo! ahahaah.... So, buatlah selagi boleh dan jika dah penat, sila rehatkan diri terlebih dahulu.....take your time n continue again for another day. Ala, tak kemana pun kan.....dah ada rumah baru ni, boleh la berkemas sikit2. Sehari dapat 2-3jam pun dah ok....asalkan penghuni dirumah baru semua happy dan tak stress!

Thursday, 4 July 2013

Menyusun barang2 didapur

As salams....

Alang2 dapat bercuti semalam, dapatlah saya menyusun barang2 yang baru dibukak setelah hampir 1 1/2tahun terperuk dalam kotak.huhu.. Ye la, dok umah sewa buat apa nk bukak semua kan? Nanti nak packing lagi...dah la saya ni pemalas orang nyer...hahhaha...

Dan dari tengok rumah saya bersepah dengan kotak, maka saya settlekan penyusunan didapur dulu....saya buat ikut sesuka hati dulu sebab KC tak siap sepenuhnya. Akan datang mungkin saya akan ubah lagi tempat penyusunan tue...

sebelum nak start, ada orang protes dok atas kotak tak bg ibu buat keje.Dia nak ibu layan ke dia sorang jer...sabor jer la....hihi...


koleksi plastic storage


 
pinggan mangkuk saya tak banyak pun....dari mula kawin sampai sekarang, ni jer yang saya guna.Set berbunga tu sentimental value dari company Mr Hubby sebab kat blakang ada chop company yang ditempah khas.

drawer in drawer.niat saya supaya anak2 saya tak pandai mencari barang2 tajam yang membahayakan.

biasanya saya tak buat stok barang dapur byk2 sebab saya akan beli apa yang perlu jer bagi mengelakkan pembaziran...

terkejut gak buka2 peti ada jug air.si Ariana kata dia yang bancuh air Rut Bir ni n simpan untuk dia bila kehausan....hahaha

Sekian....ni jer bebelan saya untuk kali ni...saya susun cincai2 jer dulu.Asalkan barang smua da simpan dan kotak dah berjaya dibuang.Sedap sikit mata memandang bila rumah nampak agak lapang walaupun kat living hall still dah macam kapal karam gak! huhuhu... 

Sikit2 saya akan cuba buat penyelesaian juga.....

Part 1 : KC in progress

As salams....

Semalam saya saje amik cuti awai2 sebab contractor KC kata nak datang pasang untuk 2hari, Selasa dan Rabu.
So,kami bergilir2 amik cuti dan smlm turn saya.Kehadiran kami adalah untuk pemantauan(tak boleh percaya pada org luar nie....kalau-kalau ada barang hilang.Safety first!) dan time dorang buat keje ni lah saya boleh complain apa yang tak kene....

Sesampai rumah jer hr selasa, saya tgk ada 2biji lory dan contractor tgh install kabinet sahaja...wah...terasa lamanya nak siap keseluruhan KC nie.....




Dan setelah kabinet dipasang, maka jadilah begini....tu pun tak complete sebab tetiba ada pintu yang tak muat, then Mr Hubby perasan kat pull out drawer ada defect n kami mintak tukar baru, dan kene extend lagi 2minggu termasuk pemasangan table top akan datang...

Dan semalam, orang wiring datang untuk 'on' kan semua plug yang ada didapur. Bila siap, saya mintak Mr Hubby cepat2 tolong pasangkan peti sejuk n mesin basuh. Tak tahan rasanya dengan kain baju yang hampir seminggu tak basuh2 n kami pun tiap2 hari kene makan luar jer....

sticker ni saje je tak bukak sbb kami akan bukak bila table top da siap pasang nanti jer la....untuk elakkan dari bercalar dan kalau tak, nak kene lap bersih2 lagi...rugi masa....

bayangkan semalam baru Mr Hubby pasang peti sejuk. So, aktiviti dapur blh dijalankan walaupun dengan ala kadar....

laundry area....pas ni dapatlah mendobi dengan amannya....