Assalamualaikum....
Sementara tak kuar lunch hr ni n keje pun agak release dah, meh sy nk update ttg resepi yg saya dah buat berbulan dulu...ahahhaha
Just nk keep note supaya tak lupa nk praktik akan datang yea....muehehehe
Ni semua Mr Hubby punya pasallah!
Masa bulan puasa dia dah boring makan makanan yang sama....then dia suh sy try buat nasi arab...
Terpaksa sy google n finally alhamdulillah, dia suggest suh buat lagi during raya dan saya buat lagi atas permintaan member2 time sy g reunion aritu....
Practise make perfect! tak gitu? kikiki...
Bahan2 nasi arab (2-3orang):
2cawan beras basmathi
2cawan air rebusan daging kambing
5sudu minyak zaitun
1biji bawang holland
3ulas bawang putih
1/2kg daging kambing (direbus)
3sudu besar rempah Mandy
Sebiji lumi (optional)
1batang cili hijau
Garam
Safron (optional)
Bahan untuk sos :
2biji tomato
2ulas bawang putih
daun ketumbar
cili hijau (sapa yang suka pedas blh guna cili padi ye)
sedikit garam & gula
sedikit perahan lemon
(semua ni diblend tanpa air ye.....sbb air akn keluar direct dari buah tomato je...)
Bahan utk arca :
2biji tomato dipotong dadu
1batang timun dipotong dadu
1biji bawang besar dihiris halus
daun ketumbar dihiris halus
(campur kesemuanya dan satukan....semudah A,B,C!) lalallalalala...
Jom tgk cara2 nk buat..
Ni daging kambing frozen je yang saya beli kat supermarket. Nak beli fresh mmg tak larat la nk ke pasar....ikut musim jugak kalau nk beli kat pasar nun....
So, rebus tanpa garam daging kambing ni lebih kurang sejam n api jgn terlalu kuat ye...
Then, panaskan minyak zaitun.
Masukkan bawang holand yang di cincang halus, bawang putih dan rempah nasi arab tu....
ha...nilah rempah yang memudahkan kerja memasak sy....eheheheh....
murah n senang nk dapat kat mana2 kedai arab pun...
Langkah seterusnya, masukkan beras basmathi yang dibasuh bersih terus ke dalam rice cooker.
Masukkan bahan yang telah ditumis dan daging yang telah direbus.
Masukkan air rebusan dan kacau rata.
Then masukkan cili hijau dan lumi.
Oh ya, nk tau apa tu lumi?
Lumi ni adalah limau nipis segar yang direbus dengan air bergaram dan dijemur kering sehingga isinya menjadi kering dan kehitaman.
Biasa kalau negara2 arab mmg terkenal ler....kalau kat sini masih ramai tak kenai lagi kot....
Oh ya, kalau tak der yang sebiji-sebijik tu, blh juga pakai serbuk.tapi jgn letak terlalu byk ye....nanti pahit pulak....
Perasakan dengan garam dan letakkan safron utk masakan lebih sedap.
nilah rupanya bila dah kacau rata....mmg ianya telah dimandikan....muahahhaha!
nilah rupa safran.....0.5g rege tau tak berapa RM??
RM10 ye.....so, nak jimat letak la sikit je sudah memadai.... :)
rupa yang telah siap.....
tapi kalau rajin, letakkan kismis & gajus skit time tgh2 nak masak tu.....
baru nampak meriah...ahahaha
kita closed up lagik.....
ni sos yang saya dah blend....simple je kan?
bersepah la dapur kalau sy masuk....tapi tak pe, sbb sy la maid yang akan kemaskan balik....
muahahahah!
ni hasil arca/salad
agak2 kalau rajin, blh la buat kurma ayam....
org Msia ni kan kene meriah skit makanannye....hehehe..
ok, selamat mencuba ye!
Ahlan wasahlan semua! :)