Thursday 31 October 2013

Denda buat Ariana...

As salams....

Alkisah selepas kami tgk results final Ariana yang kurang memuaskan, maka kami decide untuk encourage dia improve balik subject maths dia yg lemah tue....
So, sy bg cadangan pada teacher untuk tinggalkan homework atleast 3pgs supaya dia blh buat tiap2 hari...
Now, setiap hari dia balik rumah, dia akan terus buka buku maths dulu....
Siapkan homework dan baru leh start nak melompat satu umah...

buat masa ni diruang tamu utama cuma ada sofa bed jer...dan ditempat ni kami sekeluarga akan bergurau senda...lepak sambil tgk tv...agak2 dah boring duduk, kami akan bentang macam gambar atas ni...tak decide nk beli sofa lagi coz kami ada plan lain plak...Insyallah impian akan terlaksana walaupun kami ni cam siput.....dok pikir tak habis2! huhu....

Biasanya sesampai jer dirumah saya akan buatkan makan petang....dah jadi habit kami sekeluarga lak...... nak pulak time hujan nie....mesti ada air panas & kudapan/kuih...kalau saya tak sempat nk tlg Ariana, maka Mr. Hubby akan take over. Tak sempat nk mandi or tukar baju Ariana terus request mintak tolong ajarkan...layankan jer la....

even buat subject maths, diari merah tetap ada kat sebelah....kalau tak menulis, dia akan melukis...

antara part yang susah sangat pada Ariana....ish ish ish....

tukang kacau....pun nak join gak....

Jom terjah ke MPH warehousale...

As salams.....


Lunch hour hari ni saya ke MPH warehousale....
Just 3of us....saya, si Michelle & Joey.
So, setibanya di sana, kami menapak agak jauh sbb parking sangat full.
Sampai je di pintu masuk, saya tgk geng2 ulat buku dah pegang sekotak penuh....
So, jom kita terjah apa yang ada disepanjang warehousale hari nie....
Pada sesiapa yang mmg selalu ke book store, anda pasti teruja sebab harga memang sangat berpatutan!
Apalagi, jom beramai2 kita tambah ilmu dengan membaca.... ;)

paling lama saya duduk kat sini....dan kebanyakkan buku semua berharga RM20 ke bawah....murahkan?











hasil tangkapan kami bertiga selama 2 1/2jam dan saya merupakan peserta terakhir...huhu..

Monday 28 October 2013

Anak2 pun pandai stress...

As salams....

Disini saya nak share tentang kisah yang berlaku pada saya kini bersama Erina...
Sejak dari Sabtu balik saya tak lena tidur...begitu juga Erina...mengamuk...akan menangis bila nampak saya...meragam....asyik termenung dan sekarang merajuk tak nak makan....
Selepas parents meet di skolah Ariana, kami ke Sunway Pyramid.
Saya berjalan bersama Ariana dan Erina didukung oleh Mr Hubby...
Ketika nak menuju masuk ke kedai, tetiba lintas satu lembaga setinggi 8kaki bertengkorak dan rupa amat mengerikan (kat Malaysia pun nk celebrate Halloween day jugak ker...???) disebelah kami dan melompat Ariana menjerit dan begitu saya yang agak terkejut...sib baik i tak melatah bagai...huhu...Erina turut terkejut dan tak nak berjalan sendiri...Mr Hubby la yg kene dukung sepanjang masa...

bih kurang cm ni la rupa mascot tue sampai start dari tu Erina mula menangis....tido pun kene atas badan ibu jer...bila bapak saya datang semalam, dia kata Erina ni sedang lemah semangat....mula2 tak terfikir pun kenapa...tapi bila bapak saya dah balik, baru kami dapat punca kenapa dia lemah semangat..

Bila kat rumah pula sy perasan ada 4biji ulser ada pada lidah....alahai ciannye ank ibu...sbb tu dia tak mo makan...n saya letakkan oral aid & bg dia makan ice cream perisa vanilla.Menurut doktor, salah saltu punca terjadinya ulser pada budak2 adalah stress...pada saya mungkin juga sebab minggu lepas adik beradik saya berkumpul dirumah dan anak buah saya yang baru berumur 5bulan mula menjadi perhatian dalam rumah kami...Erina cuma pandang dari jauh dan mula menyisihkan diri...then ada jer yang tak kene padanya....
Dan lagi satu bila saya cuba putuskan dia dari susu badan mungkin antara sebab utama yang dia mula protes!

untuk 2-3hari kebelakangan ni dia asyik termenung....saya cuba pujuk bermain bersama, namun tak dilayan...tapi cuma mahu diri sentiasa di peluk sampai tertidur...finally byk kerja rumah tertangguh...huhu..


waktu ni kami melawat pak sedara yg sakit di Shah Alam...then merajuk pulak ngan ayah bila ayh pegang ank abg saya...



Dan dibawah ni saya nak share skit panduan pada sesiapa yang sedang mengalami nasib seperti saya....


ANAK MENGAMUK @ TANTRUM Menurut pendapat pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tant...rums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara. Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.

Panduan Hadapi Anak Mengamuk:
1. Alih perhatian dia. Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.
2. Jangan mengikut kehendaknya. Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.
3. Elak daripada memarahi atau menjerit Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.
4. Jangan pedulikan Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.
5. Apabila anak berhenti mengamuk Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.


p/s : Untuk readers yang berpengalaman, saya perlukan pendapat anda.....bagaimana cara anda menangani anak2 untuk putuskan susu badan??? Sebab kes Erina tak sama seperti kakaknya dulu... :(

Final parents meet di sekolah Ariana...

As salams....

Tahun ni merupakan tahun terakhir Ariana bersama Little Caliphs School semenjak usianya 4tahun...
Sabtu lepas kami ke sekolah Ariana utk ambil reports book dia....
Final exam dah selesai sebelum Raya Haji yang lalu....
Results paper semua melepasi 95% ke atas cuma bab subject math agak so-so jer sbb dia byk careless mistakes n teacher kata time exam tu dia nk siap cepat jer...

Hasil rumusan dan komen dari teacher Ariana mengatakan :
  • Antara student yang sangat pickup time blajar esp bab2 hafazan ni dia memang suka lebih2 lagi kalau hafazan dalam bentuk lagu.... 
  • Bila mencari solution, dia akan menggunakan kaedah yang paling cepat.Contohnya bila diminta utk warnakan jawapan yg betul, bermakna kene warna keseluruhan kotak tapi Ariana akan mewarna dengan ikut syarat..mean asal ada warna dalam kotak tapi tak diwarna dengan complete dalam kotak tersebut.
  • Suka bersaing dengan BFF dia yg slalu score 100% (no wonder la sblm exam dia sibuk study...nak kalahkan BFF dia katanya...tapi kalah jugak...huuhu..Sy tak kisah sbb dia dah berusahakan...lagipun baru 6tahun.) Harap2 dijauhkan dari persaingan negatif...
  • Very helpful.Suka mengajar kawan yang masih tak tau membaca.So, kalau teacher dah sehabis tenaga mengajar tapi kawan masih tak boleh membaca, Ariana akan volunteer ajarkan...
  • Minat dan berbakat dengan penulisan...math jer kurang skit...(semalam saya borak ngan jiran depan...rupanya kalau Ariana marah kat budak depan,dia akan tinggalkan nota pada kawan...sayangkan kawan dia masih tak tau membaca...huhu)
  • Suka berdebat. Tu memang benar...kat rumah pun kalau dia tak bersalah, dia akan membuat pembelaan penuh ke atas diri sendiri...
  • Always be a leader at school.Teacher kata kawan2 kene patuh dengan arahan dia...(sabor jer la...)
  • Love art and painting esp on colouring...time free kat school, dia akan lebih suka painting/coluring atau menulis karangan...skrang ni dorang tgh training utk concert convo akan datang, dia yang excited menari..menyanyi...
  • Antara student yang sangat garang.Teacher kata kalau kawan2 cuba utk buli atau membuat sesuatu yang salah, dia automatik akan jadi garang. Kira garang pun bertempat jugak la...hahahah...

Ariana dan guru kelas dia...Teacher Yanie..

kebetulan sesi perjumpaan kami dalam kelas Ariana dan saya ternampak teacher ada letak gambar Ariana dalam kelas.Sticker akan diletkatkan setiap kali Ariana rajin buat revision. Tujuan utama untuk menggalakkan student berkelakuan baik setiap masa di sekolah..

Ariana bersama hasil kraftangan yang dijalankan di sekolah...untuk menggalakkan student menjadi lebih kreatif dan tak busan ketika berada disekolah.

closed up aktiviti yang dibuat...


Buat masa ni kami tak push dia pun untuk belajar.....cuma setiap hari kami akan tanamkan dia minat supaya cintakan ilmu dan betapa seronoknya hidup jika kita berilmu....

p/s: sorry ye kakak...kali ni ibu tak dapat tunaikan 1st prize kakak, sugar glider spt yg diminta sbb kakak tak tepati janji..ehehehehe...



Thursday 24 October 2013

Happynya Ariana hari nie....

As salams....

Alhamdulillah....finally kerja utk minggu ni berjaya disettlekan awai n apalagi...hari ni masa utk berblogging la! Yeaahh!!!

Pagi ni walaupun saya masih terkejar dengan report final yang perlu disiapkan, saya tak sampai hati menolak permintaan Ariana...
Sedang saya bersiap, tetiba melompat dia bangun n terus bersiap...
Memang cepat dia bersiap n sambil tu saya ternampak dia duduk kat table study...
Masih ada masa buat painting....huhu...
Then dia hilang...da turun ke bawah dulu menunggu saya....
Then, turun jer ke bawah, saya terkejut ada satu nota yang ditampal pada blakang pintu utama....


Ahahaha....rupanya nota utk ayah....biasanya rutin ayah yang menghantar dan menjemput dua puan kecik kami ni ke kindergarden, tapi hari ni kakak follow ibu....adik masih tak sedar dengan ayah... ;)

Punyalah happy ibu hantar......
Tapi sebelum tu ibu kene paw dulu...belikan nasi lemak utk dia...
Alang2 minyak pun da nk habis, saya singgah ke petrol pum...then singgah beli bfast n terus hantar ke skolah....
Muka amatlah girang....
Ptg ni siap request mintak jemput dan yang klakarnya dalam perjalanan saya hantar ke skolah,dia ada sms  ayah tanpa saya sedari.... "Ayah petang nanti ibu balik pukul enam lebih :)".
Tandanya petang ni mmg sayalah kene jemput dia! huhuhu....
Dan gara2 menghantar dia pg ni, maka saya pun lewat sampai ke ofc...1jam 45min perjalanan saya pg nie...lewat 1/2jam....hah,terimalah padahnya! hahahaha...

Anak punya pasal....
Sesekali tu tak pe la...mujur bos pun faham...
Cuma saya tak nak la selalu take advantage atas kelonggaran yang diberi nie...
Ada masa kita perlu faham yang kebanyakan ank2 zaman kini terpaksa membesar dengan ibu ayh yg bekerja....tak macam zaman kita dulu2...
Sebab tu bila kita balik jer dari kerja....
Perangai ank2 akn tiba2 berubah....
Kalau kat skolah mereka ok jer...tak nakal2...tak nangis2....
Bila balik rumah tgk ibu, dah mula protes...merajuk tak tentu pasal kerana mereka perlukan belaian dan sentuhan kasih sayang dari tangan ibu mereka sendiri untuk meredakan kerinduan...
Biasanya saya layankan saja....
Saya akan duduk melayan dan bermain dulu walaupun ada masa rasa nk tumbang dah akibat keletihan...
Then baru saya akan meneruskan aktiviti utk sediakan makan malam kami...

Rasanya bukannya ank jer yang bersikap begitu...
Kita manusia mmg semua sama...sebab tu Allah memang ciptakan manusia utk berpasangan dan berkasih sayang supaya hidup kita lebih teratur dari segi rohani dan jasmani...
Cuma kita yang dah dianugerahkan hidup yang lengkap begini perlu bersyukur dan peka antara satu sama lain kerana kepincangan sebuah negara bermula dari kepincangan kominiti keluarga yang kecil....tak gitu?



Ariana n me when she was 3yrs old.... ;)

~♥♥♥~



Monday 21 October 2013

Easy colouring for kids

Disebabkan Ariana suka sangat dengan painting n colouring, maka kali ni saya terjumpa ada jual painting yang menjadi idaman dia selama ni.....
Saya tak tau apa nama saintific dia...tapi kita dapat mewarna dengan cara yang sangat mudah!
Orang yang keras tangan melukis n mewarna pun boleh buat! ahahahah...
Ikutkan market price skrg harga painting ni around RM50 & above....
Tapi benda ni saya terjumpa di Cosway dan harga nya jauh lebih murah, cuma RM16.90 jer!
Mungkin warna tak secantik sepertimana yang saya tgk jual diluar tapi jika nk encourage untuk hobi Ariana, saya rasa ianya sangat berbaloi...

semua dah tersedia.....ada 3batang berus dan set warna dah siap dengan nombor...

kita cuma warnakan mengikut nombor yang tertera jer

setiap pagi sebelum ke sekolah, Ariana akan menghabiskan masa 10minit duduk dalam bilik buat colouring dulu....then, balik dari sekolah pun sama.....or everytime dia rasa dah tak tau nk buat apa, dia akan masuk ke bilik dan buat colouring....

terapi buat si kakak Ariana...meja2 pun da naik painting yg dibuat olh Erina....so, pintu bilik akan ditutup sepanjang kakak sedang mewarna...

agak2 bila teringat kat adik, dia ajak la adik main bersama2...

Baking equipment

Kalau tak silap last month saya ada terbeli kitchen saperator ni untuk susun segala sudu, garfu, pisau kat drawer tapi disebabkan tersalah budget sebab terlebih lebar, maka saya letak jer dulu kat baking kabinet....
Tetiba bila mood rajin da sampai semalam, saya bukak dan baru 'nur' tu sampai untuk cuba organise dalam ni pulak...huhuhu....

nilah seperator yang konon nya nk return balik kat ikea nti....tapi rasanya dah tak jadi kot...ahhahah...

smua peralatan membaking ni saya susun kat bawah oven....gambar asal yang saya main campak2 jer.....dan selepas di susun, maka  jadilah seperti gambar kanan nie....memandangkan masih banyak ruang kat atas, maka saya rasa nak tambah lagi satu rack kat atas untuk letak barang2 lain...



sebahagian alatan membaking yang saya letak kat bahagian mangkuk2 nie....

Laundry organising again...

Memandangkan hari Sabtu kami tak kemana pun...
Mr Hubby ada game badminton kat Puchong...inter department kat company dia jer pun....so, malas nk berangkut ramai2....just doakan dari rumah supaya dia menang n tak der apa2 kecederaan yang berlaku...
Maka saya dok umh n tengah-tengah mengemas, baru saya perasan masih ada segulung drawer mat yang masih belum digunakan....
Selak punya selak, saya fikir ianya sesuai di letakkan pada laci laundry pulak...


                                   before                                                                            after


                                  before                                                                            after


hasil keseluruhannya.....cuma drawer mat tak cukup utk alas kat tisu area....tak pa la, tak perasan pun kan...hehhee

Alhamdulillah petang tu Mr Hubby balik dengan selamat n membawa balik hadiah 3rd prize : towel n cash money.....(cam tetau jer saya tgh kemas laundry....sbb tu dapat towel kot...ekekekek!)